Penyampai radio, Feeya Iskandar mengimbas saat melahirkan anak keduanya tahun lalu, Nuh Aryyan yang kini dah genap setahun (31 Januari).
Menerusi perkongsiannya di instagram, Feeya atau mesra dipanggil Cik Piah seperti tak sangka masa begitu cepat berlalu.
“Tahun lepas, masa begini mummy tengah menahan sakit nak tunggu awak keluar. Ingatkan awak keluar sama tarikh dengan nenek awak tapi awak keluar jam 1 pagi.
“InshaAllah mummy akan cuba untuk jadi mummy terbaik bagi anak-anak mummy.
“Semoga membesar dengan sihat dan jadi anak soleh. Kasih sayang mummy pada awak (Nuh Aryyan) tiada tandingannya,” kongsinya.
Sementara itu, melalui perkongsian Cik Piah yang gemar berkongsi momen bersama anak-anaknya, disebabkan dua-dua anak tengah membesar dan lasak, setiap penampilan kena ringkas.
Ini kerana si adik gemar menarik anting-anting manakala si abang, Adam Malique pula suka tarik tudung.
Lagi satu gelagat dua beradik ini juga sering mencuri perhatian netizen kerana mereka ibarat kembar. Sentiasa rapat dan boleh jadi geng bermain dan bergaduh kerana jarak umur hanya beza setahun sahaja.