Anak kedua seberat 4.15kg ketika dilahirkan, Lana Nodin bersalin secara pembedahan caeserean. Kelahiran anak lelaki yang dinamakan William Daud ini menjadikan impian Lana memiliki anak lelaki akhirnya terlaksana.

Lana sebelum ini telah diuji dengan pendarahan semasa kandungan 7 bulan [ Baca disini: Ingatkan Lana Masuk Hospital Dah Nak Bersalin, Rupa-Rupanya…]

Lana yang memiliki seorang anak perempuan, Gia Quinn, 2 tahun juga memaklumkan yang dia sebenarnya melahirkan cahaya mata keduanya itu pada 2.34 petang, 22 November lalu di sebuah perubatan swasta di ibu negara.

Anak Kedua Seberat 4.15kg Ketika Dilahirkan, Lana Nodin Bersalin Secara Pembedahan Caeserean

MEMANG SUDAH LAMA IDAMKAN ANAK LELAKI

Lana mengakui yang dia sudah lama mengidamkan anak lelaki. Kelahiran bayi yang dinamakan William Daud itu merupakan bayi lelaki yang sudah lama dinantikan di sebelah keluarga suaminya.

“Alhamdulillah, hasrat kami untuk menimang anak lelaki akhirnya menjadi kenyataan.

Ads

“Keluarga suami juga gembira kerana sudah lama mereka menantikan kehadiran bayi lelaki sebagai penyambung waris,” katanya yang menjalani proses berpantang di ibu negara.

SEBELUM INI DIUJI DENGAN MASALAH PENDARAHAN

Lana berkata, proses kehamilan anak keduanya agak menguji apabila dia mengalami pendarahan ketika usia kandungan mencecah tujuh bulan, namun bersyukur semua urusannya dipermudahkan.

TENANG MELIHAT WAJAH ANAK

Ads

Lana turut mengakui pertama kali melihat wajah William hatinya berasa tenang membuatkan dia lupa segala dugaan dan kesakitan yang diharungi sebelum melahirkan.

WAJAH WILLIAM IRAS  MAT SALEH

Lana juga  berkongsi yang anak keduanya ini mempunyai iras mat saleh dari sebelah suaminya yang merupakan berdarah kacukan Irish dan Filipina.

“Banyak mewarisi Wajah William banyak ikut iras suami, malah matanya juga kebiruan. Rupanya memang macam mat salih,” katanya.

Ads

Anak Kedua Seberat 4.15kg Ketika Dilahirkan, Lana Nodin Bersalin Secara Pembedahan Caeserean

SAYU DAN SEBAK MELIHAT SUAMI AZANKAN ANAK

Sebelum ini, Lana turut berkongsi video suaminya mengazankan anak kedua mereka. Dalam video berkenaan, Lana kelihatan sebak dan sayu. Suaminya, Mohd Daud McKienzie yang merupakan saudara baru menyebabkan ramai netizen turut tersentuh.

Sumber: Berita Harian Online lananodinmckienzie


Anak Kedua Seberat 4.15kg Ketika Dilahirkan, Lana Nodin Bersalin Secara Pembedahan Caeserean

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI