
Anak kedua sering disalah ertikan, dianggap anak paling banyak buat masalah. Anak kedua seringkali dilihat melalui lensa stereotaip yang mempengaruhi cara orang ramai melihat dan memahami mereka.
Anak Kedua Sering Disalah Ertikan, Dianggap Anak Paling Banyak Buat Masalah
Anak kedua sering dilabelkan sebagai lebih memberontak atau kurang patuh berbanding anak sulung. Stereotaip ini mungkin muncul kerana anak kedua dianggap lebih bebas dan kurang terikat dengan tanggungjawab yang biasanya dikenakan kepada anak sulung.
Berikut perkongsian fakta daripada Dr Taufiq Razif tentang salah faham kepada anak kedua.
1. Dianggap keras kepala.
2. Dianggap anak yang keras hatinya.
3. Dianggap anak yang degil.
4. Dianggap anak yang suka mencari perhatian.
5. Dianggap anak yang suka menyusahkan orang.
6. Dianggap anak yang suka menyakat tanpa sebab.
7. Dianggap anak yang tak pandai berkawan.
8. Dianggap anak yang paling banyak buat masalah.
9. Kita kena tahu tak boleh pukul rata semuanya begitu. Anak kedua memang ada keunikan tersendiri sebab mereka dihimpit oleh si sulung dan si adik tetapi bukan untuk menjadi lesen untuk kita label dan sakat mereka sebebasnya. Beri tahu anak kedua kita, bahawa mereka bukannya pembawa masalah, mereka cuma unik dan membuatkan seluruh seluruh hidup kita menjadi lebih indah.
Salah faham tentang anak kedua menunjukkan betapa kuatnya pengaruh mitos dan stereotaip dalam masyarakat kita. Penting bagi kita untuk mengenali dan memahami bahawa setiap anak, tanpa mengira susunan kelahiran mereka, mempunyai potensi dan keunikan tersendiri.
Oleh itu, ibu bapa dan masyarakat harus menghindari daripada terperangkap dalam stereotaip dan sebaliknya memberikan sokongan yang adil dan saksama kepada setiap anak, supaya mereka dapat berkembang dan mencapai potensi penuh mereka.
Sumber: Dr Taufiq Razif
Baca artikel lain juga: Ada Stranger& Polis Dalam Rumah, Anak Kedua Dr Say Trauma!
Intan Ladyana Kongsi Wajah Anak Kedua, Umayr Sudah 3 Bulan, Rupa Siapa Ye
Hetty Sarlene Selamat Bersalin Anak Kedua- Dengan Rasminya Kami Sudah Berempat
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Isteri Perlu Ada Duit Sendiri. Biar Bahagia Dengan Cara Kita, Tak Perlu Berlebih!

Satu kenyataan motivasi dan menaikkan semangat para wanita ini tidak salah. Ya perempuan perlu punya wang dan harta sendiri supaya jika sendirian ditinggalkan suami, wanita punya ‘sesuatu’ untuk meneruskan kehidupan.
Namun wang, pangkat dan harta bukan segalanya bagi seorang wanita bergelar ibu. Kebahagiaan itu terletak ditangan kita sendiri.
Perkongsian Siti Suryani Yaakop ini benar-benar mendalam. Kita bahagia seadanya mengikut cara dan kemampuan kita. Kita pilihlah yang paling terbaik buat hidup kita dan anak-anak.
Semalam makcik saya hantar gambar ni kat grup famili. Yang sorang tu makcik lagi satu. Sorang lagi tu nenek.”Ambik angin petang”, tulisnya.
Makcik saya yang ambik gambar ni dulu kerja jururawat. Kata nenek saya kerja Misi. Bukan kat Malaysia saja. Sampai Arab Saudi sana. Sambil kerja sambil sambung belajar. Balik sini jadi instruktor. Di sebuah universiti swasta terkemuka.
Gaji dia sedap lah juga. Kalau sewa rumah pun makan ribu. Anak kecik pun sekolah lagi semua. Maknanya boleh tahan lah tu.
Satu hari dia buat video call. Katanya nak berhenti. Nak jaga nenek. Nak bawa nenek habiskan usia kat rumah kampung. Duduk dia bandar lain. Kot mana hebat pun tak sama dengan rumah dia sendiri. Bila saya tanya dah fikir habis ke. Dia cuma kata dia tawakal saja.
Betul. Tak lama dia berhenti. Balik kampung. Angkut semua anak tukar sekolah. Bawa nenek. Suaminya pun bagus. Ikut sama. Berulang walau jauh jaraknya. Kadang makcik lagi sorang datang. Dia pun tak berapa sihat juga. Tapi bolehlah buat teman mengisi masa.
Saya tanya dia apa dia rasa lepas berhenti. Macam mana bila biasa dah hidup bergaji. Ada rutin. Tiba-tiba kena tukar semua. Dia kata lega.
Tak tahu kenapa. Tapi lega. Dia tahu duit tak akan masuk macam dulu. Tapi dia tak risau. Dia kata tak pernah putus makan lagi. Sentiasa ada orang bagi. Pakcik yang duduk tak jauh dari rumah rajin hantar lauk. Jiran sebelah suka bagi sayur. Pokok yang dia tanam elok menjadi. Kalau balik kampung ada je nanti bekal dia bagi.
Pakcik makcik yang lain pun rajin datang. Katanya ada sekali tu kena suruh orang berhenti belikan ikan. Dah banyak sangat. Takut tak termakan.
Semalam saya baru baca. Tulisan motivasi tentang betapa perempuan kena ada duit sendiri. Ada kerjaya. Ada posisi yang baik untuk dihormati. Untuk bahagia. Untuk gembira. Mesti jadi sesuatu. Atau seseorang.
Mesti berjalan luar negara.
Mesti ada harta sendiri.
Mesti ada masa untuk diri sendiri.
Tapi makcik saya jumpa bahagia dia dengan menjadi semua yang disebaliknya. Duit sendiri. Kerja sendiri. Masa sendiri. Harta sendiri. Semua dah tiada. Tapi di situ dia jumpa bahagia sebenar dia.
Bahagia dia adalah ‘bergaduh’ dengan nenek saya. Bahagia dia adalah dengan tolak kerusi roda nenek untuk ambik angin petang. Bahagia dia adalah ada masa ambik dan hantar anak sendiri ke sekolah. Bahagia dia adalah layan cerita tamil dengan makcik lagi sorang.
Makcik saya ajar sesuatu. Penanda aras bahagia dan kaya kita semua tidak pernah sama. Matlamat orang dan matlamat kita tak akan serupa. Keinginan kita dan keinginan orang sentiasa berbeza.
Sampai usia sekarang, saya masih tak tahu apa erti sebenar berjaya. Tapi pada saya berjaya adalah apabila kita bahagia. Orang yang bahagia adalah orang yang tahu di mana punca bahagia dia. Dan dia kuat untuk buat apa saja yang buat dia bahagia. Dia tidak takut jatuh dalam penilaian mata manusia. Asal saja tak jatuh dalam murka Tuhannya.
Makcik saya ni pernah bergurau,” Kau tengok Amy. Comot dah Acik sekarang ni”. Tapi saya jawab dalam hati, moga di sana nanti dia jadi secantik bidadari, asbab syukur dan sabarnya yang tinggi.
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
5 Aktiviti Sensori Anak 2 Tahun Ibu Ini Kongsikan. Warna-Warni, Menarik, Si Kecil Mesti Seronok

Aktiviti sensori ini boleh anda lakukan bersama si kecil. Berwarna-warni dan menarik, si kecil tentu seronok.
Memang benar bermain sambil belajar itu lebih berkesan. Lebih-lebih lagi bagi kanak-kanak, apa yang mereka pelajari semasa bermain jauh lebih berkesan dan mudah dikuasai. Perkongsian Puan Asyidah Muslih ibu kepada si kecil Aufa Nashwa, 2 tahun 2 bulan ini boleh memberikan idea permainan yang menyeronokkan buat si kecil.
“Saya buat aktivti ini untuk anak bermain sambil belajar. Keperluan sensori sangat penting untuk perkembangan anak. Saya suka bagi anak bermain bermacam-macam jenis permainan sensori untuk dia explore sambil bermain. Biarkan dia sentuh. Biarkan dia lihat. Biarkan dia rasa. Bermain sambil belajar,” kata Asyidah kepada Pa&Ma.
kebanyakan idea diperolehi daripada Pinterest.
Aufa atau Opa mula didedahkan dengan permainan sensori bermula usia 8 bulan di mana si kecil ini boleh duduk. Ia bermula dengan sensory biasa-biasa seperti sentuh bahan yang berlainan tekstur, mcm beras, pasta, pasir dan ais.
Perkenalkan secara berperingkat
“Saya perkenalkan berperingkat. Ikut skill apa yang anak dah ada. Contoh masa baru pandai duduk, saya bagi dia main dengan beras dan pasir pantai. Kemudian buat apa-apa permainan sensori yang edible(selamat kalau masuk mulut) contoh nya aktiviti coloring (yogurt + pewarna makanan, puree buah frozen, tepung + pewarna makanan, ice + pewarna makanan, tepung jagung + air).
Cepat bezakan apa yang boleh dimakan & apa yang tidak
“Bila buat aktiviti mcm ni, saya perasan anak saya lagi cepat pandai bezakan apa yang boleh dimakan apa yang tidak. Dia dah tak masukkan apa-apa dalam mulut sejak usia 1 tahun kalau dia tau tu bukan makanan.
“Jadi bermula usia 1 tahun saya banyakkan aktiviti yang dia boleh pegang objek kecil seperti duit syiling, bola pompom, pasta untuk latih pinch and grasp skill (latihan mencubit dan menggenggam),” kata ibu ini.
Bagi anda yang ingin turut membuat aktiviti sensori bersama anak boleh mengikuti idea aktiviti yang dikongsikan ini.
#1: Spider web color sorting activity
Bapak Opa yg prepare lukis spider web tu semalam. Siap guna pembaris lg buat line ?. Mama x pandai. Hari nie tinggal buat spider web pd bowl tu je utk fine motor skill and problem solving. Opa main sorting pompom balls tu sambil nyanyi lagu Incy Wincy Spider (she loves that song sambil tangan merayap mcm spider crawling ?). Tp video tu x boleh up sbb suara mak opa sumbang ?.
Opa mmg suka activity yg color sorting nie. Boleh pelbagaikan mcm2 aktivity color sorting nie untuk improve fine motor skills and bermain dgn colours. As for today, Opa sort pompom tu guna tong je
#2: Egg shells smashing activity
Egg shells smashing activity. Low cost and less preparation toddler activity!
Hanya perlu kumpul je kulit telur lepas masak, basuh bersih2 and keringkan. Disebabkan ktorg satu family sejenis pemakan telur so kumpul dalam 2 hari pon dah dpt byk ?. Pastu susun dalam plastik and ready untuk dismash oleh Opa! Also less mess activity. Lepas main, buang dalam tong sampah.
#3: Monster play dough!
Invitation to create a monster play dough!.
Actually nak buat activity nie esok or lusa since x print lg activity paper yg ada gmbr monster tu. Tp si Opa nie dah x sabar2 ajak jom main mama jom main mama.
#4: Beautiful flowers ice sensory play
Aktiviti riadah petang semalam ktorg pusing2 block sambil cari2 pokok bunga yg colourful. Bapak Opa ikot sekali sbb dia kena petik pokok tinggi2. Mama tukang arah je ?. Pastu balik, Mama bekukan bunga2 tu jd ice utk main hari ni.
Mama provide few tools untuk Opa main. Hammer, squeeze bottle and dropper utk hand exercise. Mama letak jugak coloring water utk colour lebih ceria while playing with ice.
Sensory play offers kids the opportunity for self-expression because there is no right answer and children feel safe to change or experiment with what they are doing.
#5: Farm animals sensory bin
Aktiviti semalam. Farm animals sensory bin. Mama mmg suka aktiviti sensory and messy play macam nie (walaupon berhuhuhu je la nak kemas lepas tu ?). Selain bagus utk sensory and improve fine motor skills dgn scooping, aktiviti mcm nie boleh galakkan two ways communication and pretend play. Sambil bermain, sambil kita sebut satu2 nama haiwan and mcm mana bunyi haiwan tu.
Mama tanya, Opa jawab. Bunyi cow mcm mana, Opa pon Moo Mooo ?. Pig oink oink ? ??. Nampak simple tp at the same time, sambil bermain, sambil belajar kan? Sambil2 tu, tgk je la Opa pretend play ikot imagination dia mcm mana. Kadang dia cakap, dog lapar. Bg makan. Dah malam, masuk dalam nie (barn) tido pastu dia gigih sumbat kuda dalam barn cinonet tu x muat ??. Imagination tu Mama x ajar. She creates her own
Sumber: Syida Dea Lurve’ A
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Bird” Sambil Tunjuk Pada Anak, Isyarat Tangan Cara Bantu Anak Cepat Bercakap

Walaupun masih belum boleh bercakap lancar, anak pada usia 2 tahun sepatutnya sudah boleh menyambungkan ayat daripada percakapan ibunya. Jika anak masih belum berada di tahap itu dan masih lagi tidak mahu bercakap walau sepatah pun, ada baiknya mama papa mula praktikkan tip ini secara drastik.
Menurut Puan Aisyah Kassim, yang merupakan Patologis Pertuturan-Bahasa, anak harus dirangsang supaya lebih cepat bercakap dan komunikasi antara ibu bapa adalah salah satu cara anak lebih yakin untuk bercakap.
Tip Wajib Buat
- Kanak-kanak belajar melalui bermain. Akan tetapi mereka memerlukan teman bermain untuk mereka mempelajari bahasa dan komunikasi. Siapa lagi orang yang paling sesuai untuk menjadi teman mereka selain ibubapa dan adik beradik yang lain. Jadi ibu bapa wajib duduk dan main sama-sama.
- Kedudukan yang terbaik untuk berkomunikasi ialah bertentang mata supaya senang anak hendak melihat dan memahami maksud perkataan yang cuba disampaikan oleh orang dewasa. Tambah pula, ianya lebih menarik minat anak untuk memberi perhatian pada apa yang anda cakapkan dan sekaligus akan lebih mudah untuk kanak-kanak belajar.
- Samada sedar ataupun tidak, kita bercakap dan berkomunikasi dalam bentuk giliran, iaitu seorang bercakap, seorang mendengar, seorang bertanya, seorang menjawab, seorang memberi arahan, seorang lagi melakukan arahan. Oleh itu, untuk kanak-kanak bercakap dan berkomunikasi dengan baik, mereka perlu mempelajari kemahiran giliran. Pada awalnya kanak-kanak mempelajari giliran dalam bermain dan seterusnya mereka menggunakan kemahiran tersebut untuk berbual pula.
- Contoh permainan yang menggalakkan giliran adalah seperti bermain “peek a boo”, bergilir memasang lego, bergilir-gilir mengetuk gendang dan banyak lagi. Asasnya di sini adalah kanak-kanak perlu faham bahawa mereka perlu menunggu, melihat dan memberi respon yang bersesuaian dengan reaksi orang lain.
5. Gunakan Isyarat Tangan (gesture). Bagi kanak-kanak, kesemua bahasa adalah asing bagi mereka. Sebarang isyarat akan membantu mereka memahami bahasa dengan lebih baik. Bayangkan sekiranya seseorang menyebut “besar” tanpa isyarat tangan dan sebutan “besar” dengan isyarat tangan. Sudah semestinya dengan isyarat akan membolehkan kita faham perkataan tersebut dengan lebih baik. Samalah juga apabila kanak-kanak ingin mempelajari bahasa. Kita boleh membantu mereka untuk memahami perkataan dengan menambahkan isyarat tangan kepada perkataan-perkataan untuk menggambarkan maksud perkataan tersebut dengan lebih baik.
6. Cara yang efektif untuk kanak-kanak mempelajari bahasa dengan baik adalah kita mengikut haluan dan minat mereka. Caranya adalah dengan memerhatikan minat anak, mendengar apa yang disebut atau dihasilkannya sambil menunggu apa yang ingin disampaikan oleh anak. Kemudian barulah kita cuba memberikan respon bagi menarik minat mereka untuk berinteraksi dengan kita.
7. Persekitaran, perasaan dan pengalaman yang dilalui oleh anak boleh ditukarkan ke dalam bentuk perkataan untuk mereka sebut dan gunakan dalam kehidupan harian. Ibubapa boleh menceritakan apa yang dilihat, dipegang atau dirasai oleh kanak-kanak untuk memberikan input bahasa yang bersesuaian.
Sebagai contoh kanak-kanak bermain bola dan terjatuh. Anda boleh menceritakan aksi yang dilakukan oleh kanak-kanak seperti ‘baling bola’ ‘tangkap bola’, ‘bola jatuh’, ‘sakit’ dan lain-lain perkataan yang bersesuaian pada situasi tersebut. Pembelajaran secara langsung dari pengalaman adalah lebih berkesan berbanding pembelajaran dengan hanya melihat gambar atau mendengar perkataan sahaja.
8. Mengikut kajian yang dilakukan oleh Rowe (2012), kanak-kanak 1-2 tahun perlu didedahkan dengan kuantiti perkataan yang banyak untuk membolehkan mereka mempelajari perkataan yang lebih kompleks apabila mencecah usia 3 tahun.
9. Terdapat pelbagai jenis perkataan yang kita gunakan seperti kata nama (nama orang, objek dan tempat), kata kerja (perbuatan), kata sifat (saiz, warna, suhu, bentuk), kedudukan, perasaan dan macam-macam lagi. Ini penting bagi membolehkan kanak-kanak menyambungkan ayat mereka sendiri.
10. Kanak-kanak pada usia 1 tahun biasanya bercakap menggunakan perkataan tunggal. Apabila mereka mencecah usia 2 tahun, mereka akan mula menyambungkan ayat 2 perkataan dan seterusnya 3 perkataan pada usia 2 tahun 6 bulan.
11. Apabila berusia 3 tahun, kanak-kanak sudah boleh menggabungkan 4 dan lebih perkataan dalam ayat. Bagi kanak-kanak yang lambat bercakap, mereka biasanya sukar untuk menyambungkan ayat. Oleh itu adalah penting untuk kita membantu mereka dengan memberi contoh dan model bagaimana untuk menyambung ayat. Cara yang mudah adalah dengan memanjangkan bunyi atau perkataan yang disebutkan oleh anak. Sebagai contoh:
Anak : Miau..
Ibu : Miauu .. kucing
Anak : kucing
Ibu : Aah, kucing comel
12. Ibubapa perlu menambahkan perkataan pada apa yang disebutkan oleh anak untuk menjadikannya lebih panjang.
13. Tapi ingat, ibubapa tak perlulah memaksa anak untuk menyebutkan semula ayat yang anda sebutkan. Cukuplah dengan anda menyebut dan mengulang untuk mereka dengar dan faham.
14. Sentiasalah mengulangi satu-satu perkataan itu bagi membantu kanak-kanak mengingati perkataan yang mereka pelajari. Gunakan perkataan yang diajar secara berulang-ulang dalam situasi yang berbeza untuk membolehkan kanak-kanak membuat generalisasi dan menggunakan perkataan tersebut dengan betul dan bermakna.
15. Kanak-kanak bercakap dan berkomunikasi adalah dengan niat, kehendak dan keperluan yang pelbagai. Dalam mengajar kanak-kanak bercakap dan berkomunikasi, ketersediaan peluang bagi mereka untuk belajar dan mempraktikkan apa yang mereka pelajari adalah penting kerana pembelajaran tanpa praktikal yang berulang-ulang akan membuatkan maklumat tersebut hilang fungsinya dan lama-kelamaan akan hilang dan dilupakan oleh kanak-kanak.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI