Berseri-seri pelakon Tasha Shilla sejak mengandung anak kedua. Orang kata bila muka berseri, suka make up akan dapat anak perempuan namun semua itu hanya kebetulan. Tapi andai kata betul dan rezeki Tasha dan suami, dapatlah sepasang.
Menurut Tasha Shilla atau lebih mesra dengan panggilan Tasha, kehamilan kali ini membuatkan dirinya gemar bersolek dan dia mengakui pengalaman hamil anak kedua agak berbeza berbanding anak sulungnya.
Tasha berkongsi perkara itu menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagramnya beserta foto terkini yang merakamkan wajah Tasha sedang tersenyum sambil memegang bahagian perutnya.
“Anak kedua ni terasa nak bersolek je. Terima kasih @bellahudd terubat rindu sentuhan #bellahuddsigniture #26weekspregnant,” tulisnya.
Tasha yang kini hamil 26 minggu dan sudah masuk ke trimester kedua mengakui suami, Atiq Idris sentiasa membantunya menguruskan rumah tangga dan anak.
Ads
Menerusi ruangan komen juga, Tasha berkongsi sebelum ini mengidam untuk berlakon.
“Hari itu mengidam berlakon, dapatlah shooting lima hari. Syukur Alhamdulillah,” kongsinya.
Dalam pada itu, pengikut Instagramnya juga memuji Tasha kelihatan semakin cantik dan terserlah seri ibu mengandung.
Ads
Apa-apa pun ramai yang mendoakan agar kehamilan kedua Tasha berjalan lancar. Mommy sihat dan baby yang akan keluar nanti juga berada dalam keadaan baik.
Terdahulu, Tasha dan suami, Muhammad Atiq Idris mendirikan rumah tangga pada 28 Februari 2020.
Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Raees Zander yang baru genap setahun April lalu.
Isteri kepada pelakon popular, Shukri Yahya iaitu Tya Adnan berkongsi gelagat anak sulungnya, Aaira Ameena yang mengaku salah menconteng dinding rumah mereka.
Video tersebut dimuatnaik di lama Instagram dan mendapat tontonan lebi 10 ribu pengikutnya.
Menurut perkongsian Tya, dia tersentuh melihat sikap tanggungjawab anak sulungnya itu yang mengaku salah dan bertanggungjawab menyelesaikan masalah yang dilakukan olehnya sendiri.
“Kakak.. tersentuh hati mommy…”
“Ceritanya.. tadi mommy nampak macam ada kesan conteng dekat dinding. Pastu mommy tanya la “siapa yang buat ni?”. Mula dia takut nak jawab dia yang buat. Tapi lepastu dia mengaku dia buat. So dia ambik pemadam, and then padam kesan conteng tu.”
“Apa yang buat mommy tersentuh, masa dia padam tu, dia tadah tangan dia sebab nak tahan habuk pemadam tu. Masa tu mommy dah impress dah. Dahtu, ehh lepas dah padam tu siap bawak penyapu, sapukan lagi lantai tu. Terus mommy sejuk tak jadi nak marah.”
“Mengalir jugak air mata mommy, mixed feeling kejap. Dah besar dia. Tiba tersentuh hati. Terus peluk dia. Sayangnyaa dekat dia!”
Namun rata-rata wargamaya terhibur melihat telatah comel Ameena dan adiknya
Maleeq Miqayl dalam video yang dikongsi.
kesempurnaancahaya Enterprem adik pun..hehehe..comey..semoga jadi anak soleh solehah keduanya
amelyaamy09 Cutee😍😍😍 tp tu la penyapu dgn baju 1 set ye. hehe 😁🤭
redza.shafiee Sy hanya memerhati maleeq yang sedang bertukang jee kak 😂🥰
Sebelum melabuhkan tirai tahun 2020, pada Disember ini, pasangan sama cantik sama padan, Aiman Hakim Ridza dan Zahirah MacWilson bakal bergelar ayah dan ibu. Bagi menyambut kelahiran bayi pertama mereka itu, Zahirah memilih untuk berada dekat dengan ibunya sepanjang detik kelahiran bayi sulungnya itu.
Semalam menerusi akaun instagram masing-masing, kedua-duanya dilihat meninggalkan beberapa posting untuk tatapan peminat sebelum berangkat ke Perth, Australia untuk urusan bersalin pada Disember ini.
Pasangan ini turut memaklumkan menerusi akaun Instagram masing-masing, mereka dijangka akan kembali semula ke tanah air pada tahun hadapan.
“Selepas tidak tidur malam… Jumpa kalian tahun hadapan. Kami sayang kalian, terima kasih atas doa-doanya.
“Insya-Allah kami akan balik bertiga nanti,” tulis Zahirah di instagramnya.
Terbaru Zahirah juga turut berkongsi beberapa video mereka yang kini sedang menjalani tempoh kuarantin selama 14 hari di sebuah hotel di Perth.
Ibu Doakan Perjalanan Selamat
Dalam pada itu, ibu Zahirah, Maslinda Yusof juga turut mendoakan perjalanan anak dan menantunya dipermudahkan.
Di waktu-waktu Covid 19 sekarang ni banyak betul dugaan-dugaan yang mereka lalui untuk pulang ke Perth. Syukur Alhamdullilah Allah telah perkenankan doa-doa kami supaya segala urusan anak-anak kami dipermudahkan.
Now, they are on the way home, I am so overwhelmed and grateful to Allah 😭😭😭. Have a safe flight kak and Aiman, we will see you after your 2 weeks quarantine. Love you guys so much,” tulisnya di instagram.
Semoga kedua pasangan ini dilindungi dari sebarang bahaya dan dipermudahkan urusan kelahiran di sana kelak.
Aiman dan Zahirah telah diijabkabulkan pada 20 Februari 2020 di Petaling Jaya. Pada 2019, pasangan ini mengikat tali pertunangan dalam majlis ringkas yang diadakan di Perth, Australia yang disaksikan keluarga Zahirah.
Bolehkah bayi minum air putih? Sudah tentu boleh, namun ibu harus menunggu si manja mencapai usia yang disarankan atau terdapat risiko yang boleh dialami mereka.
Bolehkah bayi minum air putih?
Sehingga si manja mencapai usia 6 bulan, minuman terbaik untuk diberikan adalah susu ibu atau susu formula – kedua-duanya mempunyai penghidratan dan nutrien yang diperlukan dalam tempoh awal kehidupan.
Walaupun selepas memperkenalkan makanan pejal apabila bayi mencecah usia 6 hingga 12 bulan, susu ibu dan susu formula masih menjadi keutamaan berbanding air putih.
Namun pada tempoh ini, anda boleh mula memperkenalkannya kerana ia dapat membantu mencegah sembelit.
Jumlah air yang boleh diberikan adalah sekitar 4-8 auns sehari. Jika berlebihan ia boleh menyebabkan mabuk air (water intoxication).
Di samping itu, terlalu banyak air putih boleh menggantikan nutrisi berharga daripada susu ibu atau formula dan menyebabkan ketidakseimbangan elektrolit bayi.
Fahami risiko terlebih air
Bayi yang minum air dengan berlebihan adalah sangat berbahaya. Air boleh menyebabkan ketidakseimbangan paras natrium yang mengakibatkan:
Sawan
Kerosakan otak
Koma
Kematian
Water intoxication membawa kepada perubahan tingkah laku seperti:
Kekeliruan
Mengantuk
Kekejangan otot
Pening dan muntah
Kesukaran bernafas
Lemah
Penting untuk ibu ayah memerhatikan tanda-tanda jika bayi mengalami mabuk air dan melakukan pemeriksaan doktor dengan segera sekiranya mempunyai sebarang kebimbangan.
Cara memperkenalkan air kepada si manja
Kaedah terbaik untuk mengajar bayi minum air adalah melalui cawan atau menggunakan penyedut minuman (straw) – dapat membantu mengembangkan kemahiran minum si manja.
Percaya atau tidak, air sebenarnya merupakan antara cecair yang paling sukar untuk dipelajari teknik meminumnya.
Ini kerana air boleh mengalir dengan cepat, sekali gus memerlukan lidah dan otot menelan untuk bekerja dengan sangat cepat. Usah risau sekiranya si manja batuk-batuk kecil apabila baru belajar untuk minum air putih.
Amnya, kemahiran motor lisan yang diperlukan untuk minum air daripada cawan atau penyedut minuman adalah berbeza daripada pergerakan penyusuan susu ibu atau botol.
Jadi ia adalah normal apabila bayi mengalami batuk atau memuntahkan kembali air putih yang diminum. Keadaan ini akan berkurangan apabila kemahiran bayi minum air bertambah baik.
Namun, sekiranya batuk berterusan ketika bayi minum air putih walaupun selepas beberapa bulan masa latihan, berundinglah dengan pakar pediatrik.
Elakkan daripada menawarkan air putih di dalam botol. Ia boleh mengakibatkan pengambilan air terlalu banyak dan tidak memberikan manfaat kepada perkembangan kemahiran motor oral bayi.
Tanda bayi minum air secukupnya
Pertama sekali, anda harus ingat bahawa hampir 90% daripada susu ibu dan formula bayi (campuran standard) adalah air!
Anak berusia kurang daripada 12 bulan jarang memerlukan air tambahan.
Tetapi mengamal dan mengajar bayi minum air putih menggunakan cawan pada usia ini memberikan manfaat kepada perkembangan dan membantu mereka menyesuaikan diri dengan rasa cecair selain susu ibu atau formula.
Untuk mengetahui sama ada si manja mendapat air yang secukupnya adalah apabila mereka mempunyai antara 4-6 lampin basah dalam tempoh 24 jam.
Tanda bayi tidak cukup air atau dehidrasi pula termasuklah:
Bibir merekah
Sedikit atau tiada air mata apabila menangis
Mata kuyu
Warna air kencing gelap
Ubun kepala (anterior fontanelle) tenggelam
Cerewet atau meragam
Mengantuk yang berlebihan
Sekiranya anda bimbang bayi mengalami dehidrasi atau tampak terlalu dahaga, ia mungkin petanda wujud masalah kesihatan. Jadi lakukan pemeriksaan doktor segera!
Cara menggalakkan anak minum
Tip terbaik untuk menggalakkan bayi minum air adalah dengan menunjukkan kepada mereka cara melakukannya.
Jika bayi tidak berminat untuk belajar minum melalui cawan:
Cuba menuangkan air ke dalam cawan di hadapan bayi.
Ketuk meja untuk menarik perhatian bayi.
Minum sendiri air daripada cawan bayi.
Serahkan cawan kepada bayi di udara dan perhatikan sama ada dia mencapainya atau cuma bersandar.
Bagi anak yang lebih berusia, anda boleh ajar mereka menuang air daripada jag ke dalam cawan sendiri.
Lebih banyak anda memberikan kebebasan dan kawalan kepada anak, lebih cepat mereka akan meneroka, menyentuh dan berkemungkinan besar, minum air putih.
Anda juga boleh menambah potongan buah di dalam air atau daun pudina sebagai menambah rasa dan menjadikan ia lebih menarik untuk diminum.
Cara terakhir yang boleh anda cuba adalah dengan menawarkan air minuman anda. Ini kerana anak-anak biasanya akan lebih mudah tertarik untuk mencuba dan meminum air kepunyaan ibu dan ayah.
Anda boleh menawarkan antara 1-2 auns air di dalam cawan kecil untuk menggalakkan bayi minum air dengan sendiri. Bawa cawan tersebut hampir dengan si manja dan biarkan mereka mencapainya sendiri.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.