Anak Kekuatan Sarah! Usia 36 Ke 40 Kemuncak Ujian Allah Sebab DIA Sayang

Share

Seorang wanita itu kuat sebab anak-anak. Meskipun rumah tangga sedang diuji, pujian harus diberikan kepada pelakon Puteri Sarah Liyana kerana dia tetap tenang menghadapi ujian kecil ini.

Baru-baru ini, perkongsian Sarah menjadi perhatian apabila mengatakan usia antara 36 hingga 40 tahun adalah ‘kemuncak’ ujian yang bakal diterima setiap individu. Ujarnya, pada usia tersebut pelbagai ujian akan dihadapi namun baginya itu adalah tanda Allah sayang pada hambaNya.

 “Mereka yang berusia 36 tahun nak ke usia 40 tahun ini, memang Allah uji kesabaran tahap enam (maksimum). Tak kira lelaki atau perempuan. Di usia itulah juga penentu bagaimana sikap kalian nanti apabila mencecah usia 40 tahun.

“Masa usia 36 hingga 39 tahunlah ujian bertalu-talu sampai dan kalian akan rasa macam tak cukup tanah nak berlari. Masa inilah ada rumah tangga yang gagal, hilang kerjaya, mula sakit, dikhianati sahabat sendiri, di uji dengan masalah kewangan, anak-anak membesar dan banyak akal.

“Ini adalah usia kemuncak ujian Allah paling dahsyat. Kenapa? Tidak lain tidak bukan, jawapannya adalah Allah sayang. Dia jemput kita perlahan-lahan untuk meniti usia 40 dengan tenang. Bersedia untuk masuk ke alam lebih dewasa. Meninggalkan usia fasa muda yang lalu.

“Dia nak kita sujud dan istighfar kepada-Nya atas silap dan kealpaan yang lalu. 30 tahun hidup di dunia. Apa yang kita sudah buat? Masuk sahaja usia 40 tahun, ‘all is new’,” tulisnya.

Dalam pada itu, Sarah berkata lagi apabila mencapai usia 40 tahun setiap individu sepatutnya sudah mencapai ketenangan serta mendekatkan diri kepada Allah.

“Masuk usia 40 tahun, sepatutnya kita sudah tenang. Sudah tidak fikir lagi hal dunia. Semua amalan diikhlaskan untuk akhirat kelak. Sedetik lebih pun tidak akan mengeluh.

“Itupun jika kalian selesai dengan jayanya menduduki ‘final exam sebelum usia 40’ . Tapi, jika kita ini asyik ulang silap yang lepas, diusia 40 nanti sama saja perangai sampai ke tua.

“Nabi Muhammad, Allah tingkatkan darjatnya di usia 40 kepada Rasulullah. Baginda mula berdakwah secara terang. Sebelum menjadi Rasulullah, berapa kali baginda dihina dan dikasari. Hidup ini, yang perlu ditanam dan pasak dalam hati adalah sabar. Yang perlu diamalkan setiap malam adalah tahajud. Yang perlu ada dalam hati hanya Tuhan Yang Maha Esa,” kongsinya.

Kredit: IG Puteri Sarah Liyana

Ketahui fungsi carseat di E-Workshop Sayangi Nyawa Anak Dalam Kereta, Let’s Buckle Up! Daftar secara PERCUMA di https://toko.ideaktiv.com/product/sayang-nyawa-anak-dalam-kereta/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

 

Published by
Wan Amy