Dianugerahkan dengan anak kembar pastinya dinantikan oleh semua pasangan suami isteri. Gembira kerana memiliki anugerah yang jarang dimiliki oleh orang lain. Namun memiliki kembar tidak semudah yang disangka.
Selain memikirkan kos yang berganda, soal kesihatan anak-anak dan juga perkembangan, sikap dan tingkah laku mereka juga seharuslah lebih diberikan perhatian. Bagaimana anak kembar anda?
Dr Mazidah Mohd Rasid, Consultant Pediatrician daripada Hospital KPJ Pakar Perdana, Kota Bharu, Kelantan berkongsi apa yang anda perlu ketahui mengenai perkembangan anak kembar anda.
Menurut beliau, setiap individu bayi kembar mempunyai perangai dan personaliti yang tersendiri. Masing masing menpunyai langkah perkembangan mengikut langkah yang tersendiri. Perkembangan anak kembar selalu di lihat dari tempoh masa yang agak panjang. Misalnya seorang bayi akan cuba berjalan dari umur 9 bulan sehingga 15 bulan.
Dengan itu ia adalah masih normal sekiranya satu kembar boleh berjalan lebih awal dari kembar yang satu lagi. Walaubagaimanapun sekiranya perbezaan mereka adalah sangat ketara, ibu bapa di nasihatkan untuk berjumpa dengan pakar kanak kanak.
Perkembangan Sedikit Lewat
Kebanyakan kembar yang di lahirkan pramatang atau berat badan yang rendah seringkali akan mencapai perkembangan yang lewat berbanding dengan bayi yang dilahirkan cukup bulan.
Doktor selalunya akan merujuk umur bayi kembar ini dengan umur yang di ubah suai. Penyesuaian umur akan di kira mengikut tarikh lahir jangkaan dengan tarikh lahir bayi yang sedia ada.
Penyesuaian pengiraan umur akan dikira sehingga umur 2 tahun. Perkara yang mustahak dalam mengetahui perkembangan bayi kembar adalah bukan anggaran umur yang boleh dicapai tetapi arahan perkembangan yang betul.
Ads
Kebiasaannya perkembangan bayi kembar adalah sama dengan bayi yang dilahirkan seorang, dengan syarat bayi kembar ini tidak dilahirkan dengan komplikasi seperti lahir pramatang. Seseorang bayi kembar yang pramatang tidak akan capai perkembangan yang sama dengan bayi yang normal.
Walau bagaimanapun ada bayi kembar menghadapi:
A) Bahasa pertuturan yang lewat. B) Masalah kognitif dan fungsi motor. C) Masalah kelakuan. D) Interaksi ibubapa dan bayi akan berkurangan.
Masalah yang selalu dihadapi oleh bayi kembar adalah kelewatan bahasa pertuturan atau lambat bercakap. Terdapat berbagai jenis teori yang mengeluarkan fakta tentang kelewatan berkomunikasi ini samada lewat bercakap atau tidak berminat bercakap.
Ads
Apa yang penting, ibubapa harus mengenal pasti dan sedar akan kelewatan ini samada salah seorang daripanya atau kedua-duanya sekali sekurang-kurangnya pada umur 18 bulan ke atas.
Masalah autism juga seringkali berlaku di kalangan bayi kembar yang seiras dan
kembar yang berasal dari keluarga bapa jika di bandingkan dengan populasi kelahiran normal.
Selain itu bayi kembar pramatang, yang memiliki berat badan yang terlalu ringan semasa lahir dengan kelahiran dari ibu yang berumur meletakkan seseorang bayi kembar ini berisiko tinggi untuk mendapat cerebral palsy.
Ads
Kajian juga menunjukkan bayi kembar menghadapi masalah pertuturan dua kali ganda
jika dibandingkan dengan bayi yang normal. Pertuturan bahasa yang lewat adalah seperti boleh bercakap sepatah atau dua perkataan sahaja. Lewat pertuturan bahasa boleh juga berlaku dari segi tidak boleh mencantumkan perkataan.
Kajian telah menunjukkan bahawa kelahiran kembar akan lewat bertutur jika di bandingkan kelahiran bayi seorang ( 38% lahir kembar banding dengan lahir seorang( 19 %)
Kajian juga mendapati pertuturan bahasa akan berlalu lebih lewat di kalangan bayi kembar seiras (47%) dibandingkan dengan kembar tak seiras (31%).
Bagaimana perkembangan anak kembar sewajarnya?
Perkembangan anak kembar yang tidak ada risiko semasa kelahiran mempunyai perkembangan yang sama dengan anak yang dilahirkan seorang. Bayi mempunyai kelajuan pembentukan perkembangan yang tersendiri dan mengikut cara mereka sendiri.
Beberapa langkah perlu di lakukan untuk mengetahui perkembangan anak kembar ini tidak tersasar.
a). Tuliskan perkembangan yang nyata dan pencapaian yang diperolehi dalam setiap pembesaran bayi kembar ini.
b). Pengubahsuaian umur semasa perlu di kira semula. Sekiranya bayi kembar dilahirkan lebih awal, dua tarikh lahir perlu diingat. Kedua tarikh ini ialah tarikh lahir yang benar dan didaftarkan sebagai tarikh kelahiran serta satu tarikh lagi merupakan tarikh lahir yang dijangkakan.
Apabila ukuran perkembangan dilakukan ia mesti dilihat kepada perkembangan pada umur yang diubah suaikan. Pengubahsuaian ini akan memberi gambaran yang benar tentang episod perkembangan yang berlaku.
Sehingga umur nya mencapai dua tahun, kebanyakan bayi kembar ini adalah setara dan sama dengan bayi lain yang dilahirkan seorang dan normal. Sasaran pencapaian perkembangan mengikut perkembangan adalah dibahagikan kepada 4 sudut. Contohnya perkembangan bayi kembar yang berumur antara 6 hingga 12 bulan (umur benar atau pengubahsuaian).
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Memilih botol susu untuk si manja yang bersesuaian dengan selera anak pasti agak sukar. Tapi pastikan botol yang dipilih selamat, tepat dan praktikal untuk si kecil.
Mama papa perlu ambil langkah berhati-hati dalam memilih botol susu untuk anak. Pastikan andai periksa 6 perkara ini dulu! Ketahui juga tanda-tanda botol sudah tidak selamat digunakan.
Bagi bayi yang menyusu sama ada susu ibu perahan atau susu formula,botol susu tentunya satu kemestian. Adakah semua botol susu yang anda belikan sesuai dengan si kecil? Tentunya tidak semua diminatinya terutamanya si manja yang cerewet.
Rata-rata mahukan puting susu yang mempunyai saiz dan bentuk seakan-akan payudara ibu. Mama papa boleh ikuti panduan ini dahulu sebelum membuat pilihan.
BELI SATU DAHULU
Jika anda fikir anda ingin menggunakan jenama tertentu, belilah satu atau dua dahulu dan lihat responsnya. Hal ini kerana jika anda membeli satu set botol susu dalam jumlah banyak, ia akan menjadi pembaziran jika si manja tidak menyukainya.
BENTUK PUTING
Jika anda akan menyusukan bayi anda tetapi kadang-kadang menggunakan botol, anda mungkin perlu membeli botol dengan puting lebar yang menyerupai payudara ibu.
KADAR ALIRAN PUTING
Kelajuan susu melalui puting botol berbeza mengikut jenama atau kategori. Ada beberapa jenama yang menjual puting direka untuk aliran cepat, sederhana atau lambat. Kebanyakan bayi baru lahir perlu aliran puting yang lebih perlahan pada mulanya. Aliran terlalu cepat boleh menyebabkan masalah perut si kecil. Belilah puting yang mempunyai aliran lebih cepat apabila si kecil mula membesar.
BAHAN BOTOL – KACA ATAU PLASTIK
Botol kaca yang klasik popular semula kini kerana tersebarnya isu bahan kimia yang ditemui dalam plastik. Botol kaca mudah dijaga dan tahan lama, tetapi menimbulkan risiko luka kepada ibu atau bayi jika pecah. Beberapa syarikat membuat balutan botol comel daripada silikon atau foam untuk membantu melindungi botol kaca dari pecah.
Botol plastik mungkin tidak bertahan lama, tetapi lebih murah. Pilihlah botol yang bebas Bisphenol A (BPA). Jika anda memilih untuk menggunakan botol polikarbonat yang mengandungi BPA, jangan dedahkan botol kepada haba yang tinggi dan pastikan untuk membuang botol jika mempunyai tanda kerosakan menjadi keruh atau tercalar.
PUTING
Pemilihan puting perlu diberi keutamaan. Puting silikon tidak memerangkap bau atau rasa, walaupun selepas digunakan berulang kali. Ia juga tidak mempunyai potensi untuk menimbulkan alahan seperti puting getah atau lateks. Puting silikon juga lebih sukar untuk ‘dikunyah’ oleh bayi, maka kurang risiko tercekik.
SAIZ BOTOL
Bagi si manja baru lahir memadailah botol bersaiz 2oz. Jika anda ingin menggunakan botol dari awal lagi, belilah botol berkapasiti 7oz daripada mula lagi, kerana si kecil akan memerlukan lebih kuantiti susu seiring pembesarannya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Nak mendidik anak memang memerlukan ilmu keibubapaan seperti yang dikongsi oleh Dr Sheikh Muszaphar melalui instagramnya di mana anak-anak perlu di didik sejak lahir lagi supaya rutin tersebut menjadi amalan mereka.
Ikuti perkongsian ini.
Keibubapaan sejak Lahir
Ramai yang bertanya kepada saya…
Bayi saya tidak tidur pada waktu malam.
Bayi saya mengamuk.
Bayi saya menangis sepanjang masa
Bayi saya tidak mahu makan
Apa yang saya perlu buat?
Setiap ibu bapa yang sedang menanti cahaya mata haruslah mempunyai pengetahuan tentang keibubapaan.
Ibu bapa harus memahami peristiwa penting bayi, perkembangan otak anak dan tingkah laku mereka pada peringkat umur yang berbeza untuk memudahkan keibubapaan.
Ramai ibu bapa kecewa dan tidak tahu bagaimana untuk bertindak balas. Sebenarnya, keibubapaan memerlukan perancangan yang betul. Anda perlu mempunyai matlamat jangka pendek, jangka pertengahan dan jangka panjang untuk anak-anak anda.
Anda perlu mempunyai jangkaan pada Anak anda. Anda perlu tahu bagaimana untuk bertindak balas dengan cara yang betul kepada bayi anda.
Anda perlu memahami personaliti mereka. Dan setiap Kanak-kanak adalah berbeza. Anak anda akan berubah bagaimana anda membesarkannya. Dan sukar jika anak anda sudah melebihi 3 tahun.
Anda perlu memprogram semula pemikiran & tingkah laku mereka dan ia memerlukan masa dan banyak usaha. Tetapi ia boleh dilakukan.
Keibubapaan terbaik dilakukan sejak lahir. Berikut adalah beberapa petua:
1. Besarkan Anak anda dengan penuh kasih sayang dan ketawa
2. Persekitaran yang tenang
3. Mulakan rutin
4. Tidak meninggikan suara di hadapan mereka
5. Ajar mereka tentang disiplin
6. Banyak komunikasi
7. Pelukan & Cium
Ibu bapa harus memimpin melalui teladan.
Bayi sangat memerhati – mereka memerhati setiap tingkah laku anda dan ingin menjadi seperti anda.
Mereka mengamuk kerana sudah terbiasa dengan cara mereka . Mereka tidur lewat kerana kita tidak menguatkuasakan peraturan di dalam rumah. Mereka menjadi gemuk kerana kita tidak mengajar mereka tentang makanan yang sihat.
Hanya anda yang tahu apa yang terbaik untuk Anak anda. Setiap gaya keibubapaan adalah berbeza. Setiap Kanak-kanak adalah berbeza.
Anda tentukan apa yang terbaik untuk keluarga anda. Tetapi untuk melakukan itu, anda perlu tahu apa yang anda lakukan.
Bukan membesarkan mereka secara membuta tuli. Sekurang-kurangnya kita telah melakukan yang terbaik untuk membesarkan anak-anak kita.
Apabila anak-anak kita sudah dewasa, kita tahu kita telah melengkapkan mereka dengan kaedah yang betul untuk berjaya.
Untuk Dunia & Akhirat .
Itu tugas kita sebagai ibu bapa.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Teruja nak dapat baby, tapi masih banyak persiapan yang perlu dibuat. Mental dan fizikal pun kena mantap sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang cara-cara menguruskan bayi baharu lahir? Jom sertai E-Workshop Pa&Ma : A-Z Uruskan Newborn Baby! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/urus-newborn-baby-a-z/
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Di zaman teknologi yang serba canggih ini, pastinya setiap isi rumah memilik telefon pintar untuk memudahkan urusan seharian. Malah kini telefon pintar merupakan satu keperluan wajib bagi setiap orang.
Melalui telefon pintar, kita dapat berhubung dengan sesiapa sahaja dan dimana jua kita berada. Tambahan pula telefon pintar terkini dilengkapi dengan banyak kemudahan melalui aplikasi seperti Whatsapp, perbankan dalam talian, email, sosial media dan banyak lagi. Malah ramai yang bekerja dengan menggunakan telefon pintar. Ia bukan hanya mudah dibawa tetapi alat peranti yang sangat penting untuk menyelesaikan tugasan harian.
Bagi pengguna Iphone, anda boleh mengisi Medical ID di dalam telefon pintar sebagai keperluan kecemasan jika berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini. Sekurang-kurangnya jika berlaku kecemasan, orang yang tidak mengenali anda boleh menghubungi waris terdekat.
Ikuti perkongsian ini
Contoh maklumat di bahagian MedicalID
Health App yang berbentuk love
Sumber: Moka
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.