Keibubapaan

Anak Kembar Ni Tak Sama, Perangai Lain-Lain, Perkembangan Pun Tak Sama, Mak Ayah Wajib Tahu!

Share

Dianugerahkan dengan anak kembar pastinya dinantikan oleh semua pasangan suami isteri. Gembira kerana memiliki anugerah yang jarang dimiliki oleh orang lain. Namun memiliki kembar tidak semudah yang disangka.

Selain memikirkan kos yang berganda, soal kesihatan anak-anak dan juga perkembangan, sikap dan tingkah laku mereka juga seharuslah lebih diberikan perhatian. Bagaimana anak kembar anda?

Dr Mazidah Mohd Rasid, Consultant Pediatrician daripada Hospital KPJ Pakar Perdana, Kota Bharu, Kelantan berkongsi apa yang anda perlu ketahui mengenai perkembangan anak kembar anda.

Menurut beliau, setiap individu bayi kembar mempunyai perangai dan personaliti yang tersendiri. Masing masing menpunyai langkah perkembangan mengikut langkah yang tersendiri. Perkembangan anak kembar selalu di lihat dari tempoh masa yang agak panjang. Misalnya seorang bayi akan cuba berjalan dari umur 9 bulan sehingga 15 bulan.

Dengan itu ia adalah masih normal sekiranya satu kembar boleh berjalan lebih awal dari kembar yang satu lagi. Walaubagaimanapun sekiranya perbezaan mereka adalah sangat ketara, ibu bapa di nasihatkan untuk berjumpa dengan pakar kanak kanak.

Perkembangan Sedikit Lewat
Kebanyakan kembar yang di lahirkan pramatang atau berat badan yang rendah seringkali akan mencapai perkembangan yang lewat berbanding dengan bayi yang dilahirkan cukup bulan.

Doktor selalunya akan merujuk umur bayi kembar ini dengan umur yang di ubah suai. Penyesuaian umur akan di kira mengikut tarikh lahir jangkaan dengan tarikh lahir bayi yang sedia ada.

Penyesuaian pengiraan umur akan dikira sehingga umur 2 tahun. Perkara yang mustahak dalam mengetahui perkembangan bayi kembar adalah bukan anggaran umur yang boleh dicapai tetapi arahan perkembangan yang betul.

Kebiasaannya perkembangan bayi kembar adalah sama dengan bayi yang dilahirkan seorang, dengan syarat bayi kembar ini tidak dilahirkan dengan komplikasi seperti lahir pramatang. Seseorang bayi kembar yang pramatang tidak akan capai perkembangan yang sama dengan bayi yang normal.

Walau bagaimanapun ada bayi kembar menghadapi:

A) Bahasa pertuturan yang lewat.
B) Masalah kognitif dan fungsi motor.
C) Masalah kelakuan.
D) Interaksi ibubapa dan bayi akan berkurangan.

Masalah yang selalu dihadapi oleh bayi kembar adalah kelewatan bahasa pertuturan atau lambat bercakap. Terdapat berbagai jenis teori yang mengeluarkan fakta tentang kelewatan berkomunikasi ini samada lewat bercakap atau tidak berminat bercakap.

 

Apa yang penting, ibubapa harus mengenal pasti dan sedar akan kelewatan ini samada salah seorang daripanya atau kedua-duanya sekali sekurang-kurangnya pada umur 18 bulan ke atas.

Masalah autism juga seringkali berlaku di kalangan bayi kembar yang seiras dan
kembar yang berasal dari keluarga bapa jika di bandingkan dengan populasi kelahiran normal.

Selain itu bayi kembar pramatang, yang memiliki berat badan yang terlalu ringan semasa lahir dengan kelahiran dari ibu yang berumur meletakkan seseorang bayi kembar ini berisiko tinggi untuk mendapat cerebral palsy.

Kajian juga menunjukkan bayi kembar menghadapi masalah pertuturan dua kali ganda
jika dibandingkan dengan bayi yang normal. Pertuturan bahasa yang lewat adalah seperti boleh bercakap sepatah atau dua perkataan sahaja. Lewat pertuturan bahasa boleh juga berlaku dari segi tidak boleh mencantumkan perkataan.

Kajian telah menunjukkan bahawa kelahiran kembar akan lewat bertutur jika di bandingkan kelahiran bayi seorang ( 38% lahir kembar banding dengan lahir seorang( 19 %)

Kajian juga mendapati pertuturan bahasa akan berlalu lebih lewat di kalangan bayi kembar seiras (47%) dibandingkan dengan kembar tak seiras (31%).

Bagaimana perkembangan anak kembar sewajarnya?
Perkembangan anak kembar yang tidak ada risiko semasa kelahiran mempunyai perkembangan yang sama dengan anak yang dilahirkan seorang. Bayi mempunyai kelajuan pembentukan perkembangan yang tersendiri dan mengikut cara mereka sendiri.

Beberapa langkah perlu di lakukan untuk mengetahui perkembangan anak kembar ini tidak tersasar.
a). Tuliskan perkembangan yang nyata dan pencapaian yang diperolehi dalam setiap pembesaran bayi kembar ini.
b). Pengubahsuaian umur semasa perlu di kira semula. Sekiranya bayi kembar dilahirkan lebih awal, dua tarikh lahir perlu diingat. Kedua tarikh ini ialah tarikh lahir yang benar dan didaftarkan sebagai tarikh kelahiran serta satu tarikh lagi merupakan tarikh lahir yang dijangkakan.

Apabila ukuran perkembangan dilakukan ia mesti dilihat kepada perkembangan pada umur yang diubah suaikan. Pengubahsuaian ini akan memberi gambaran yang benar tentang episod perkembangan yang berlaku.

Sehingga umur nya mencapai dua tahun, kebanyakan bayi kembar ini adalah setara dan sama dengan bayi lain yang dilahirkan seorang dan normal. Sasaran pencapaian perkembangan mengikut perkembangan adalah dibahagikan kepada 4 sudut. Contohnya perkembangan bayi kembar yang berumur antara 6 hingga 12 bulan (umur benar atau pengubahsuaian).

Published by
SRM