“Anak Kena Chicken Pox, Try Berendam Air Soda Bikarbonat. Kurangkan Gatal!” Anzalna Kongsi Tip Dari Doktor Di Kanada

Share

Selebriti, Anzalna berkongsi tip mengurangkan rasa gatal akibat jangkitan Chicken Pox menerusi laman Instagramnya.

Menurutnya, anak saudaranya iaitu The Angguns terkena jangkitan Chicken Pox dan terpaksa dikurantin sehingga tidak dapat beraya bersama-sama.

“Missing @diananasir86 sebab anak-anak dia berjangkit chicken pox first day of Raya.”

Baca artikel menarik:

“Angkutt..Angkutt.. Bunga Aku Tak Nak Angkut?” Gelagat Anak Menantu Chef Wan Tapau Makanan Bawa Balik Perlis

Pernah Tipu Harga Sebenar Basikal, Rupanya Ratusan Ribu! Zamarul Akui Pernah Lupa Menghargai Isteri

“Ingat 4 Je, Rupanya 5” Isteri Fad Bocey Hamil Anak Ke-5

Anzalna turut berkongsi tip yang diperolehi olehnya ketika membesar di Kanada suatu ketika dahulu. Menurutnya, dia dan adik beradik pernah terkena jangkitan Chicken Pox dan doktor di sana memberitahu jika berendam di dalam air soda bikarbonat dapat mengurangkan gatal-gatal.

“Kesian @the_angguns .. Tiba-tiba teringat waktu kami empat beradik (@nazirahnasir97 dalam perut mama) kena chicken pox serentak kat Canada.”

“Doctor kat sana suruh berendam air Bicarbonate of soda dalam bathtub untuk kurangkan gatal dan tak tinggalkan kesan.”

Anzalna  turut menasihati orang ramai agar dapat kuarantinkan diri jika tidak sihat dan terkena jangkitan seperti ini

“Siapa anak yang kena chicken pox can try dan siapa yang kena tu tolong la duduk rumah jangan selfish!”

Rata-rata warga net turut berkongsi pengalaman sendiri. Ada juga yang pernah menggunakan tip seperti yang dikongsi Anzalna.

just_me_jue’s profile picture
Bicarbonate tu mmg terbaik utk chicken pox.. sy dulu kena, mmg guna tu jer.. parut mmg xdak lsg, bekas pon cepat hilang..

Kredit: Anzalna Nasir

Nak menang cash bernilai RM4000? Jom, hantarkan foto OOTD Sedondon Raya bersama anak anda di 👉🏼 SINI

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

 

 

Published by
NuFa