Selalunya anak-anak yang kena kecacingan akan kerap menggaru-garu bahagian sekitar anusnya (lubang dubur). Jadi ibu-ibu kena cepat rawat supaya keadaan anak tak makin melarat dan teruk.

Bagi ibu-ibu yang ada anak kecil mohon lebih alert bila anak anda menunjukkan ciri-ciri sudah terkena kecacingan. Nak tahu lebih lanjut teruskan membaca penjelasan oleh Dr Mazliana Mazlan ini.

KECACINGAN

Apakah ia?

Sejenis jangkitan di usus yang berpunca daripada parasit. Selalunya disebabkan oleh parasit yang diberi nama pinworm.

Ianya sangat kecil dan halus, berwarna putih, bersaiz kurang dari 1 inci.

Macam mana anak boleh dapat jangkitan kecacingan?

Pinworm akan berada dalam badan anak apabila mereka ‘makan’ atau ‘hidu’ telur pinworm yang belum menetas.

Rupanya macam mana?

Anak Kena Kecacingan, Ibu-Ibu Kena Cepat Buat 3 Tindakan Ini Sebelum Makin Teruk

Kita takkan nampak dengan mata kasar sebab telur tersebut terlalu kecil dan hanya boleh dilihat dengan menggunakan mikroskop.

Jadi sebenarnya, bukanlah cacing tu yang masuk dalam badan, cuma telurnya sahaja.

Telur pinworm boleh berada di mana-mana saja ya.

Cadar katil.
Tuala.
Pakaian terutama pakaian dalam.
Tandas dan apa sahaja di dalam tandas.
Makanan dan minuman.
Bekas makanan dan minuman.
Barang mainan.
Dapur.

Apabila telur pinworm ‘masuk’ ke dalam badan, ia akan melalui sepanjang sistem pencernaan dan akan menetaskan telurnya di usus kecil. Daripada usus kecil, pinworm larva akan pergi ke usus besar yang mana lama-kelamaan akan matang menjadi parasit ‘remaja’.

Selepas 1-2 bulan, parasit telah mencapai tahap ke’wanitaan’nya, dipanggil parasit betina. Parasit betina akan memulakan tugas dengan merantau ke rektum dan seterusnya keluar dari tubuh anak melaui anus (tempat keluar najis). Di bahagian kulit sekitar anus, ia akan bertelur lagi untuk meramaikan umatnya, yang mana akan menyebabkan kegatalan yang amat pada anak-anak.

Anak kecil kan, bila gatal garu je lah kerjanya. Telur dari sekitar anus akan di ‘transfer’ ke jari-jari comel. Ia boleh survive dalam beberapa jam jugak di tangan tu ye.

Dari jari comel, berpindahlah telur pinworm ke tempat lain dalam rumah seperti yang dijelaskan tadi. Dan pinworm boleh survive hampir 3 minggu di tempat yang sudah tercemar.

Oh anak kecil. Suka juga masuk barang dalam mulut. Hati-hati ya, kemungkinan barang mainan mereka dah tercemar dengan telur pinworm.

Dengan cara inilah, jangkitan boleh jadi berulang dan berulang.

Bagaimana nak kenalpasti anak dapat kecacingan?

+ Selalu menggaru-garu bahagian sekitar anus

+ Tak selesa di waktu tidur disebebkan kegatalan

+ Sakit, ruam atau radang kulit sekitar anus

+ Kehadiran pinworm di sekitar anus

+ kehadiran pinworm dalam najis

Ada cara untuk elakkan anak dari mendapat jangkitan kecacingan tak?

Anak Kena Kecacingan, Ibu-Ibu Kena Cepat Buat 3 Tindakan Ini Sebelum Makin Teruk

Cara terbaik untuk elakkan jangkitan dan jangkitan berulang adalah sentiasa pastikan setiap ahli rumah mementingkan hygiene diri dan persekitaran rumah terutamanya anak-anak.

+ Sentiasa basuh tangan sebelum keluar dari tandas, terutama selepas membuang air besar atau menukar diaper anak.

+ Sentiasa basuh tangan sebelum menyediakan makanan dan makan.

+ Sentiasa pastikan kuku bersih dan tidak panjang.

+ Elakkan habit menggigit kuku.

+ Tukar diaper dan basuh bahagian anal setiap pagi kerana pinworm akan aktif bertelur pada waktu malam.

Kalau dah terkena kecacingan, macam mana nak ubati?

Anak Kena Kecacingan, Ibu-Ibu Kena Cepat Buat 3 Tindakan Ini Sebelum Makin Teruk

Pertama dan pertama, elakkan;

1. GULA : Makanan kepada parasit dan merendah sistem imuniti

2. MAKANAN PROSES : Makanan tinggi proses tidak pernah support sistem imuniti

3. GANDUM : Punyai kandungan gluten yang mana sangat mudah untuk dipecahkan kepada unsur gula dan menyebabkan keradangan usus.

Makanan yang sangat patut diambil apabila terkena jangkitan kecacingan;

1. Kelapa

– Air kelapa, minyak kelapa, santan
– Antara yang paling efektif untuk singkir keluar parasit dari usus

2. Bawang putih

– Tinggi kandungan sulfur yang mana mempunyai kelebihan sebagai pembunuh parasit

3. Kunyit dan bunga cengkih

– Mempunyai kandungan antiseptic, antimicrobial dan antiviral yang membantu dalam penyingkiran parasit

4. Biji labu

– Mengandungi cucurbitacin iaitu sejenis unsur yang boleh menghapuskan parasit

5. Betik dan biji betik

– Betik mengandungi enzim papain dan biji betik mengandungi caricin, terkenal sebagai antihelmintic yang membantu mengeluarkan parasit

6. Delima dan biji delima

– Mengandungi punicine, ianya sangat toksik kepada parasite usus

7. Daun semambu

– Bukan hanya membunuh parasit, tetapi juga boleh mengeluarkan toksin yang ditinggalkan oleh parasit yang telah mati

8. Lobak merah

– Kaya beta-carotene, Vitamin A, Vitamin C dan zink yang membantu keluarkan parasit dari tubuh dan tingkatkan imuniti.

Ini hanya ikhtiar secara alami. Setiap orang berbeza kesannya pada setiap remedies yang diambil. Boleh cuba mana-mana yang rasa mudah untuk diamalkan.

Sumber: Mazliana Mazlan

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI