Masalah kencing malam atau bedwetting boleh terjadi kepada mana-mana kanak-kanak, tidak terkecuali anak anda. Apatah lagi jika anak anda sudah mula bersekolah. Jika anak anda kencing malam, apa yang perlu anda lakukan? Ketahui cara bagaimana untuk menangani masalah ini dengan mengikuti panduan di bawah.
Ads
Tip tangani anak kencing malam
Jika anak anda dalam lingkungan umur yang sesuai untuk bercerai lampin, mulakan cara didikan dengan tidak memberikan anak menyusu botol dua atau tiga jam sebelum waktu tidurnya. Elakkan juga memberi anak minuman berkafein atau berkarbonat pada waktu malam kerana kafein hanya akan membuatkan anak anda untuk kencing lebih kerap.
Latih si kecil untuk ke bilik air sebelum masuk tidur.
Pesan pada anak anda untuk bangun ke bilik air jika terasa ingin membuang air kecil. Jika anak anda takut untuk ke tandas seorang diri, pesan padanya untuk mengejutkan anda jika ingin membuang air kecil.
Bagi mengelakkan anak takut ke bilik air, sentiasa nyalakan lampu di tandas bagi memudahkannya jika terjaga daripada tidur.
Buat permulaan, kejutkan anak anda daripada tidur untuk pergi membuang air kecil selepas beberapa jam mereka tidur. Lama-kelamaan, mereka akan biasa dengan rutin tersebut.
Berikan pujian pada anak anda jika dia berjaya untuk tidak kencing malam. Namun, jika ada beberapa kali anak anda terkencing malam, jangan mudah menghukum atau memarahi mereka.
Letakkan plastik pada tilam supaya mudah untuk anda membersihkan tilam dan menjaga kebersihan tilam daripada terkena air kencing.
Ajar anak anda tentang kebersihan dengan memberitahu mengapa mereka tidak boleh kencing malam.
Luangkan masa bersama anak sebelum tidur. Berikan mereka pelukan dan ciuman sebelum tidur agar mereka rasa tenang.
Jika masalah kencing malam anak anda kronik, cuba kaedah hypnosis yang dikatakan berkesan untuk menangani masalah kencing malam.
Buat jadual tentang kencing malam anak anda. Ingat! Jadual yang dibuat bukan untuk memalukannya tetapi untuk memberi semangat kepadanya. Sebagai contoh, anda boleh tandakan bintang pada hari yang dia tidak kencing malam. Hal ini akan membantunya bersemangat untuk berusaha tidak kencing malam.
Sebagai ibu bapa, anda perlu banyak bersabar. Sentiasa berfikiran positif dalam menghadapi masalah ini. Anggap ia sebagai satu peluang untuk anda merapatkan diri dengan anak anda. Selain itu, anda juga perlu meniupkan semangat kepada anak untuk berhenti daripada kencing malam.
Ads
Beritahu anak anda masalah kencing malam turut dihadapi oleh kanak-kanak lain. Terangkan kepadanya bagaimana masalah itu berlaku dan cara mencegahnya. Jika semua usaha tidak berhasil, mintalah bantuan doktor. Doktor akan memberikan ubat bagi menangani masalah kencing malam.
Tujuan menghantar anak-anak ke sekolah adalah untuk belajar. Supaya mereka menjadi bijak dan akhirnya boleh berdikari di dalam kehidupan mereka bila mereka sudah dewasa. Sekolah adalah institusi yang kita iktiraf untuk memandaikan anak-anak kita.
Dalam masa yang sama jangan terkeliru dengan MATLAMAT belajar. Belajar adalah untuk kita menjadi kaya ilmu dan menghayati ilmu itu supaya kita boleh menjadi lebih bijak berfikir lantaran bijak menilai yang baik dari yang buruk dan kita boleh menggunakan keistimewaan diri kita yang Tuhan bekalkan kepada kita untuk kita meningkatkan taraf kehidupan masyarakat. Dengan kata lain, untuk kita menambah nilai ke dalam kehidupan manusia sejagat.
Mendapat A, adalah SALAH SATU petanda anak-anak kita mendapat ilmu itu pada tahap yang tinggi. NAMUN, ia bukanlah satu-satunya petanda anak itu akan berjaya, berdikari dan boleh menambah nilai ke dalam hidupnya, keluarganya dan dunia.
Mendapat A di dalam mata pelajaran itu hanya menandakan anak itu bijak menjawab soalan seperti yang dikehendaki oleh sistem pemarkahan. Untuk anak itu boleh betul-betul berdikari di dalam hidupnya, anak itu perlukan skil lain pula.
Ibu BUKAN mengatakan A tidak penting. Jauh sekali itu maksudnya. Mendapat A penting. Namun ia bukanlah matlamat akhir. Ia bukan END GOAL di dalam pelajaran.
Bila kita menghantar anak belajar atau mengajar anak-anak belajar sesuatu ilmu, end goal adalah untuk menjadikan anak-anak itu FALL IN LOVE with learning dan merasakan belajar adalah suatu yang menyeronokkan dan menambah daya dirinya.
Jika sayang mengajar anak-anak hanya untuk mendapat A, sayang pastinya akan terlepas pandang untuk menjadikan anak-anak itu suka belajar sebab sayang akan stres memanjang jika anak-anakmu sedikit lambat memahami apa yang kamu ajar.
Kembali kepada SEBAB UTAMA BELAJAR DAN MENGAJAR; iaitu untuk menjadikan anak
Lebih berdaya tinggi
Lebih berdikari
Lebih yakin akan kebolehan diri
Lebih mampu menambah nilai ke dunia ini
MATLAMAT mengajar pula adalah supaya yang diajar akan beroleh keyakinan diri dimana dia juga boleh dan mampu menambah nilai dengan baiknya ke dunia ini.
Oleh itu, SABARlah mengajar terutama jika anak-anak itu kurang cepat menangkap apa yang diajar dan terutama jika anak-anak itu terlalu aktif.
Jika anak-anak tidak boleh faham, masalahnya bukan anak-anak itu, masalahnya cara mengajar itu tidak sesuai dengan cara anak itu boleh faham. So,carilah dan carilah cara yang boleh ilmu dipindahkan dengan mudah kepadanya. Dan ini memerlukan kekuatan diri merendahkan ego supaya kita mampu senantiasa belajar untuk meraih skil baru dan ilmu baru.
Sama seperti ibu bapa lain, pelakon cantik Diana Danielle dan suaminya Farid Kamil juga mempunyai cara untuk disiplinkan anak-anaknya bila mereka buat salah.
Mempunyai anak yang sedang membesar bermaksud ibu bapa kena bersedia berhadapan dengan anak-anak yang kadangkala akan buat perangai. Ia adalah perkara biasa dalam proses pembesaran kanak-kanak.
Ia perlu menjadi sebahagian daripada proses pembelajaran anak sebelum mereka mampu mengawal emosi sendiri.
Dalam bab mendidik anak, Diana dan Farid yang terkenal sangat rapat dengan anak-anak mereka tetap menerapkan nilai disiplin pada Muhammad dan Aurora sekiranya mereka buat kesalahan.
Mengenakan denda yang bersesuaian mengikut usia anak, pasangan serasi ini percaya kriteria ini menjadi salah satu faktor penting untuk mendidik anak-anaknya menjadi anak yang cemerlang di masa hadapan.
Aurora Kena Time Out
Diana sebelum ini pernah berkongsi video Aurora dikenakan denda oleh babahnya untuk kali kedua kerana berkelakuan nakal.
Menurut Diana, anak perempuannya itu sangat patuh dan faham kenapa dia diletakkan di naughty corner walaupun tetap merajuk ketika menjalani denda tersebut.
Tindakan tegas yang dikenakan oleh suami isteri ini agar anak tidak mengulang kesalahan mereka nyata dipersetujui oleh netizen yang menganggap ia sebagai salah satu cara terbaik untuk mendisiplinkan anak.
Bahkan ada juga yang meminta Diana berkongsi tip bagaimana untuk mendidik anak agar patuh pada denda tersebut.
Ternyata Diana yang memang mempunyai bonding rapat dengan anak-anaknya tidak lokek berkongsi tip dengan pengikutnya dalam bab mendidik anak.
Menurut Diana, untuk memastikan anak kecil patuh dengan denda yang dikenakan atas kesalahan mereka, ibu ayah mestilah bersikap tegas dan serius ketika menjalankan denda tersebut. Barulah anak pun rasa yang ibu ayah sebenarnya serius dan tak main-main.
Apa pun selepas anak dikenakan denda akibat kenakalan, jangan lupa peluk cium anak-anak dan terangkan apa sebab mereka dikenakan denda. Barulah mereka tak beranggapan yang ibu bapa sudah tidak sayangkan mereka lagi.
Tengok sahaja macam Diana dan Farid yang sangat menyayangi anak-anak mereka dan sangat suka melayan kedua permata hati mereka bermain dan beriadah.
Mendidik anak untuk pandai menulis supaya tidak ketinggalan dalam pelajaran, sudah tentunya memerlukan kerjasama daripada ibu ayah agar barulah berjaya. Mana taknya, masalah anak tidak pandai menulis, dikatakan berpunca daripada sikap ibu bapa yang tidak tahu cara betul mendidik anak.
Antaranya puncanya ialah mendedahkan anak dengan gajet seawal usia dua tahun dan masa yang lama bermain gajet, tidak membenarkan anak melakukan aktiviti lasak seperti bergayut, tiada permainan gali tanah atau main uli tepung merupakan antara punca-punca tiadanya rangsangan kemahiran motor halus.
Perkongsian saudara Hazhari Ismail Pensyarah Pendidikan Awal Kanak-Kanak Universiti Sultan Azlan Shah, mengenai punca anak tidak boleh menulis ekoran sikap ibu bapa ada betulnya. Diharap kita semua muhasabah diri dan jadikan ia penanda aras buat kita semua untuk motivasi tinggi dalam mendidik anak menjadi seorang yang cemerlang dalam pelajarannya.
6 tahun lalu, saya ada tanya kepada seorang so called pakar, macam mana nak bagi kanak-kanak membaca dan menulis. Jawapan mudah beliau, “Kalau nak bagi anak baca cepat, suruh anak baca!” “Kalau nak bagi anak tulis cepat, suruh anak tulis!” Dalam nada gurauan.
Dan saya tak pasti adakah beliau bergurau atau serius. Tapi, bagi insan yang naif ketika itu, saya anggap ia satu benda yang serius sambil melihat peserta yg terdiri daripada ibu bapa mengangguk setuju.
Bagaimana nak suruh si kecil menulis dan membaca pada sesuatu kemahiran yang belum dikuasai.
Dia belum pernah menulis dan kita suruh dia menulis. Ini salah faham terbesar masyarakat.
Saya membantu mengedarkan satu kertas A4 kosong dan sebatang pensel untuk kanak-kanak umur 5 tahun. Menjadi pemerhati kepada guru tadika.
Malangnya, pemerhatian saya membuat saya sedih. Kanak-kanak itu bukan sahaja tidak bersedia untuk menulis, malah mereka mempunyai masalah untuk memegang pensel dengan betul, apatah lagi untuk menulis.
Lagi menyedihkan, si guru juga percaya hanya ada satu cara untuk mengajar kanak-kanak untukmenulis, iaitu biarkan mereka menulis.
Si guru terlupa, dalam proses menulis, di situ terletak konsep pra-menulis atau pre-writing.
LATIH KEMAHIRAN MOTOR ANAK
Untuk memahami perkembangan kanak-kanak, ia berkembang melalui proses. Di dalam kemahiran menulis, ia amat berkait rapat dengan kemahiran motor halus (fine motor skill) di bawah perkembangan fizikal.
Untuk membenarkan kanak-kanak menulis, ia merangkumi proses memanipulasi pensel. Ia memerlukan proses dan peringkat tertentu.
Kemahiran motor (motor skill) bermula dari inside to outside. Dari large muscle ke small muscle. Di situ konsep gross dan fine motor skill wujud.
Maksudnya, tanpa kemahiran large muscle seperti lengan (arms and trunk), maka jangan bermimpi jari dan tangan akan menjalankan dengan sempurna.
Kembali kepada pre-writing, benar, proses terawal untuk membenarkan jari itu menulis dengan baik, maka guru dan ibu bapa perlu memberi aktiviti yang berasaskan large muscle.
Teringat supervisor saya sempat berpesan ketika memerhati kanak-kanak 4 tahun di playground sekolah,
“Biarkan anak itu bergayut di monkey bar.” Atau bergayut di pokok.
Proses bergayut itu merangsang large muscle untuk bergerak dan menguatkan tangan seterusnya menjadikan proses menulis dengan mudah. Begitu juga dengan aktiviti merangkak.
Lagi bagus, biarkan si kecil merangkak di outdoor berbanding indoor. Perbezaan surface antara indoor dan outdoor itu sendiri memberi pengalaman berbeza kepada mereka untuk berkembang.
Jadi,dah boleh tulis ke belum? Belum lagi. Perbanyakkan aktiviti pra menulis untuk menguatkan both large and small muscles.
Suruhlah anak menggali tanah, bermain play doh, main dengan pasir, aktiviti ikat kasut and variety of buttons, crayon etc sebelum bagi pensel dan kertas.
KESAN GAJET
Beberapa findings research membuktikan kanak-kanak yang terdedah dengan penggunaan gajet yang melebih tanpa kawalan, akan beri kesan buruk kepada perkembangan motor halus.
Tangan-tangan akan terketar atau menggigil.
Sebab seawal usia, mereka tidak didedahkan dengan aktiviti menguatkan large muscle. Kita sua kan mereka ipad, tab, smart phone – yang berkehendakkan mereka menggunakan jari untuk menyentuh.
Jadi, ingat proses tadi? Large muscle kemudian baru small muscle. Tapi, ia tidak terjadi kepada ibu bapa yang membiarkan anak mereka menjadi hamba gajet.
2 tahun kepada no gajet adalah perkara serius. 2 jam maksimum untuk bawah 6 tahun juga adalah perkara serius.
Maka, janganlah kita salah faham yang mengatakan otak kanak-kanak ibarat sponge. Ajar mereka sebanyak mungkin untuk menjadi anak yang hebat.
Tapi , ada proses-proses yang kena ikut. Nama pun development/ perkembangan.
Maka ada peringkat demi peringkat.
Kalau kita masih berdegil untuk menyuruh anak-anak accomplish any task sebelum development mereka bersedia, maka ia adalah cara yang terbaik dan terpantas untuk menggagalkan anak.
Rupanya, semua masalah berlaku berpunca dari kita sendiri yang tak menyabar.
Admin, setuju dengan perkongsian ini. Setiap ibu bapa harus tahu ada proses-proses yang betul untuk menggalakkan anak menulis. Bukan hanya memaksanya memegang pencil dan tulis! Ia ada peringkat-peringkatnya sebagaimana yang diterangkan di atas. Apa lagi,lepas ni, biarkan akan bergayut kat pokok atau monkey bar di taman, uli tepung. gali tanah atau main pasir. Semua ini untuk merangsang anak untuk boleh menulis dengan baik. Ibu ayah boleh mula sekarang. Jangan tunggu anak masuk darjah satu baru nak mula. Bimbang anak ketinggalan dalam pelajarannya nanti.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.