Keterujaan sesetengah ibu memberi anak ‘solid food’ pada usia 6 bulan *boleh* menjadi punca mengapa anak yang selama ini tidur ‘elok’ tiba-tiba kerap terjaga di malam hari untuk menyusu. Silap-silap setiap 1-2 jam bagaikan ‘newborn’ !.

Anak Kenyang Makan Tak Minum Susu Pun Tak Apa. Sebenarnya Ini Punca Anak Kerap Terjaga Malam

Faktanya, susu, tak kira samada ianya susu ibu atau susu formula adalah makanan unggul bayi untuk 1 tahun pertama. Berikut adalah peratusan jumlah susu yang patut diambil dalam kalori harian anak:

✔ 95% pada 6 bulan

✔ 75% pada 9 bulan

✔ 50% pada 12 bulan

IKLAN

 

Susu memiliki gabungan air, lemak, karbohidrat, protein dan pelbagai nutrien. Pendek kata, susu: kaya khasiat + kompleks + mengenyangkan!. Puri, bubur dan bentuk ‘baby food’ biasa yang melibatkan kisaran , hirisan halus, lenyekan, menjadikan berair…ianya mirip regim diet ketat supermodels!. Jadi bagaimana pula semua ini lebih mengenyangkan dari susu? Maka, bayi yang kurang susu pada siang hari akan mula menuntut kekurangan kalori ini pada waktu malam.

*Bukanlah* bermaksud puri, bubur dan ‘makanan bayi’ lain tidak boleh diberi langsung. Malah, memang di galak memberi bayi ‘solid food’ yang tinggi zat besi kerana simpanan zat besi dalam badan bayi akan menurun selepas usia 6 bulan. Mengapa zat besi? Kerana zat besi diperlukan untuk mengekalkan tahap sihat hemoglobin (sel darah merah) dan kekurangan zat besi menyumbang kepada penyakit anemia (kurang darah merah) serta masalah pertumbuhan dan perkembangan lain.

Cuma, ibu tak perlu gila memberi ‘baby food’ hingga menjejaskan pengambilan susu anak akibat kenyang ‘makan itu ini’. Ya, benar, pada usia 9-12 bulan, anak perlukan nutrien yang lebih dari apa yang didapatkan dari susu. Namun jumlah yang diperlukan adalah sangat-sangat sedikit. Orang kita kata ‘ nak bagi rasa saja’. Orang putih kata ‘for fun’ seperti yang di petik Akademi Pediatrik USA dan Australia. Bukan nak suruh bagi kenyang ya!.

IKLAN

Anak Kenyang Makan Tak Minum Susu Pun Tak Apa. Sebenarnya Ini Punca Anak Kerap Terjaga Malam

Sebahagian kita ‘rasa kasihan’ sebab anak minum susu sahaja. Nak bagi juga rasa makanan ‘betul’ katanya. Jika anak anda menyusu badan, dia sebenarnya telah pun makan dan rasa semua makanan yang anda makan selama ini. ‘Fun fact’nya, susu ibu rasa lebih manis dari buah-buahan. Sekumpulan orang dewasa yang menyertai kajian rasa yang di jalankan oleh pasukan healthline.com USA mendapati, susu ibu rasanya seperti madu, ais krim cair, cantaloupe (sejenis tembikai/rock melon), timun dan air gula. Maka, tak perlu beri anak ‘baby food’ tawar atau hambar asalkan anda menjauhi menambah gula dan garam dalam makanannya.

*Untuk nasihat pemakanan, sila rujuk pakar nutrisi atau doktor kanak-kanak anak anda. Artikel ini hanya menerangkan kaitan corak pemakanan yang boleh mengganggu kualiti tidur bayi sahaja.

IKLAN

Uswatun Hasanah Mohd Habib

Konsultan Tangisan Bayi

Ahli doktorbudak.com

THB Edu Assc USA.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI