Kesihatan

Anak Kerap Berhingus & Berkahak, Ini Senarai Makanan Penyebab Sistem Imun Lemah

Share

Setiap kali anak tidak sihat, berhingus dan berkahak, cuba tengok gaya pemakanan anak. Ada beberapa jenis makanan yang menjadi penyebab sistem imun anak menjadi lemah.

Ini antara salah satu faktor penyumbang yang ramai ibu tak tahu mengenainya. Ia sekaligus menggalakkan kahak atau hingus, punca keradangan dan menghalang proses penyembuhan dengan efektif.

Artikel lain yang berkaitan: Anak Kerap Demam & Hidung Tersumbat, Jangan Abaikan Elemen Pengudaraan, Penting!

Batuk Berkahak Seminggu Tak Baik-Baik, Usahakan Anak Makan Buah Ni!

Anak Kerap Berhingus & Berkahak

Makanan yang menggalakkan kahak/hingus, punca keradangan dan menghalang proses penyembuhan dengan lebih efektif (penyebab sistem imun rendah)

Ini Senarai Makanan Penyebab Sistem Imun Lemah

1.Gula, tidak kira gula putih ataupun organik.

2.MSG – sama ada di dalam susu formula (kenali nama-nama lain bagi MSG), bahan penyediaan makanan seperti kicap, kiub ayam, stok ayam komersil, sos cili komersil, sup cendawan komersil, makanan segera, makanan ringan, mi segera.

3. Roti, pizza, kek, donat, sandwich, burger, biskut (gluten)

4. Lain-lain makanan berasaskan gluten (daripada tepung gandum, barli dan rye) – mi kuning, spaghetti, pasta berasaskan tepung gandum.

5. Gula gula, coklat, aiskrim.

6. Oat – oat walaupun bukan mengandungi gluten, ia mengandungi avenin, sejenis protein menyerupai gluten.

7. Makanan mengandungi pengawet dan aditif (baca label makanan).

8. Makanan mengandungi pewarna/perasa tiruan (baca label makanan).

9. Minuman bergas, tin, kotak, botol, ice blended berwarna-warni.

10. Susu segar atau susu tepung daripada sumber haiwan, tidak kira organik sekalipun.

11. Hasil tenusu – susu, keju, yogurt, mentega, ghee dan sebagainya. Telur juga menghasilkan mukus tapi bukan kategori yang ‘berat’

12. Jem, jelly, pencuci mulut tinggi gula.

13. Bijirin sarapan.

Kredit foto: Freepik

14. Makanan bergoreng, terutamanya daripada minyak bunga matahari, jagung dan Canola (juga rujuk isu GMO).

15. Soya

16. Sirap jagung (corn syrup)  biasanya ada di dalam susu formula, roti, aiskrim dan yang berkaitan).

17. Kentang goreng memang menjadi penyebab kahak.(bergoreng, isu GMO).

Kredit foto: Freepik

18. Minuman serbuk sama ada dikatakan bagus untuk kesihatan atau apa saja kerana isunya adalah kandungan-kandungan bahan seperti gula, MSG, maltodextrine, soya, perasa tiruan dan sebagainya

19. Nugget, sosej, meatball, burger patties, bebola ikan/sotong/udang/ayam, ‘crab stick’ komersil yang tinggi MSG, pengawet, aditif, pewarna/perasa tiruan.

20. Minuman semua dalam satu (all in one).

Bagi makanan sumber semulaj adi seperti pisang dan kentang, ia bukannya makanan terproses, juga bukan makanan tidak sihat. Tetapi perlu dihindari ketika berhingus dan berkahak.

Kredit foto: Freepik

Kentang dari USA mempunyai isu GMO, kentang asal, khasiatnya banyak cuma kurang sesuai diambil ketika berhingus/berkahak. Kentang dari China pula mempunyai isu majoriti tanah di China yang bertoksik dan penggunaan racun serangga yang merisaukan.

Jadi apakah makanan yang sesuai dimakan selain yang disebutkan? Pastikan sumber semula jadi:

1. Nasi.
2. Bubur ayam/ikan + sayur.
3. Bihun sup menggunakan chicken broth soup.
4. Sup ayam.
5. Buah-buahan (selain kentang dan pisang, ketika kurang sihat.)
6. Sayur-sayuran.
7. Halia, bawang, kunyit, halba, habbatus sauda, serai (gunakan dalam masakan.)

Kredit foto: Freepik

Paling baik, masak sendiri menggunakan bahan-bahan sihat. Makanan segera memang menyenangkan tapi dapat bayangkan tak betapa besar mudaratnya? Kek, brownies, biskut, atau apa saja yang bebas gluten dan menggunakan gula organik sekalipun, ketika demam, selesema, batuk, JAUHKAN. Bukan selama-lamanya pun, apa salahnya ketika sakit, kita hentikan seketika.

Sumber: FB Ainini Zainal

Kredit foto (top image): Freepik

Baca lagi: Anak Banyak Kahak, Berhingus Biasakan Makan Buah & Sayur Jenis Ini. Lagi Cepat Ok!

 

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!

Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my

 

 

 

Published by
Has