Bagi kanak-kanak yang selalu mengalami selesema dan kerap bersin di waktu pagi, ini bermakna mereka mengalami gejala penyakit yang dikenali sebagai allergic rhinitis.

Dalam keadaan ini, kanak-kanak selalunya akan mengalami hidung tersumbat dan kerap bersin terutamanya di waktu pagi dan ianya akan berkurangan di sebelah tengah hari atau petang.

Anak seawal usia 6 bulan sudah boleh mengalami keadaan ini. Penyakit-penyakit seperti  asma, ekzema dan allergic rhinitis ini selalunya lebih kerap berlaku jika terdapat sejarah keluarga mengalami masalah yang sama iaitu faktor keturunan.

IKLAN

Anak Kerap Bersin, Hidung Tersumbat Dan Selesema Waktu Pagi Tandanya Allergic Rhinitis

IKLAN

Tidak seperti jangkitan selesema atau batuk biasa, allergic rhinitis ini tidak berjangkit melalui cecair badan. Penyakit ini selalunya akan menjadi ketara oleh beberapa faktor seperti perubahan cuaca, perubahan suhu iaitu dari tempat panas ke tempat sejuk boleh menyebabkan hidung tersumbat dan berair.

IKLAN

Habuk adalah salah satu faktor penting . Bulu haiwan dan sesetengah jenis makanan adalah antara penyebab timbulnya gejala penyakit ini. Penyakit ini susah untuk sembuh. Doktor selalunya akan hanya memberi ubat untuk mengurangkan simptom dan gejalanya.

Ibu bapa seharusnya memainkan peranan untuk mengurangkan gejala dan simptom penyakit anak.  Pastikan tiada habuk atau kurangkan habuk di persekitaran terutamanya bilik tidur. Sebaik baiknya elakkan hamparan permaidani. Cadar mesti ditukar sekerap mungkin.

Jauhkan anak daripada bermain dengan binatang peliharaan dan perlu juga membuat pemerhatian makanan yang diambil si manja bagi memastikan makanan yang diambil tidak boleh menyebabkan alergi ini. Pemeriksaan secara rapi harus dilakukan dengan membawa anak berjumpa pakar telinga, hidung dan mulut (ENT).

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI