Faktor kesuntukan masa membuatkan gaya pemakanan keluarga kini berubah hampir keseluruhannya. Salah satu faktornya kerana bilangan ibu berkerjaya semakin meningkat saban hari yang menyebabkan semakin kurang makanan yang dimasak sendiri di rumah.

Sebagai penyelesaiannya, ramai dalam kalangan ibu bapa mengambil alternatif dengan memilih untuk membeli makanan segera atau makanan sejuk beku mahupun makanan yang ditinkan. Namun sekiranya diteliti dengan bijak mampukah makanan sebegini menyaingi khasiat makanan yang dimasak di rumah atau hanya mampu memberi kelazatan semata-mata.

Anak Kerap Demam, Antibodi Lemah Akibat Pemakanan Segera. Ibu Ini Kongsi Pengalamannya

Perkongsian dari Puan Azlinda Hamid mungkin boleh memberi panduan dan mencari punca kenapa anak-anak kerap sakit. Apa yang dkongsikan ini adalah salah satu penyebabnya.

Alhamdulillah dapat buat nugget sendiri sejak tahun 2016 dan sejak itu perlahan-lahan hentikan pembelian nugget komersial di rumah.

IKLAN

Kenapa saya buat nugget sendiri? Ya ada kisah disebalik mulanya langkah membuat nugget sendiri.

Anak Kerap Demam, Antibodi Lemah Akibat Pemakanan Segera. Ibu Ini Kongsi Pengalamannya

Tahun 2016 adalah tahun di mana kehidupan saya sebagai ibu sangat mencabar kerana mempunyai anak yang baru memulakan persekolahan darjah 1 (perlu naik van sekolah seawal 6.45 pagi), anak bersekolah tadika (sangat sukar bangun pagi & bersiap) & anak kecil yang masih fully breastfeeding (24jam melekat dengan ibu).

IKLAN

Suami ketika itu masih bekerja makan gaji & kerap kerja luar untuk tempoh yang lama. Jika tidak kerja luar, kerja hakiki perlu keluar seawal pagi (sesudah subuh)

Dan pada tahun 2016 la anak-anak kerap sakit terutama Nadhil yang setiap bulan mesti MC tidak ke sekolah. Kemuncak pada bulan March apabila Nadhil berulang demam setiap bulan & ibu terpaksa ambil EL berulang kali menyebabkan ibu segan dengan majikan & kawan-kawan yang terpaksa cover kerja ibu. Dari situ ibu kaji penyebab demam berulang / antibodi lemah.

IKLAN

Akhirnya ibu dapat jawapan bahawa kebanyakan masalah kesihatan adalah berpunca dari perut kita sendiri iaitu pemakanan. Bermula dari post Dr. Suriyakhtun mengenai leaky gut ibu bertemu ramai insan hebat dalam pemakanan sihat sehingga mengenali Pn. Ainini Zainal (boleh follow beliau banyak info pemakanan sihat) & produk Oven Nini .

Sejak dari itulah ibu cuba ubah cara pemakanan kami sekeluarga termasuk membuat nugget sendiri (anak-anak gemar nugget). Alhamdulillah mudah sangat buat nugget sendiri.

Anak Kerap Demam, Antibodi Lemah Akibat Pemakanan Segera. Ibu Ini Kongsi Pengalamannya

Sumber: Diari Keluarga Naslin

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI