Ada yang menyatakan kalau tak mahu anak kerap demam, batuk dan selesema, ibu menyusu kena kawal pemakanan. Betul ke?

Ok berdasarkan apa yang dikongsikan oleh Kaunselor Laktasi, Puan Ziela Juzaila, beliau menyatakan ramai yang belum faham tentang pantang makan minum ketika anak tidak sihat terutama demam, batuk dan selesema.

Jadi, saya akan berkongsi tentang hubungan penyusuan susu ibu dengan pengambilan makanan ketika anak tidak sihat.

Sekarang dilihat semakin bertambah ibu yang menyusukan anak dengan susu ibu dan banyak juga dilihat anak susu ibu yang mengalami batuk selesema hingga melarat. Sering kena warded sering berulang ke klinik untuk neb. Selalu tidak sihat, tumbesaran pun ada yang terganggu.

Kita ibu menyusu ni ada kelebihan menyembuhkan anak yang batuk selesema hanya dengan susu ibu. Menyembuhkan dengan mudah dan tidak melarat. Mudah saja sebenarnya merawatnya dengan syarat pantang makan minum dan boost imun. Mesti jelas setiap satu tindakan dan bukan ikut-ikut orang.

Ads

Anak Kerap Demam, Batuk & Selesema, Ibu Yang Masih Menyusu Pun Kena Jaga Makan

Sangat penting hentikan serta-merta makanan minuman yang merangsang pembentukan kahak. Hentikan semua makanan yang diproses dan makanan minuman yang merangsang pembentukan kahak. Hentikan sementara pengambilan semua jamu, maajun, pil-pil suplemen dan apa saja yang diproses, dibotolkan dan dikomersialkan.

Kita perlu mengambil makanan sebenar yang sesuai untuk meningkatkan imun badan. Dapur kita sarat dengan makanan yang boleh digunakan untuk boost imun. Bawang putih, halia, kunyit hidup penuh khasiat antiviral antibacterial antimucus. Memasak di rumah memberi peluang lebih cepat untuk menyembuhkan anak yang diserang batuk selesema kerana kita sendiri yang mengatur semua bahan memasaknya. Boleh melebihkan makanan yang meningkatkan imun badan.

Ads

Walaupun susu ibu bukan dihasilkan terus daripada apa yang ibu makan tetapi pengambilan makanan sebenar yang tinggi antiviral antibacterial mampu mengurangkan pembentukan kahak.

Selain pantang makan minum dan boost imun, ada lagi yang perlu dipandang berat. Antaranya;

  1. Cutilah di awal-awal anak tidak sihat kerana bonding yang kerap mampu mengimbangi emosi anak dan mengurangkan stress dalaman. Emosi anak stabil happy bersama ibu meningkatkan semangat melawan penyakit. Dapat susukan anak sekerapnya beri peluang batuk selesema cepat sembuh. Kita dewasa ni pun selalu dinasihatkan minum air kosong kerap semasa tidak sihat.
  2. Apabila bercuti, peluang untuk menyusukan sekerapnya dan sentiasa offer anak menyusu mengurangkan risiko dehydration dan membantu melongkahkan kahak yang termendap di tekak dan dada anak. Bila anak menyusu kerap, badan akan kekal hydration.
  3. Elak bersiaran di tempat awam. Ketika tidak sihat, kuarantinlah. Imun badan sedang merendah jika keluar bersiaran di tempat awam risiko untuk mendapat jangkitan lain memang tinggi. Anak-anak kecil tak perlu didedahkan di tempat ramai orang. Ramai yang pentingkan diri sendiri walaupun tidak sihat masih juga keluar di khalayak ramai meningkatkan risiko jangkitan.
  4. Kebersihan juga penting kerana dikelilingi persekitaran yang tidak sihat boleh meningkatkan risiko jangkitan dan melambatkan proses penyembuhan. Udara tidak sihat yang dicemari dengan asap rokok meningkatkan risiko jangkitan pada saluran pernafasan menyebabkan batuk selesema boleh melarat.
  5. Makanlah makanan sebenar yang sesuai dengan badan. Kita mahukan anak menyusu dengan susu ibu yang fresh ‘terbaik dari ladang’ kan lebih bagus kita menjadi ladang yang tidak mengambil makanan yang diproses. Roti, biskut, coklat komersial, minuman 3 4 5 10 in 1 dan banyak lagi senarainya bukanlah menyihatkan malah menambah toksik dalam badan.

Anak Kerap Demam, Batuk & Selesema, Ibu Yang Masih Menyusu Pun Kena Jaga Makan

Ads

Walaupun ada yang berani declare sugar free sedangkan sugar ada lebih 60 nama lain. Belajar baca label. Makanan yang diproses makanan yang dibungkus dari luar ada gula putih garam putih MSG dan banyak lagi yang tidak diperlukan oleh badan.

Semoga memberi gambaran kepada ibu-ibu betapa penting kita makan makanan sebenar dan elak makanan yang diproses.

Sumber: Ziela Juzaila 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI