Ada yang menyatakan kalau tak mahu anak kerap demam, batuk dan selesema, ibu menyusu kena kawal pemakanan. Betul ke?
Ok berdasarkan apa yang dikongsikan oleh Kaunselor Laktasi, Puan Ziela Juzaila, beliau menyatakan ramai yang belum faham tentang pantang makan minum ketika anak tidak sihat terutama demam, batuk dan selesema.
Jadi, saya akan berkongsi tentang hubungan penyusuan susu ibu dengan pengambilan makanan ketika anak tidak sihat.
Sekarang dilihat semakin bertambah ibu yang menyusukan anak dengan susu ibu dan banyak juga dilihat anak susu ibu yang mengalami batuk selesema hingga melarat. Sering kena warded sering berulang ke klinik untuk neb. Selalu tidak sihat, tumbesaran pun ada yang terganggu.
Kita ibu menyusu ni ada kelebihan menyembuhkan anak yang batuk selesema hanya dengan susu ibu. Menyembuhkan dengan mudah dan tidak melarat. Mudah saja sebenarnya merawatnya dengan syarat pantang makan minum dan boost imun. Mesti jelas setiap satu tindakan dan bukan ikut-ikut orang.
Sangat penting hentikan serta-merta makanan minuman yang merangsang pembentukan kahak. Hentikan semua makanan yang diproses dan makanan minuman yang merangsang pembentukan kahak. Hentikan sementara pengambilan semua jamu, maajun, pil-pil suplemen dan apa saja yang diproses, dibotolkan dan dikomersialkan.
Kita perlu mengambil makanan sebenar yang sesuai untuk meningkatkan imun badan. Dapur kita sarat dengan makanan yang boleh digunakan untuk boost imun. Bawang putih, halia, kunyit hidup penuh khasiat antiviral antibacterial antimucus. Memasak di rumah memberi peluang lebih cepat untuk menyembuhkan anak yang diserang batuk selesema kerana kita sendiri yang mengatur semua bahan memasaknya. Boleh melebihkan makanan yang meningkatkan imun badan.
Walaupun susu ibu bukan dihasilkan terus daripada apa yang ibu makan tetapi pengambilan makanan sebenar yang tinggi antiviral antibacterial mampu mengurangkan pembentukan kahak.
Selain pantang makan minum dan boost imun, ada lagi yang perlu dipandang berat. Antaranya;
Walaupun ada yang berani declare sugar free sedangkan sugar ada lebih 60 nama lain. Belajar baca label. Makanan yang diproses makanan yang dibungkus dari luar ada gula putih garam putih MSG dan banyak lagi yang tidak diperlukan oleh badan.
Semoga memberi gambaran kepada ibu-ibu betapa penting kita makan makanan sebenar dan elak makanan yang diproses.
Sumber: Ziela Juzaila