Leukemia adalah barah sel darah putih dan ia boleh dikategorikan sebagai lebihan sel darah putih di dalam sum-sum tulang. Sel darah putih dihasilkan secara semula jadi. Bagi pesakit Leukemia, proses pengeluaran sel-sel darah putih terganggu. Sel-sel tidak matang dan  terus membahagi dan membiak. Ia adalah sebahagian daripada kumpulan penyakit yang dikenali sebagai neoplasma hematologi atau”Hematological Neoplasm”.

Perkataan Leukemia bererti darah putih. Ia diambil sempena nama penyakit iaitu jumlah sel darah putih yang tinggi yang terdapat  pada pesakit. Kebanyakan pesakit Leukemia mempunyai bilangan sel darah putih yang tinggi sebelum mendapat rawatan. Sel darah putih yang tinggi dapat dilihat melalui mikroskop daripada ujian darah yang dijalankan. Walau bagaimanapun sel-sel darah ini tidak normal dan tidak dapat berfungsi untuk  mengawal jangkitan dalam badan. Kehadiran sel sel darah putih yang tinggi  akan mengganggu keupayaan sum-sum mengeluarkan sel-sel darah yang lain seperti sel darah merah dan platelet.

Anak Kerap Demam, Berdarah Hidung Dan Gusi, Kurang Selera Makan Mungkin Tanda Awal Leukemia

Apakah tanda dan gejala penghidap Leukemia?

Leukemia adalah barah sel darah putih. Bilangan sel darah putih yang tinggi dan tidak matang ini akan terjadi dengan cepat dan berkumpul dalam sum-sum tulang. Keadaan ini menyebabkan pengurangan penghasilan platelet, sel darah putih yang normal dan sel-sel darah merah.

Platelet yang rendah mengakibatkan pendarahan mudah berlaku seperti lebam, bintik-bintik merah, pendarahan hidung dan gusi.

Sel darah putih tidak dapat berfungsi dengan baik dan pengeluarannya yang berkurangan boleh menyebabkan demam dan jangkitan yang kerap. Ini adalah kerana fungsi sel darah putih dalam melawan kuman telah terganggu.

Kekurangan sel darah merah boleh menyebabkan anemia. Kanak-kanak kelihatan pucat, letih dan sukar bernafas.

Lain-lain tanda dan gejala:

  • Lemah dan letih lesu.
  • Kurang selera makan dan kurang berat badan.
  • Bengkak dan gusi berdarah.
  • Sakit kepala.
  • Bengkak abdomen disebabkan oleh pembesaran hati dan limfa.
  • Sakit tulang, boleh menyebabkan kelemahan.
  • Sakit sendi.
  • Kelenjar membengkak. Jika kelenjar di leher dan dada bengkak, ia boleh menyebabkan pengaliran darah tersekat. Ini menyebabkan muka mebengkak, kesukaran bernafas serta berdengkur.

Apakah penyebab dan faktor risiko Leukemia?

IKLAN

Tiada satu pun sebab yang diketahui untuk semua jenis Leukemia. Kajian masih terus dijalankan untuk mengenal pasti punca utama Leukemia. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa faktor yang boleh mempengaruhi seseorang untuk mendapat Leukemia.

Terdapat kebimbangan mengenai hubungan di antara tempat tinggal yang berhampiran  dengan bekalan kuasa voltan tinggi dan  Leukemia, tetapi setakat ini  tiada bukti  yang kukuh di perolehi.

Faktor-faktor persekitaran seperti  pancaran radiasi dan pendedahan kronik kepada bahan kimia toksik seperti benzene juga telah dikaitkan dengan risikio untuk mendapat leukaemia.

Jangkitan viral seperti virus Epstein barr.

Faktor genetik. Kanak-kanak Down syndrome mempunyai 15 kali kemungkinan atau risiko untuk mendapat Leukemia berbanding dengan kanak-kanak normal.

Immunodeficiency – Kanak-kanak yang mengalami penyakit ini samada secara semulajadi atau “acquired’ mempunyai risiko yang tinggi mendapat barah limfa.

Sehingga punca atau penyebab leukaemia ditemui, tidak ada cara untuk mencegah atau mengelak dari mendapat penyakit ini.

IKLAN

Bagaimana Leukemia dirawat?

Kanak-kanak yang telah dikenal pasti menghidap  kanser semestinya dirawatoleh pakar onkologi pediatrik (seorang doktor yang pakar dalam merawat kanak-kanak yang menghidap kanser). Pakar onkologi pediatrik akan bekerjasama rapat dengan doktor dan kakitangan kesihatan yang lain yang mempunyai pengalaman dan kepakaran dalam merawat kanak-kanak dengan kanser. Ini mungkin termasuk pakar-pakar berikut:

  • Hematologsti/Pakar kaji darah.
  • Pakar bedah kanak-kanak.
  • Radiation onkologist.
  • Pakar Endokrin.
  • Pakar saraf.
  • Pakar Radiologi.
  • Pekerja sosial.
  • Jurupulih kerja dan cara.
  • Pakar psikologi.
  • Pakar dietetik.

Anak Kerap Demam, Berdarah Hidung Dan Gusi, Kurang Selera Makan Mungkin Tanda Awal Leukemia

Rawatan kemoterapi merupakan tulang belakang rawatan kanak-kanak leukemia.

Terapi radiasi  kurang lazim digunakan sekarang. Ia diberikan secara profilaktik pada pesakit yang menghidap leukemia jenis T-sel  dan sebagai rawatan kepada pesakit yang menghidap leukaemia pada sistem saraf.

Pemindahan Tulang sum-sum / pemindahan sel stem adalah rawatan yang paling intensif yang boleh diberikan. Ia digunakan untuk  pesakit  AML dan ALL berisiko tinggi  atau yang berulang (relapse).

IKLAN

Rawatan leukemia kanak-kanak dilakukan secara berperingkat-peringkat:

  • Terapi Induksi: Ini adalah fasa pertama rawatan. Tujuannya adalah untuk membunuh sel-sel.

Leukemia dalam darah dan sum-sum tulang. Ini meletakkan Leukemia ke dalam remision:

  • Terapi Konsolidasi/pengukuhan: Ini adalah fasa kedua dalam perawatan. Bermula apabila Leukemia berada dalam keadaan remision. Tujuan terapi ini  adalah untuk membunuh sel-sel leukemia yang tertinggal dan mencegah sel-sel daripada menjadi alah kepada rawatan.
  • Terapi yang berterusan (maintenance therapy): Ini adalah fasa ketiga rawatan. Ia dilakukan sebagai pesakit luar.  Kemoterapi diberikan secara lisan dan dalam dos yang lebih rendah daripada yang digunakan untuk induksi dan konsolidasi.

Anak Kerap Demam, Berdarah Hidung Dan Gusi, Kurang Selera Makan Mungkin Tanda Awal Leukemia

Rawatan biasanya diberikan untuk tempoh 2-3 tahun. Oleh kerana kanak kanak lelaki secara umumnya menunjukkan tindak balas yang lebih rendah berbanding kanak kanak perempuan, rawatan untuk kanak-kanak lelaki adalah lebih lama. Kanak-kanak yang menghidap ALL mempunyai peluang yang baik untuk sembuh. Kebanyakan pusat rawatan  kini melaporkan kadar 90% peluang sembuh untuk pesakit yang mempunyai standard risk.

Kesan sampingan akibat daripada rawatan boleh berlaku sama ada pada jangka masa pendek atau panjang. Terapi radiasi ke atas kepala misalnya boleh memberi kesan kepada perkembangan otak kanak-kanak dan boleh menyebabkan barah lain berlaku. Oleh yang demikian pemeriksaan yang berkala adalah sangat penting.

Bolehkah penyakit ini berulang semula setelah dirawat?

ALL pada kanak-kanak boleh berulang walaupun ianya telah dirawat. Leukemia boleh terjadi semula di dalam darah dan sum-sum tulang atau testikal dan korda spinal atau di bahagian lain badan. Cara rawatan adalah sama seperti di atas tetapi ianya lebih intensif.

Sumber: Dr. Zulaiha bt. Muda (www.myhealth.gov.my)

***Nak tahu lanjut mengenai penyakit ini dan kupasannya dari pakar serta perkongsian pengalaman ibu bapa yang anaknya disahkan Leukemia, saksikan rancangan Pa&Ma jam 12 tengah hari ini (25 Disember) dan ulangannya 9 malam di Astro Prima dan Maya HD.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI