Bengkak tonsil seringkali dihadapi tak kira kanak-kanak atau dewasa. Jika dewasa, keadaan lebih mudah kerana sudah pandai menjaga diri tetapi bagi kanak-kanak, ibu bapa perlu ambil tahu.

Kanak-kanak seringkali kerap demam dan sakit tekak. Demam yang dialaminya kerap kali disertai dengan batuk dan selesema. Setiap kali ke klinik, doktor mengatakan kanak-kanak ini mendapat jangkitan pada tonsil. Doktor akan memberikan preskripsi antibiotik namun bengkak tonsil ini terus berulang.

Anak Kerap Demam & Tak Cukup Tidur Kerana Bengkak Tonsil, Tahap Yang Bagaimana Perlu Dibedah?

Persoalan yang sering bermain di fikiran ibu bapa ialah adalah perlukah tonsil tersebut dibuang untuk mengelakkan kejadian berulang? Adakah pembedahan membuang tonsil perlu dijalankan untuk mengelakkan perkara ini berulang?

KERAP TERJADI KEPADA KANAK-KANAK

Jangkitan pada tonsil adalah jangkitan yang kerap berlaku dikalangan kanak-kanak.

IKLAN

Selain daripada demam yang berlaku ada juga kanak- kanak yang mengalami kesukaran tidur dan pernafasan waktu malam. Ia malah menjadikan kanak-kanak enggan menjamah makanan kerana kesakitan yang dirasai apabila hendak menelan.

GANGGUAN TIDUR

Pembengkakan pada tonsil ini akan menyebabkan kanak-kanak itu sering mengalami tidur yang terganggu sehingga menjejaskan aktiviti  harian seperti persekolahan dan tidak mendapat tidur yang cukup. Ini secara tidak langsung akan mengganggu perkembangan dan ada juga terjejas prestasi di sekolah.

Anak Kerap Demam & Tak Cukup Tidur Kerana Bengkak Tonsil, Tahap Yang Bagaimana Perlu Dibedah?

IKLAN

 

PERINGKAT MANA YANG PERLU DIBEDAH?

Demam yang berulang kepada kanak-kanak yang berpunca dari jangkitan kepada tonsil sebanyak 5 hingga 6 kali dalam setahun sehingga  dan memerlukan antibiotik memerlukan mereka diperiksa oleh pakar untuk mendapatkan nasihat mengenai pembedahan.

Anak Kerap Demam & Tak Cukup Tidur Kerana Bengkak Tonsil, Tahap Yang Bagaimana Perlu Dibedah?

IKLAN

Selalunya kanak-kanak yang mempunyai tonsil yang terlalu besar dan sering bernanah atau bernanah pada bahagian sekitar tonsil (peritonsillar abcess) juga boleh dipertimbangkan untuk pembedahan. Ibu bapa bawa anak utuk dapatkan rawatan, rundingan dan nasihat daripada doktor untuk dipantau dan menentukan tahap yang dihadapi dan rawatan yang sesuai.

 

 

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI