Teknologi yang semakin berkembang kini membuatkan mak ayah gagal menyekat penggunaan telefon kepada anak-anak.
Ada mak ayah yang memberikan hanya dua jam sehari, namun ada juga yang memberikan pada anak setiap hujung minggu. Terpulang pada mak ayah.
Apa yang ibu ayah perlu tahu adalah terlampau kerap menonton televisyen dan telefon membuatkan mata anak berpasir, gatal dan kering. Ini akan membuatkan mereka menggosok mata.
Elakkan kerana anak boleh terdedah risiko Keratokonus. Inilah yang dikongsikan oleh Dr Malar menerusi Instagramnya.
Kalau anak selalu sangat gosok mata berhati-hati sebab boleh dapat penyakit keratokonus. Anak-anak banyak tengok gajet, telefon dan televisyen.
Kalau waktu biasa kita berkelip mata lebih kurang 17 kali dalam seminit tapi kalau kita tengok tv atau telefon, kita hanya kelip mata dari 4 hingga lima kali sahaja seminit.
Ads
Jadinya bila kerdipan mata berkurang, mata akan rasa berpasir, kering dan mata akan rasa penat.
Bila berlaku tiga situsi ini kanak-kanak akan mula gosok mata mereka. Tindakan gosok mata ini akan merosakkan atau pun mencederakan lapisan kornea.
Sepatutnya permukaan kornea rata, licin dan agak tebal tetapi bila selalu digosok, permukaan kornea akan berubah, jadi terlampau nipis dan sedikit terbonjol di bahagian hadapan.
Jadi bila kornea rosak, dia akan dapat penyakit keratokonus. Keratokonus ini menyebabkan rabun dan silai yang terlampau tinggi dan tak boleh dibetulkan dengan cermin mata biasa malah ada kanta khas.
Ads
Jadi mak ayah tolong pantau anak. Saya sendiri faham dan akui memang anak-anak akan tengok tv dan telefon terutama musim cuti sekolah.
Jadi kalau anak kerap menggaru mata, tolong dapatkan ubat titisan air yang ada pelembap dan titiskan ubat titis mata supaya kurang berpasir dan kering.
Kurangkan skrin time pada anak-anak. Bukan anak-anak sahaja, kita yang dewasa pun berpotensi untuk dapat masalah ini kalau terlampau lama bekerja dengan telefon. Jagalah kesihatan mata kita.
Beberapa hari lalu, tular video dan audio yang mengatakan seorang ibu memberikan empat anaknya ubat dengan mencampurkan ke dalam susu dan ia menyebabkan anak-anak tersebut maut. Walau pun kisah-kisah ini yang tidak dapat disahkan kesahihannya, ia sedikit sebanyak membuka mata masyarakat tentang perlunya memberikan bayi dan kanak-kanak dengan cara yang betul, tidak boleh sambil lewa dan asal boleh sahaja.
Menurut Encik Mohd Dziehan Mustapa, Pegawai Farmasi, Medical Mythbusters Malaysia (M3) cerita audio terbabit menimbulkan banyak persoalan berdasarkan beberapa fakta. Selain itu, beliau turut berkongsi tip pemberian ubat berbentuk cecair atau sirap kepada bayi.
Bolehkah ubat-ubatan diberikan kepada kanak-kanak dengan mencampurkan dengan susu? Ikuti perkongsiannya ini.
TULAR VIDEO & AUDIO MENGISAHKAN CAMPURAN MAUT SUSU & UBAT
ULASAN TENTANG CERITA AUDIO YANG TULAR
Cerita audio itu adalah seperti berikut :
[ Seorang ibu ada 4 orang anak yang batuk. Ibu ini campurkan ubat batuk dan ubat selesema dalam susu. Sebab anak tak mahu makan ubat. Untuk mudahkan anak minum. Maka 4orang anaknya itu pun tidur. Kemudian suaminya balik ke rumah, dia tanya apa itu di atas meja dan si ibu jawab ia adalah balance susu tadi. Suaminya test minum dan terus muntah. Suami tanya kenapa susu rasa semacam? Kemudian si ibu tadi kata dia campur ubat dalam susu itu. Si suami terus pergi lihat anak-anaknya untuk dikejutkan daripada tidur, sekali lihat semua dah meninggal. Kemudian mereka bawak pergi hospital dan doktor sahkan apa-apa ubat jika campur dengan susu boleh jadi ‘poison’. So take note jangan campur ubat dengan susu formula sebab kita tak tahu nanti jadi apa ]
Sekali dengar dan lihat video seolah-olah macam meyakinkan . Namun melalui cerita ini boleh timbul banyak persoalan.
4 orang anak itu berapa umur mereka?
Berapa banyak si ibu campur ubat batuk dan selesema itu ke dalam susu formula itu?
Bagaimana cara anak dia minum susu itu?guna cawan atau botol susu
Adakah susu tersebut habis diminum?
Adakah suami muntah lepas minum balance susu itu disebabkan ia beracun atau sebab rasa tak best sehingga boleh muntah?
Jika rasa susu semacam dan tak best sebab campur 2 jenis ubat, bagaimana 4 orang anak itu boleh minum?
Suami kejutkan anak tapi semua sudah meninggal… Jika sudah meninggal kenapa bawak pergi hospital?
Kemudian audio itu berkata doktor sahkan apa-apa ubat dicampur dengan susu formula boleh bertukar menjadi racun… Hmm bagaimana doktor tersebut mengesahkannya?
ULASAN TENTANG CERITA KLIP VIDEO YANG TULAR
Kemudian keluar penafian oleh pihak polis di Bera, Pahang bahawa klip video yang tular pada hari ini adalah kes lain dan bukan kononnya kes kematian 4 orang anak.
Maka siapalah punya angkara kisah tular audio dan video ini hari ini? Ramai rakan-rakan yang bertanya kepada saya benarkah semua ini?
Betul ke cerita ini? Entahlah , saya pun tidak mengetahuinya. Tapi melalui penafian pihak polis berkaitan video itu, kemungkinan juga file audio yang ditularkan juga boleh dipersoalkan.
PENJELASAN TENTANG PENCAMPURAN UBAT
OK mari kita bincang sikit beberapa perkara.
Bab ubat bercampur susu jadi poison…. Saya cuba cari kajian jika ada, tapi tiada yang dijumpai. Yang dijumpai adalah fakta yang memberitahu bahawa resapan besi (iron) dan kalsium boleh dipengaruhi apabila diambil bersama-sama. Resapan ubat yang berbeza atau terganggu…Namun tiada pula dinyatakan campuran boleh menjadi poison.
Seterusnya ubat batuk dan selesema daripada kumpulan Antihistamine memang dilarang pemberiannya kepada kanak-kanak berusia bawah 2 tahun kerana boleh menyebabkan “respiratory depression”.
Namun dalam kisah ini kita tidak tahu umur semua kanak-kanak yang terlibat dan daripada audio itu juga tidak diberitahu berapakah dos 2 jenis ubat itu telah dicampurkan dalam susu tersebut.
BOLEHKAH MENCAMPURKAN UBAT KE DALAM SUSU BAYI?
Oleh itu boleh ke tidak boleh campur ubat dengan susu formula?
Saya pun tidak tahu jawapannya. Tetapi saya mungkin nak bagi tips lain untuk atasi situasi ini.
OK, kenapa nak campur ubat dalam susu? Memang tujuan untuk sorokkan rasa pahit atau tidak sedap ubat agar mudah ubat kanak-kanak mengambil ubat tersebut.
5 TIPS PEMBERIAN UBAT CECAIR ATAU SIRAP KEPADA BAYI
Jika begitu, berikut adalah TIPS PEMBERIAN UBAT CECAIR / SIRAP KEPADA BAYI (Rujuk Infografik)
#1. Jika bayi meronta-ronta ketika hendak diberikan ubat, membedung bayi boleh membantu mengurangkan pergerakkan bayi seterusnya memudahkan pemberian ubat.
#2. Gunakan picagari untuk membantu menyukat dos ubat dalam bentuk cecair dan sirap dengan tepat dan memudahkan pemberian ubat kepada bayi.
#3. Dukung bayi agar berkedudukan sendeng (tidak mengambil atau berbaring) dan masukkan picagari ke dalam mulut bayi.
#4. Halakan picagari ke arah bahagian dalam pipi bayi, kemudian tekan picagari secara lembut dan perlahan-lahan. Masukkan dos ubat sedikit demi sedikit.
#5. Elakkan mencampurkan ubat ke dalam susu bayi kerana jika bayi tidak menghabiskan susunya maka pemberian dos ubat menjadi kurang tepat.
**Teknik no.3 & 4 itu penting. Sebab kita pancutkan ubat melalui picagari ke bahagian dalam pipi bayi dan di hujung adalah kerana kawasan tersebut bukan kawasan deria rasa pahit pada lidah… dan di bahagian hujung sebelah dalam untuk memudahkan ubat mengalir dan bayi terus menelannya.
TEKNIK & SUKATAN MESTI TEPAT
Oleh itu, tidak perlu pun sampai nak campurkan ubat ke dalam susu mahupun ke dalam apa-apa makanan seperti pisang. Yang penting teknik pemberian dan sukatan dos kena tepat.
Mungkin boleh jarakkan juga pemberian ubat dan minum susu kerana ditakuti jika diambil bersama-sama menyebabkan proses resapan ubat terganggu.
Sebarang pertanyaan lanjut berkaitan ubat-ubatan, boleh hubungi Pusat Panggilan Farmasi Kebangsaan di talian 1800886722 (8am-5pm Isnin-jumaat). Gunakan perkhidmatan yang telah disediakan oleh KKM ini. Elakkan bertanyakan soalan kepada penjual produk.
Sumber: Mohd Dziehan Mustapa, Pegawai Farmasi, Medical Mythbusters Malaysia (M3)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Anak-anak antara pengalaman yang paling menakutkan buat mereka adalah masa makan ubat atau jumpa doktor. Namun sebagai ibu bapa, kena pandai ambil hati dan sentiasa berikan kata-kata positif supaya anak tak fobia hadapi situasi tersebut.
Tindakan Awal Ashaari dan isterinya Scha AlYahya bawa Lara Alana berjumpa doktor gigi buat pertama kalinya mendapat pujian ramai.
Menurut Scha, setiap kanak-kanak ada kelebihan dan kelemahan masing-masing. Dalam hal ini Lara lemah dengan doktor.
“Walaupun Lara ni seorang yang mudah mesra tapi bila jumpa doktor dia agak takut terutama bila nampak ada pelbagai peralatan.
“Jadi bila dah umur 4 tahun ni, kenalah juga biasakan jumpa doktor gigi. Ini penting untuk pupuk rasa yakin dalam diri Lara,” katanya di Instagram.
Bagi memberi keselesaan kepada Lara, Scha dan Awal pilih klinik gigi yang mesra kanak-kanak terutama yang pertama kali datang.
“Pada awalnya Lara ok, tapi bila sampai dan lihat pelbagai peralatan dia dah mula takut dan menangis.
“Ikut kata doktor, ini perkara biasa buat kanak-kanak yang baru pertama kali datang untuk pemeriksaan gigi dan tak biasa lagi sesuaikan diri.
“Lagipun budak-budak tak suka bila orang letakkan benda dalam mulut dan perlu dibaringkan di kerusi khas. Jadi doktor cadangkan biasakan dulu dengan perkenalkan peralatan pergigian pada anak dan lama-kelamaan dah tiada masalah.
“Nak tak nak mummy perlu jadi model untuk Lara perhatikan dulu dan untuk temujanji seterusnya daddy pula. Harap lepas ni Lara dah ok berani,” kongsi Scha.
Kata scha lagi, biasanya Lara akan tengok dulu orang lain buat, baru dia akan ikut. Harap lepas ni dah tak ada masalah baginya untuk jumpa doktor gigi.
Sumber: ig laraalanaa
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Anak yang sihat dan aktif sebelum ini tiba-tiba hanya terlantar dan sesekali merengek cukup membuatkan sesiapa melihatnya mengair air mata.
Begitulah nasib yang menimpa Muhammad Fawwaz Adli, 6, yang kini hanya terlantar dan mampu mengelipkan mata selepas parah dihempap peti ais pada 12 Julai tahun lalu.
Pendarahan Dalam Kepala
Selepas setengah tahun peristiwa hitam itu berlalu, kehidupan Fawwaz telah berubah 360 darjah setelah doktor mengesahkan Fawwaz mengalami masalah pendarahan di kepala dan kekejangan saraf akibat daripada peristiwa hitam itu.
Dari seorang kanak-kanak yang ceria, Fawwaz kini hanya mampu terbaring di atas katil, tiada daya untuk bangun berdiri dan tidak boleh berkata-kata melainkan sesekali mengerang kesakitan selepas beberapa kali menjalani pembedahan.
Menerusi perkongsian pengacara televisyen iaitu Fedtri Yahaya, dia telah berkongsi keadaan terkini adik Fawwaz ketika melawat kanak-kanak itu bagi mengetahui perkembangan terkininya.
Keadaan adik Fawwaz cukup membuatkan sesiapa melihatnya menitik air mata.
“Adik Fawwaz ditimpa peti ais 1.8 Meter. Sudah 4 kali jalani pembedahan sejak Julai tahun lalu. Doakan kesembuhannya. Ibu ayah tak dapat bekerja buat sementara waktu kerana fokus penjagaan anak. Mereka berniaga air balang di Nilai.
Dalam pada itu Fedtri memohon jika sesiapa yang bermurah hati untuk menghulurkan sumbangan dan meringankan beban adik keluarga Fawwaz boleh berbuat demikian melalui akaun bapanya 5622-6354-7454 (Maybank-Mohd Bukhari).
Tak Boleh Bangun & Bercakap
Sementara itu, melalui perkongsian Mohd Bukhari melalui Metro, mereka sekeluarga sentiasa berikhtiar untuk melakukan pelbagai rawatan untuk lihat Fawwaz kembali tersenyum.
“Selain tidak dapat bertutur dan berjalan, kedua-dua kaki anaknya juga bengkok selepas demam sawan seminggu selepas kejadian.
Katanya, doktor menjangkakan keadaan anaknya kekal, tetapi dia masih menaruh harapan melihat Fawwaz kembali normal.
Terpaksa Berhenti Kerja
Mohd Bukhari berkata, buat masa ini, dia tidak dapat bekerja kerana perlu memberi perhatian kepada Muhammad Fawwaz di wad.
“Saya berniaga air balang di taman perumahan sekitar Nilai, Negeri Sembilan, tetapi tidak lagi bekerja sejak Julai tahun lalu.
“Sepanjang tempoh itu, saya yang menjaga Fawwaz di wad manakala isteri, Siti Khadijah Daud menetap di rumah mentua di Taman Gedung Lalang, Ampangan, Seremban, Negeri Sembilan bersama dua anak,” katanya.
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.