Pada 30 November 2021, pasangan selebriti, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal telah menimang cahaya mata keempat dan memilih nama Jibril Ibtisam buat bayi lelaki mereka.
Menangis sampai dua jam
Bagaimanapun, nama Jibril Ibtisam dikatakan tidak serasi dengan anak lelaki mereka sehingga terpaksa memilih nama lain iaitu Muhammad Fahri.
Menurut Wawa, 31, atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin, anak lelakinya itu asyik meragam dan menangis sahaja selepas Aeril memilih nama tersebut.
“Macam anak pertama dan kedua, Aeril yang pilih juga dan kedua-duanya asyik nangis. Yang ketiga saya namakan, okey pula anak tu. Anak keempat ini, Aeril namakan tapi meragam juga. Bayi asyik menangis ja, sampai dua jam. Orang panggil bayi kolik.
Pasangan sama cantik ini ditemui ketika majlis Wawa Royal Majestic Appreciation Gala Night yang diadakan di Tenera Hotel, Bangi.
Buat dua kali akikah
Disebabkan itu, pasangan ini bersetuju terus menukar nama dan melakukan ibadat akikah buat kali kedua.
Majlis akikah yang pertama telah diadakan di kediaman mereka iaitu dua minggu selepas Wawa bersalin.
“Saya cakap; asal sayang (panggilan Aeril) bagi nama ja mesti jadi macam ini. Terus Aeril merajuk tak nak cakap dengan saya, ada la sehari.
“Tiba-tiba, saya dapat notifikasi daripada pusat akikah mengatakan Muhammad Fahri dah selamat diakikahkan.
“Kiranya, dua kali kami buat akikah untuk anak keempat ini. Aeril betul-betul ambil serius, dia terus tukar nama,” kongsi Wawa.
Terdahulu, Wawa selamat melahirkan anak keempat seminggu lebih awal iaitu pada 30 November lalu.
Aeril dan Wawa mendirikan rumah tangga pada 2013 dan dikurniakan tiga cahaya mata sebelum ini iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, 9, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 7, dan Ayya Soffya, kini berusia dua tahun.
Kredit: OH Bulan; Instagram @aeril_zafrel & Wawa Zainal
Tak sabar tunggu baby lahir, nak persiapkan mental dan fizikal sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang ilmu persediaan urus bayi selepas lahir? Jom sertai E-Workshop Pa&Ma: Misi Mama Sambut Baby! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/pama-e-workshop-misi-mama-cantik-sihat/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI