Sistem pertahanan tubuh bayi dan kanak-kanak belum matang sepenuhnya. Ia berkembang selari dengan tumbesaran masing-masing. Jika kanak-kanak kecil sering mengalami demam dan selesema mahupun batuk sehingga sehingga 5 – 6 kali setahun, ia masih dianggap normal.
Namun yang demikian, pasti anda susah hati bukan apabila anak terlalu kerap jatuh sakit. Jom periksa 6 perkara ini terlebih dahulu untuk mengetahui jika ia ada kaitan dengan masalah yang dihadapi oleh anak anda.
Dalam pada itu, anda perlu berikan yang terbaik untuk mengekalkan kesihatan anak. Biasanya penyakit anak akan baik sendiri dengan penjagaan rapi. Jika penyakit berlarutan agak lama, segera dapatkan pemeriksaan doktor.
1. Selalu makan makanan ringan
Makanan ringan bukan sahaja tidak berkhasiat. Lebih daripada itu, anak anda lebih cenderung dijangkiti penyakit. Kuatkan sistem imuniti anak dengan memberikannya makanan kaya phytonutrien. Makanan ini dikenali melalui warnanya yang terang. Antara buah dan sayur yang kaya phytonutrien ialah beri biru, keledek, tomato dan bayam.
Ads
Selain itu, lebihkan pengambilan makanan yang kaya dengan vitamin C seperti oren, vitamin D yang boleh didapati daripada ikan tuna dan bijirin serta probiotik yang terdapat dalam yogurt untuk sistem imuniti yang lebih kuat.
2. Terdedah kepada virus di Taska
Pusat penjagaan kanak-kanak iaitu Taska boleh diibaratkan sebagai lubuk virus dan bakteria yang boleh menyumbang kepada penyakit seperti selesema dan penyakit tangan, kaki dan mulut.
Kanak-kanak masih kecil dan sering lupa untuk menutup mulut dan hidung ketika bersin atau batuk. Oleh itu, kuman lebih mudah tersebar. Apabila bergaul bersama, mereka lebih mudah dijangkiti kuman. Oleh itu, ingatkan anak anda untuk basuh tangan selepas pulang daripada Taska dan segera tukar baju.
Ads
3. Berkongsi barang
Anak kecil suka menerokai dunia sekeliling dengan menyentuh objek dan berinteraksi dengan orang lain. Dia juga suka berhubung dengan kanak-kanak lain dengan berkongsi mainan dan makanan.
Biasakan anak untuk selalu membasuh tangan selepas bermain. Bekalkan dia dengan hand sanitizer jika perlu. Ingatkan dia untuk tidak menyentuh muka sendiri jika tangannya tidak bersih. Virus lebih mudah masuk ke dalam tubuh badan melalui mata, hidung dan mulut. Latihlah anak anda untuk tidak berkongsi cawan, penyedut minuman dan berus gigi.
Ads
4. Tidak cukup tidur
Jangan biasakan anak tidur lewat malam. Kanak-kanak yang tidak cukup tidur menyebabkan aktiviti sel darah putih yang melawan penyakit hilang kesannya. Corak tidur yang konsisten dapat menguatkan sistem imuniti dalam badannya.
5. Kurang bergerak aktif
Bersukan adalah cara terbaik untuk memastikan tubuh kekal sihat bertenaga. Usah terperap sahaja di rumah tanpa melakukan aktiviti fizikal bersesuaian. Ajaklah anak anda ke taman permainan atau keluar bersiar-siar. Apabila anak lebih aktif bermain, sistem imunitinya menjadi lebih aktif bagi melawan jangkitan virus.
6. Asap rokok
Anda mungkin terlepas pandang hal ini. Asap rokok memberi bahaya kepada bayi dan kanak-kanak. Tidak kiralah sama ada ada individu merokok di hadapan atau di belakang anak, situasi secondhand smoker boleh menjejaskan tahap kesihatannya.
Anak kecil memiliki organ dan sistem pernafasan yang sangat sensitif. Dilaporkan, kanak-kanak yang tinggal bersama perokok lebih berisiko mengalami jangkitan kuman pneumonia dan kematian mengejut.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Saya bakal melahirkan bayi perempuan dan merancang untuk melakukan khitan (bersunat) pada bayi saya, beberapa hari selepas bersalin. Saya ingin memohon pandangan dan pendapat doktor, tentang cara berkhitan untuk bayi perempuan. Bagaimana cara ia dilakukan? Saya juga serba salah kerana ibu mertua saya kini sudah bertanya adakah saya ingin mengkhitankan bayi dengan cara tradisional yang saya juga tidak pasti bagaimana caranya. Harap doktor boleh berikan saya informasi tentang khitan kepada bayi perempuan.
Berbeza dengan amalan berkhatan bagi lelaki, berkhitan bagi bayi perempuan tidak dijelaskan mahupun disarankan daripada aspek perubatan. Secara klinikal, berkhatan bagi lelaki disyorkan bagi kes-kes jangkitan air kencing (urinary tract infection) yang berulang, phimosis/paraphimosis di mana kulit depan bahagian penis terlalu kecil atau ketat sehingga proses pembuangan air kecil terganggu atau mengalami masalah.
Oleh itu prosedur berkhatan daripada segi perubatan dipraktikkan secara tetap atau standard, di mana bahagian prepuce akan dipotong dan dibuang. Ini boleh dilakukan dengan pelbagai cara sama ada konvensional, klip ataupun laser bergantung kepada kebiasaan dan kemahiran seseorang doktor, serta peralatan surgeri yang terdapat di fasiliti terbabit.
Walau bagaimanapun, tidak terdapat apa-apa indikasi/keperluan untuk berkhitan bagi bayi perempuan daripada segi perubatan. Amalan berkhitan bagi bayi perempuan adalah sesuatu yang dilakukan atas sebab suruhan/hukum agama atau amalan tradisi sesuatu masyarakat.
Oleh yang demikian, tiada cara/prosedur yang tetap atau standard bagi berkhitan untuk bayi perempuan. Malahan amalan ini dilakukan dengan pelbagai cara yang berbeza mengikut kebiasaan masyarakat setempat contohnya di timur tengah, Afrika dan di Asia.
Di Malaysia, kebanyakan orang Melayu mengkhitankan bayi perempuan di klinik doktor perubatan ataupun oleh bidan kampung. Selepas dibersihkan, clitoris sama ada dipotong sedikit atau hanya dilukakan dengan menggunakan jarum. Luka yang sedemikian hanyalah minima, tanpa pendarahan yang ketara dan sembuh dengan segera tanpa memerlukan apa-apa cara penjagaan khas.
Saya mengesyorkan ibu bapa mendapatkan maklumat lanjut terlebih dahulu daripada pengamal perubatan atau bidan yang mahu melakukan prosedur khitan tersebut. Secara amnya, prosedur berkhitan bagi bayi perempuan haruslah tidak mendatangkan apa-apa kemudaratan dan kecacatan kepada alat kelamin/kemaluan bayi.
Sumber: Majalah Pa&Ma
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Susu formula bukanlah salah seratus peratus tetapi perlu belajar untuk hadkannya bagi memperkenalkan makanan semulajadi kepada anak-anak berusia dua tahun ke atas. Itu ibu bapa kena tahu.
Dr Suriyakhatun berikan pencerahan mengenai susu formula kepada semua ibu bapa. Masih tak terlambat untuk mengubah pemakanan anak kecil kita. Tak gitu?
Empat tahun dulu saya mula menulis tentang susu formula bukan makanan utama anak yang atas dari umur dua tahun. Saya telah syorkan untuk hadkan susu kepada dua gelas sehari dan beri susu tanpa sebarang campuran iaitu susu segar atau susu full cream sama ada susu lembu atau susu kambing.
Sekarang semakin ramai yang jumpa saya sudah amalkan begini.
Mengapa saya mula utarakan perkara ini? Ia berpunca kepada masalah pesakit saya yang mula sakit sejak berhenti susu badan dan sambung susu formula. Perkara ini tidak disedarkan ibu-bapa tetapi menjadi jelas bila saya beritahu : Anak anda mula sakit sejak tukar ke susu……
Susu formula bukan makanan semula jadi. Ia banyak bahan tiruan dalamnya disamping mengandungi susu lembu yang ramai anak -anak mungkin ada alahan kepadanya “lactose intolerance serta cow’s milk protein allergy” serta kandungan gula yang boleh menyebabkan membiaknya bakteria patogen serta candida dalam usus .
Selain dari itu, susu mengambil tempat makanan asli semula jadi yang anak perlukan untuk membesar. Disamping itu, bila anak masih bergantung pada susu pada umur lebih 2 tahun dengan meminum 200 ml x 5 atau x 6 = 1 liter atau 1.2 liter air pada badan kecilnya akan menyebabkan fluid overload dan beban pada ginjal .
Pergantungan pada susu yang bersifat acidic food menyebabkan tulang dan gigi menjadi lemah . Ini adalah sebab buffer system badan larutkan zat galian dari tulang anak untuk kekalkan alkaline ph darah bila mana makanannya tidak memberi secukupnya ions yang kekalkan ph darah ditahap alkaline ph yang diperlukan . Gigi juga boleh busuk sebab gula dalam susu .
Ini antara masalah yang timbul bila susu jadi makanan utama dan bukan makanan tambahan . Susu bukan makanan utama anak lebih dari 2 tahun.
Kredit: Dr Surikhatun
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Selepas beberapa minggu mengalami kontraksi ‘main-main’, akhirnya Anissa Faizul yang juga isteri kepada Youtuber dan pengarah filem, Syahmi Sazli selamat melahirkan cahaya mata kedua mereka.
Berkongsi berita gembira itu, Syahmi memuat naik satu perkongsian di instagram sekeping gambarnya bersama bayi lelaki yang diberi nama Khabib Umar.
“Tiap hari boleh kata sakit perut, mengeras, tak sedap badan, loya dan jalan pun dah buka sikit,” katanya.
Namun sebelum beberapa jam baby nak keluar, di insta story Anissa dia memberitahu disaat melayan kontraksi makin kuat, nak habiskan nasi sepinggan pun berjam-jam lamanya. Kalau tak makan risau tak ada tenaga.
Terdahulu, Syahmi berkahwin dengan Anissa Faizul pada 23 Februari 2018 dan dikurniakan anak perempuan, Ainul Mardhiah yang kini berusia 3 tahun.