Kesihatan

Anak Kerap Sakit Selepas Mandi Kolam Ada Sebabnya, 6 Tip Mama Kena Take Note!

Share

Musim cuti sekolah ni pasti agenda hujung minggu adalah membawa anak mandi manda. Tak kira di kolam renang, taman tema atau air terjun semuanya ada kesannya pada anak. Ada pula anak yang mudah sakit, demam malah cirit birit selepas mandi. Mengapa?

Perkongsian daripada Public Health Malaysia ni mama kena ambil tahu. Patutlah anak demam dan tak sihat saja selepas mandi manda. Ini mama kena tahu!


Jika anda perasan, anak anak sering jatuh sakit selepas berkunjung ke kolam renang atau tempat rekreasi.

Situasi ini di kenali sebagai, Recreational water illness (RWI) iaitu merujuk kepada pelbagai jenis penyakit yang mungkin disebarkan oleh lokasi rekreasi seperti kolam renang,kolam air panas, spa, sungai, danau, dan lautan.

 

 

 Sekiranya air yang mengandungi kuman masuk ke saluran penghadaman, anak anak akan mengalami gejala muntah dan cirit birit.

 Kuman yang masuk ke mata dan telinga boleh menyebabkan jangkitan di bahagian bahagian tersebut. Mata akan menjadi pedih dan kemerahan.

 Selain itu, sekiranya kulit ada luka dan kecederaan, kuman boleh masuk ke tubuh menerusi luka.

 Jangkitan pernafasan seperti batuk, sakit tekak dan selsema juga boleh berlaku apabila kuman meruap dan masuk ke saluran pernafasan.

Klorin Boleh Membunuh Kuman?

Ya, bahan kimia yang di masukkan ke dalam kolam renang seperti Klorin sepatutnya dapat membunuh segala macam kuman di dalam kolam renang.

Namun begitu, sekiranya kolam renang di cemari dengan najis, air kencing dan kekotoran, bahan kimia ini tidak lagi mampu berfungsi dengan sempurna.

Bau bahan kimia yang kuat?

Sekiranya anda menghidu bau “bahan kimia’ yang kuat di kolam renang, ia sebenarnya bau kekotoran, najis dan kencing yang telah bercampur dengan klorin!

Oleh itu, sila peka kepada bau dari kolam renang, sekiranya anda menghidu sesuatu yang kurang menyenangkan, ia bermakna kolam tersebut mugkin boleh menjadi punca penyakit berjangkit.

6 Tip Penting


Peranan semua pihak amat penting untuk memastikan kebersihan kolam renang. Paling penting elakkan buat 6 perkara ni.

 Jangan kencing atau berak di dalam kolam renang

 Jangan biarkan anak anak mandi sekiranya mereka tidak sihat

 Bersihkan badan di pancuran air sebelum masuk ke kolam renang (ini ramai yang tidak buat)

 Jangan mandi sekiranya anda mempunyai sebarang luka terbuka

 Jangan minum air kolam atau berkumur di dalam kolam

 Gunakan lampin pakai buang khas untuk berenang

Air yang biru jangan di sangka tiada kuman!
Jangan jadikan percutian ke kolam renang dan taman tema air sebagai punca jangkitan penyakit anak anak anda,

Kredit: Public Health Malaysia

Published by
SRM