Kanak-kanak kerap demam dan berbadan kurus, adakah disebankan oleh antibodi badannya yang lemah? Ini punca sebenarnya.

Anak Kerap Sangat Demam, Kurus Disebabkan Oleh Antibodi Yang Lemah? Ini Puncanya

Ibu bapa sering kali gusar bila kerap mengalami demam dan selesema. Kadang kala boleh berlaku  hampir setiap bulan. Adakah hal ini  kerana kekurangan suntikan imuninasi yang boleh menguatkan tubuhnya.

ADAKAH KURANG MAKAN PUNCA ANAK SELALU SELESEMA & DEMAM?

Selera makan juga tidak konsisten dan lebih kerap kepada tidak berselera. Ibu bapa juga kadangkala buntu memikirkan bagaimanakah caranya untuk menambahkan selera makan anak kerana bimbang mellihat keadaan anak yang sangat kurus dan sering kali tidak lalu makan kecuali makanan ringan yang digemarinya. Apakah selera makan dan kurang makan ini menyumbang kepada antibodi yang lemah sehingga kerap demam?

Menurut Dr Mohamed Nazir Abu Bakar, Pakar Pediatrik, SALAM Specialist Hospital Shah, demam dan selesema dikalangan kanak kanak memangnya satu fenomena yang biasa. Ia bergantung pada faktor persekitaran yang biasa kanak-kanak itu didedahkan seperti di daycare centre, nursery atau tadika.

 

DEMAM 6 HINGGA 7 KALI SETAHUN

Ads

Adalah menjadi kebiasaan bagi seseorang kanak kanak itu mengalami demam dan selsema sebanyak 6-7 kali setahun namun adalah wajar sekiranta pemeriksaan fizikal oleh pakar kanak-kanak yang menyeluruh dijalankan dan ujian seperti darah dan air kencing dilakukan untuk mendapati tiada punca-punca yang lain.

Anak Kerap Sangat Demam, Kurus Disebabkan Oleh Antibodi Yang Lemah? Ini Puncanya

IMUNISASI TAMBAHAN BAGI KANAK-KANAK BERISIKO

Selain daripada suntikan immunisasi yang wajib diambil anda juga imunisasi tambahan yang boleh diambil untuk menambahkan pertahanan seperti pnuemoccoccus, rotavirus dan influenza.

Kanak kanak yang dalam situasi berisiko seperti yang tinggal di daycare center, nurseri dan tempat pengasuhan kanak kanak sememangnya digalakkan untuk menerima immunisasi tambahan ini selain daripada imunisasi wajib.

Ads

Ibu bapa perlu  berbincang dengam pakar kanak-kanak mengenai suntikan immunisasi yang ada dan yang mana perlu di berikan kepada kanak kanak mereka.

 

TREND PEMAKANAN TIDAK MENENTU & BERAT BADAN TURUN NAIK

Kanak kanak dalam limgkungan umur pra sekolah kebanyakannya mempunyai masalah pemakanan. Mereka selalunya mempunyai trend pemakanan yang tidak menentu dan amat memilih dan cerewet (picky eater) tentang makanan mereka.

Berat badan pun tetap dan sering turun dan naik.  Apa yang penting bagi ibu bapa lakukan ialah memastikan tahap kesihatan mereka normal dan perkembangan tidak terjejas serta tahap aktif yang bertepatan dengan peringkat umur kanak kanak tersebut.

Ads

MAKANAN BERKUALITI & KALORI

Bagi kanak kanak, kuantiti pemakanan tidak penting tetapi kualiti dari segi kalori dan khasiat menjadi kepentingan. Kanak kanak yang cerewet ini memerlukkan strategi pemakaan seperti memberi makanan sebanyak 5-6 kali sehari daripada 3 kali yang lazim diberi. Beliau mencadangkan ibu bapa mendapatkan penerangan lanjut secara menyeluruh boleh di dapati daripada pakar kanak kanak atau dari pakar pemakanan dan nutrisi.

 

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

 

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI