Saat melihat anak terseksa tidak boleh ‘membuang’, usahakanlah pelbagai cara untuk anak. Salah satunya, cubalah elakkan seketika jenis-jenis makanan ini.
Jenis-jenis makanan yang dikongsikan oleh Dr Mazliana Mazlan ini mempunyai beberapa bahan kandungan yang menambahkan lagi sembelit anak. Jadi elakkanlah.
Stress sangat bila anak susah nak membuang kan. Kita tahu anak kena membuang setiap hari, dah cuba bagi makan macam-macam buah, dah jumpa doktor banyak klinik, tapi tak berubah asyik sembelit je.
Makan ubat, takde sembelit. Stop ubat, datang balik sembelit. Taktahu, buntu dah nak buat apa kan.
Jom tengok checklist ni masih ada kat dapur tak, masih bagi anak makan tak.
1. Gandum
Roti, biskut, kek, pasta. Elakkan kejap semua ni bila anak tengah sembelit. Dalam gandum ada sejenis protein namanya gluten. Tak semua sesuai ambil gluten. Gluten ni akan kacau ketelapan usus untuk sesetengah anak. Akan senang nak sembelit kalau anak ambil makanan dari gandum setiap hari.
Ads
2. Susu
Susu, cheese, ais krim, apa-apa je yang ada produk tenusu. Dalam susu lembu, ada protein casein. Pun antara penyebab ketakseimbangan usus jika ambil berlebihan tanpa kawalan.
3. Makanan bergoreng dan makanan segera
Makanan macam ni tinggi dengan kandungan transfat dan rendah serat. Kedua-dua ni akan lambatkan proses penghadaman di usus.
4. Pisang muda
Kandungan kanji dalam pisang mudah susah nak dihadam oleh usus. Anak akan mudah sembelit kalau kerap ambil pisang muda.
5. Kafien
Check balik anak ada ambil teh atau kopi tak, mungkin ini sebabnya akan susah nak membuang.
Ads
6. Coklat
Lemak yang tinggi dalam coklat, pun boleh buatkan proses pencernaan lebih slow dari biasa. Air coklat pun cuba elakkan kalau anak asyik sembelit.
7. Makanan ultra processed
Keropok, cereal, sosej, nugget. Makanan macam ni, rendah sangat dengan nutrisi tapi tinggi betul transfat. Semua ni akan ganggu usus untuk bekerja dengan baik dan tingkatkan risiko sembelit.
Tinggalkan kejap 7 jenis makanan ni kalau anak kerap sembelit. Try monitor perubahan yang akan berlaku pada anak. InsyaAllah keadaan makin baik setiap hari.
Ads
Dalam masa yang sama, kena banyakkan real food. Air putih, sayur dan buah yangan tinggal. Setiap hari mesti kena makan k.
Bagi wanita mengandung yang mempunyai alahan teruk, apa saja makanan yang masuk mesti akan keluar balik. Betul tak?
Tak kisahlah selepas makan atau minum kalau yang jenis muntah memang akan fobia. Bila kerap muntah, badan akan menerima kesannya. Bayangkan semua makanan dan apa saja bendalir dalam perut akan dikeluarkan dari dalam badan kita. Sampaikan ada yang muntah kuning sebab dah tak ada benda yang boleh dikeluarkan dari perut.
Keadaan ini jika dibiarkan berlarutan akan membahayakan nyawa ibu dan bayi.
Perkongsian dari Ezan Zulaika mengenai caranya meredakan rasa mual, muntah, perut tak selesa dan berangin ketika mengandung mungkin boleh dicuba oleh ibu yang turut mengalami situasi sama.
Ezan kongsi kepada ibu yang tengah morning sickness tu. Boleh cuba juicing untuk redakan alahan.
Redakan ye bukan hilangkan terus. Sebab alahan ini ada masa datang dan pergi. Kadang hari ini ok esok pula tak ok, jadi tu normal untuk ibu yang mengandung. Kalau tak tahan sangat pergilah hospital.
Pengalaman Ezan sejak kandungan masuk 12 minggu kerap rasa perut tak selesa, dua hari dah minum air suam halia tapi still rasa tak best kat bahagian perut. Berangin sebu kadang rasa nak muntah keluar angin sahaja.
Di sini saya kongsikan cara untuk hilangkan rasa mual dan perut tak selesa ketika mengandung.
Pertama guna buah oren 2 biji, Ezan beli oren yang tiada biji kalau ada biji buang biji buah tu kalau tak pahit nanti.
Gunakan halia muda sedikit, 3 sudu besar gula dan air 1 1/2 cawan..Ezan tak ada slow juicer jadi guna je blender biasa. Kisar sampai halus dan tapis..Kalau tak tapis pun tak apa. Boleh terus letak ais dan terus minum.
Kalau tak nak gula boleh gantikan madu atau stevia. Untuk ibu GDM sebaiknya jangan letak gula lagi bagus.
Lepas ni kalau rasa tak sedap badan boleh terus kisar dan simpan dalam peti, rasa tak sedap badan je boleh terus minum je. Rasa jus ni macam masam+mint sikit tapi sedapp..
Perut terus rasa lapang mual insya ALLAH akan hilang.
Bila bayi sudah mula makan makanan pejal, ibu kena jauhkan 5 jenis makanan daripada mereka sebab belum masanya lagi untuk makan.
Macam-macam menu yang ibu teruja hendak sediakan. Memang baguslah kalau ibu bersemangat untuk memasak sendiri makanan untuk si manja tapi dalam keterujaan jangan lupa ambil tahu apa jenis-jenis makanan yang nampak macam menyihatkan tetapi sebenarnya tak sesuai lagi untuk bayi.
Ini kerana bayi masih belum memerlukan banyak kalori, apa yang diperlukan adalah makanan yang kaya dengan nutrisi. Berikut senarai makanan yang tidak sesuai lagi untuk bayi.
1. Jus
“Eh, bukan jus minuman yang berkhasiat ke?” Tentu itu yang anda fikirkan. Tetapi kajian dilakukan oleh pakar pemakanan membuktikan bahawa jus adalah salah satu makanan yang tidak sihat bila diminum oleh bayi. Walaupun dihasilkan daripada buah, namun proses membuat jus menyebabkan buah kehilangan semua nutrisi yang baik. Sebaiknya bagi bayi anda makan buah tanpa perlu dijadikan jus.
2. Minuman dalam kotak
Kadangkala tanpa sedar kita bagi anak minum air kotak yang dikatakan berkhasiat untuk si kecil. Sebenarnya anda silap, ia sama sekali tak berkhasiat, bahkan kandungan gula yang ada dalamnya sangat tinggi serta berisiko merosakkan gigi si kecil.
3. Biskut
Bila anak sudah pandai makan kita kadangkala tak perasan tersuap dia biskut yang bukan khusus untuk bayi. Jangan pandang remeh kerana kebanyakan biskut yang dijual di pasaran mengandungi terlalu banyak gula dan garam yang masih belum sesuai diambil oleh bayi. Kandungan gula yang terlalu berlebihan boleh mengganggu pertumbuhan gigi bayi serta berisiko obesiti. Kalau nak bagi makan biskut, lebih baik buat sendiri yang pastinya kita tak tambah gula di dalam adunan (boleh ganti dengan buah kurma lenyek sebagaia perasa manis).
4. Makanan diproses
Makanan diproses atau makanan segera biasanya telah melalui proses pengolahan yang sangat panjang dengan penambahan pelbagai bahan pengawet (untuk tahan lama) dan perisa seperti garam dan gula. Jadi anda boleh bayangkan berapa banyak khasiat dari makanan asal tersebut yang terbuang dan hilang sepanjang proses tersebut.
5. Jeli
Jeli memang kelihatan sesuai untuk bayi makan sebagai pemanis mulut. Tapi, awas walaupun teksturnya lembut dan mudah ditelan bayi tetapi kandungannya yang terdiri daripada gula, perasa dan pewarna tiruan tidak bagus untuk kesihatan bayi.
Mengajar anak makan makanan sihat dan berkhasiat bermula sejak mereka kenal makanan. Bila sudah terbiasa makan yang sihat-sihat tak adalah bila besar nanti anak suka makan jajan sahaja dan tak berselera makan makanan yang berkhasiat.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Apa yang boleh dilakukan oleh ibu bapa apabila anak terlalu obses dengan susu formula sehingga enggan makan makanan pejal? Apabila dipujuk untuk makan makanan seperti nasi, sup atau roti, anak tetap enggan. Apatah lagi buah-buahan dan sayur, memang langsung tidak dipandangnya. Bagaimana kita sebagai ibu bapa ingin memujuknya untuk makan sajian seimbang? Ikuti perkongsian ini.
Kemungkinan anak anda enggan makan makanan pejal disebabkan kenyang dengan susu. Mungkin anak anda agak kerap menyusu dalam sehari. Umumnya, susu itu sendiri mengandungi banyak khasiat bagi menampung keperluan si kecil. Salah satu penentu ukur sama ada tahap perkembangan dan tumbesaran si kecil adalah berat badan dan ketinggiannya.
Si kecil perlu mencapai tahap yang sesuai mengikut umurnya. Namun, galakan untuk anak untuk makan makanan pejal sememangnya penting. Elakkan memberi susu kepadanya sebelum atau ketika hampir waktu makan.
Ini kerana jika diberikan susu, kemungkinan si kecil kenyang dan tidak mahu makan. Rancang waktu makan dan waktu minum susu. Tiga hidangan utama perlu diambil ialah sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam. Selebihnya boleh diaturi dengan minum susu. Pada awalnya si kecil memang akan meragam, tidak mengapa. Don’t fall to the manipulation. Jangan diberi susu jika si kecil tidak mahu makan pada waktu makan. Anak anda akan belajar untuk makan apabila berasa lapar.
Jika si kecil suka hidangan berkuah, hidangkan sahaja. Namun, pastikan setiap waktu makan, perlu lengkap dengan hidangan seimbang lain. Maksudnya, selain kuah, hidangan lauk berprotein seperti ikan, ayam atau daging perlu ada, sayuran dan buah-buahan juga perlu ada.
Imej makanan sihat perlu sentiasa terpapar pada pandangan si kecil walau pun dia masih belum mahu memakannya. Ini kerana, paparan ini akan menggalakkan penerimaan si kecil dari masa ke masa. Subconcious mind stimulation.
Daripada tidak mahu makan kepada mahu mencuba rasa dan seterusnya mahu makan. Usaha ini sememangnya akan memakan masa. Don’t give up. Biskut atau kerepek? Pastikan biskut yang diberikan bukanlah jenis yang manis atau berkrim. Kerepek pula, jika boleh, tidak perlu ada di rumah. Elakkan membeli atau menyimpan makanan yang tidak sihat di rumah. Semoga ibu bapa diluar sana berjaya!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.