Ibu mana yang tidak risau jika bayi mereka sembelit. Sekejap-kejap merengek tidak selesa. Keadaan ini jika tak diatasi boleh menyebabkan ibu bapa dan bayi itu rasa stres. Bayangkan nak makan pun tak selera, menyusu pun tak nak.

Jadi untuk atasinya, ada beberapa cara yang boleh dilakukan untuk membantu melancarkan pergerakan najis dan melegakan perut bayi.

Anak Kerap Sembelit, Tekan Lutut Ke Arah Perut. Buat Beberapa Kali, Memang Jadi!

Jom cuba kaedah urutan bayi. Cara urut bayi ini merupakan sesuatu yang baik kerana ia dapat melegakan gas perut dan membantu pergerakan najis bayi.

1. Letakkan bayi dalam posisi berbaring dengan tubuhnya menghadap anda.
Semasa mengurut, fikirkan perut bayi seperti jam dengan kedudukan jam 12 di atas bahagian perut dan jam 6 di pangkal paha serta jam 3 dan 9 di kiri kanan.

2. Gunakan hujung jari anda dan perlahan-lahan lingkari kepala bayi. Kekalkan hubungan mata dan cari tanda atau isyarat bayi gembira untuk anda teruskan urutan.

3. Gunakan Baby Cream dan letakkan sejumlah kecil di telapak tangan. Gosok tangan bersama Baby Cream tersebut bagi menghasilkan haba terutama sekitar hujung jari.

4. Letak tangan kanan ke perut bayi dan perlahan-lahan licinkan tangan ke pangkal paha. Ulangi gerakan dengan tangan kiri sehingga anda mendapat gerakan ‘roda air’.

5. Seterusnya, letak ibu jari di tengah perut bayi dan luncurkan tangan ke arah pinggang. Pastikan tindakan anda tegas tapi penuh kelembutan.

6. Mulakan dengan ‘gerakan matahari’ iaitu tangan kiri berada di kedudukan jam 7. Kemudian ratakan telapak tangan dan gosok bulatan di sekitar perut berakhir pada jam 7.

7. Bergerak ke ‘gerakan bulan sabit’ dengan tangan kanan bermula pada jam 12 dan gerak di sekitar perut dan berakhir pada jam 6.

8. Langkah seterusnya, gabungkan kedua-dua gerakan bulan dan sabit bulan dengan tangan kiri melakukan gerakan matahari sementara tangan kanan lakukan bulan secara serentak.

Anak Kerap Sembelit, Tekan Lutut Ke Arah Perut. Buat Beberapa Kali, Memang Jadi!

9. Untuk legakan perut pada kes kolik, tahan pergelangan kaki bayi dan urut perlahan.

10. Seterusnya perlahan-lahan tekan lutut ke arah perut dan tahan kira-kira lima saat. Ulang beberapa kali.

11. Akhir sekali, letakkan kedua telapak tangan pada perut bayi selama beberapa saat. Selesai.

Walaupun sembelit pada bayi adalah perkara biasa, namun jangan pandang ringan terhadap masalah ini. Segera berjumpa dengan doktor untuk melakukan pemeriksaan lanjut dan dapatkan pandangan serta khidmat nasihat.

Ini bertujuan untuk mendapatkan penelitian awal tahap sembelit anak dan kaitan terhadap penyakit tertentu. Seterusnya, jika sembelit adalah biasa atau normal bagi bayi atau kanak-kanak, barulah boleh mencuba kaedah perubatan atau kaedah alternatif.

Kredit: Nor Athirah

 

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI