CUBA STOP BELIKAN ANAK SOSEJ, NUGGET, ROTI, BISKUT, KEK, COKLAT, GULA-GULA, JUNKFOOD, FASTFOOD, MINUMAN MANIS, BERPEWARNA TIRUAN SELAMA 3 BULAN.
Lihat keadaan kesihatan mereka nanti. Bukan seorang dua ibubapa yang telah lihat semua perubahan ini. Bukan seorang dua yang sudah nampak mengapa dulu anak kerap sakit.
Demam.
Selesema.
Batuk.
Semua orang akan sakit. Sakit adalah cara untuk badan bertindakbalas terhadap ancaman yang ada di sekelilingnya mahupun apa yang masuk ke badannya.
Demam, selesema, batuk itu bagus. TAPI tidak jika terlalu kerap. Tidak lagi normal jika dulu ok saja, tapi bila kerap ambil makanan terproses, kerap makan junkfood, fastfood, kerap sakit.
Itu petanda, diet harus diubah. Bukan petanda biasalah budak budak demam. Hingus itu bagus. Ia ada fungsi. Tapi jika berlebihan, ia tidak lagi normal.
Makanan tinggi MSG banyak terdapat dalam bahan asas masakan komersial seperti:
Kicap.
Kiub ayam.
Perencah makanan segera.
Perencah mee segera.
Serbuk perasa masakan.
Fastfood.
Junkfood.
Sosej.
Nugget.
Burger.
Banyak lagi.
Baca label makanan sebelum beli.
Makanan berasaskan gandum. Perlu elak dahulu kerana ia MUCUS FORMING FOOD. INFLAMMATORY FOOD
Roti.
Kek.
Biskut.
Kuih muih berasaskan gandum.
Pau.
Mee kuning.
Pizza.
Burger.
Bun.
Banyak junkfood dan fastfood berasaskan gandum. Jika ambil ketika tak sihat, keradangan makin berlaku, proses penyembuhan juga makin terganggu.
Ads
Ramai ibu bapa sekarang dah faham kaitan makanan dan kesihatan anak. Mereka berjaga jaga. Mereka usaha sedikit demi sedikit. Walau belum perfect. Tak apa. Yang penting kita usaha, kan?
APA ITU REAL FOOD?
Karbohidrat – daripada nasi, ubi, grains contohnya. Elakkan yang berasaskan tepung. Sesekali oklah. Pilih grains dalam bentuk asalnya, bukan yang diproses menjadi tepung.
Nasi, ubi keledek antara hidangan sesuai bagi anak. Anak bosan makan nasi dan lauk, sediakan bubur. Atau bebola nasi. Atau bakar ayam bersama keledek, perap dengan campuran bawang kisar, garam, sedikit lada hitam, sedikit madu. Sedap dah.
Protein – pilih diet berasaskan telur, ayam, ikan, daging, seafood. Bukan protein powder, anak tak perlukan tu. Mereka perlu makanan dalam bentuk asal. Anak perlu daging segar, BUKAN sosej daging komersial. Mereka perlu ayam segar, BUKAN nugget ayam komersial, serbuk ayam.
DAGING APA PERLU ELAK? DAGING BURGER, DAGING SOSEJ KOMERSIAL. INI YANG KENA ELAK.
DAGING FRESH TINGGI KHASIAT. Bagi anak at least 2 hidangan seminggu. Mereka perlu khasiat baik untuk membesar.
Fiber/serat – berikan sayur, buah. Bukan jus bergula, bukan jus yang dah tak ada seratnya. Sesekali jus oklah, tapi cara terbaik, makan buah sebiji, supaya seratnya semua anak makan. Pelbagaikan hidangan sayur. Carrot. Sayur hijau.
Ads
Bawang, halia, kunyit, semua MAKANAN ANTIBAKTERIA, ANTIRADANG, ANTIVIRAL. IMMUNE BOOSTER.
Nampak kan, pentingnya homemade food yang tak perlu pun ada serbuk perasa, kiub masakan komersial tinggi MSG. Masak dengan cara yang betul dapat bantu kita dapat rasa MSG SEMULAJADI dalam makanan.
Lemak – bagi lemak sihat dari olive oil, coconut oil, Pure Ghee/Minyak Sapi.
Lemak daripada cheese, sesekali boleh bukan setiap hari kerana ia tetap tinggi garam. Tetap processed food. ELAK TERUS SERBUK CHEESE. Ia bukan cheese sebenar. Baca label apa ada dalam tu.
Elakkan terus yang perlu dielakkan dan berperasa tiruan. Ia bukan saja chemical-based food tetapi juga banyak beri kesan terhadap immune system mereka.
Apa itu REAL FOOD?
Makanan yang TIADA ingredients. Tembikai contohnya, ia tak mengandungi 2,3 bahan untuk jadikannya tembikai. Ingredientnya hanyalah tembikai.
Ads
Ikan, telur, ayam, sayur, semua hanya ada 1 bahan, betul? Berbeza dengan roti. Apa ingredients roti? Gandum, gula, yis dan jika roti komersial, siap letak dough softener/bread improver yang banyak kesan sampingan. So, ia BUKAN REAL FOOD.
Saya bercerita begini bukan sebab dari awal saya berikan yang ok untuk anak.
I MADE LOTS OF MISTAKES BEFORE.
Sebab itu bila kami ubah dan lihat hasilnya bertahun tahun, saya kongsikan ilmunya.
Kita usaha sama sama, okay? Teruskan, jangan putus asa.
Jangkitan gastroenteritis Rotavirus adalah penyebab utama cirit-birit berlarutan untuk bayi dan kanak-kanak berumur 5 tahun ke bawah. Ia menyebabkan hampir kematian 215,000 kanak-kanak bawah 5 tahun setahun seluruh dunia dan 1 daripada 50 kanak-kanak yang dijangkit dimasukkan ke hospital untuk rawatan. Vaksin Rotavirus amat berkesan untuk mengurangkan sehingga 90% risiko jangkitan rotavirus yangs serius.
Jangkitan Rotavirus adalah jangkitan utama yang menyebabkan cirit-birit di kalangan kanak-kanak berumur 5 tahun ke bawah (risiko tertinggi di bawah 2 tahun).
1. Perlukah saya memberikan vaksin Rotavirus kepada anak saya? Apakah keberkesanannya?
Vaksin rotavirus yang digunakan sekarang sudah berada di pasaran sejak tahun 2006 lagi. Kajian mendapati kedua-dua vaksin dapat mengurangkan risiko masuk wad untuk jangkitan cirit-birit (sehingga 50 – 80%), kes jangkitan Rotavirus untuk semua tahap dalam 50 – 65% dan kes jangkitan Rotavirus yang serius sehingga 90%. Ini bermaksud kira-kira 9 daripada 10 kanak-kanak yang mendapat vaksin ini akan dilindungi daripada jangkitan Rotavirus yang teruk.
Vaksin ini turut disyorkan oleh World Health Organization (WHO) untuk dimasukkan dalam Program Imunisasi Kebangsaan untuk semua negara di seluruh dunia. Setakat ini, terdapat 98 buah negara yang telah dimasukkan untuk program imunisasi kebangsaan termasuklah negara Thailand (dalam proses kajian ) tetapi untuk Malaysia, walau bagaimanapun, hanya dibekalkan dalam sektor swasta sebagai vaksin pilihan.
2. Apakah jenis vaksin Rotavirus yang terdapat di pasaran?
Di Malaysia, terdapat dua jenis vaksin Rotavirus yang diluluskan dan hanya didapati di klinik mahupun hospital swasta.
a. Rotarix, RV1 (dari GlaxoSmithKline, Belgium)
Harga lebih mahal, tetapi hanya memerlukan 2 dos dengan jarak sekurang-kurangnya 4 minggu.
b. Rotateq, RV5 (dari Merck & Co. Inc., USA)
Harga lebih murah, tetapi memerlukan 3 dos dengan jarak sekurang-kurangnya 4 minggu antara dos.
Kedua-dua vaksin ini mempunyai kadar keberkesanan yang hampir sama dan hanya berbeza dari segi kos dan bilangan dos yang diperlukan. Selepas anak anda memulakan salah satu vaksin ini, adalah dinasihatkan untuk melengkapkannya sama ada 2 atau 3 dos mengikut jenis vaksin Rotavirus yang diberikan.
3. Bilakah umur yang sesuai untuk diberi vaksin Rotavirus?
Untuk kedua-dua vaksin adalah disyorkan untuk mendapatkannya seawal umur 6 minggu. Saya sentiasa menyarankan ibu bapa untuk membawa anaknya untuk ke klinik pada umur 6 minggu untuk vaksin Rotavirus, vaksin pneumococcal dan vaksin 6 serangkai (HepB, HiB, IPV, DTaP) sekali.
Untuk Rotarix (RV1), dos pertama hanya boleh diberikan sebelum 20 minggu (5 bulan) manakala Rotateq (RV5) pula dos pertama hanya boleh diberikan sebelum 15 minggu (3 bulan setengah) dan dos seterusnya perlu diberikan sebelum umur 24 minggu dan 32 minggu masing-masing.
Risiko untuk mendapat jangkitan Rotavirus akan mula bertambah bermula umur 12 minggu apabila antibodi daripada ibu semakin berkurangan. Jadi, adalah disarankan untuk mendapatkan vaksin Rotavirus seawal mungkin untuk mendapatkan perlindungan yang terbaik untuk anak.
4. Bagaimana vaksin ini diberikan?
Vaksin ini diberikan melalui mulut (secara oral) dan bukannya suntikan. Dos berbeza antara 2 vaksin tersebut antara 1.5ml hingga 2ml dan senang semakan oleh kebanyakan bayi tanpa masalah. Adalah digalakkan ubat diberikan ke dalam mulut, berdekatan dengan pipi bayi untuk mengelakkan bayi muntah dan batuk. Bayi tidak perlu puasa dan dapat menyusu susu ibu seperti biasa sebelum dan selepas vaksin diberikan.
5. Bolehkan vaksin ini diberikan dengan vaksin yang lain?
Vaksin suntikan yang lain pada umur vaksin rotavirus diberikan adalah selamat untuk diberikan bersama kecuali Oral polio vaksin yang tidak disarankan untuk diberikan Bersama tetapi ia tidak digunakan di Malaysia lagi.
6. Apakah kesan sampingan untuk vaksin Rotavirus?
Kesan sampingan jarang berlaku dan tidak serius. Kebiasaannya cirit-birit, sakit perut, dan muntah yang tidak serius dan demam jarang berlaku. Untuk vaksin Rotavirus sebelum ini sentiasa dikaitkan dengan peningkatan risiko usus tersumbat (intussusception) dan tidak berlaku lagi dengan vaksin rotavirus yang baru selepas tahun 2006.
7. Siapakah yang tidak digalakkan untuk mendapatkan vaksin Rotavirus?
a. Bayi dengan masalah kurang daya pertahanan seperti Severe Combined Immunodeficiency (SCID)
b. Bayi dengan masalah usus yang tidak dirawat dan cenderung untuk mendapat penyakit usus tersumbat seperti Merkel’s Diverticulum
c. Mempunyai sejarah usus tersumbat (Intussusception)
d. Mempunyai alahan serius dengan vaksin yang sama sebelum ini
e. Demam tinggi atau cirit-birit/ muntah (ditunda sehingga penyakit sembur)
8. Adakah anak saya tidak akan dijangkiti cirit-birit selepas diberikan vaksin ini?
Vaksin untuk Rotavirus tidak mencegah jangkitan ini 100% tetapi dapat mengurangkan sehingga 90% untuk kes jangkitan rotavirus yang serius. Selepas vaksinasi, kebanyakan jangkitan Rotavirus adalah kurang serius dan risiko untuk masuk wad dapat dikurangkan. Selain itu, selain Rotavirus terdapat juga kuman-kuman virus dan bakteria lain yang dapat menyebabkan cirit-birit.
Akan tetapi, jangkitan Rota Virus adalah yang paling serius untuk kanak-kanak di bawah umur 5 tahun dan risiko jangkitan dapat dikurangkan banyak dengan vaksin ini.
Ibu-bapa turut perlu menjaga kebersihan anak terutamanya semasa menukar lampin, sebelum dan selepas makan atau menyediakan makanan dan minuman.
Penyakit gastroenteritis Rotavirus membunuh kira-kira 215,000 kanak-kanak bawah usia lima tahun seluruh dunia setiap tahun. Vaksin untuk Rotavirus adalah satu-satunya cara yang terbukti untuk mencegah penyakit ini.
“With Passion, We Treat, We Guide and We Prevent”
Sumber:
DR LIM WEE YI
Pakar Kanak-kanak
SALAM Senawang Specialist Hospital, Seremban
Jom, join Gathering Ibu Hamil Menawan sekarang! Banyak aktiviti dan hadiah menarik menanti dan penampilan istimewa Pn. Nad Masrom. Klik DAFTAR segera!
Berkat doa orang ramai, anak pelawak terkenal, Shahrol Shiro, Ismail Rifqi yang berusia 10 bulan selamat menjalani pembedahan akibat masalah buah pinggang kronik di sebuah pusat perubatan swasta.
Berita itu dimaklumkan isterinya, Nor Farhanah Shamimi atau Anna menerusi hantaran terbarunya di instagram.
Menerusi perkongsian tersebut, Anna mengucapkan rasa syukur kerana pembedahan yang mengambil masa selama lima jam itu berjalan lancar dan tiada apa-apa komplikasi serta tak perlu berada di wad ICU.
Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Terima kasih Ya ALLAH kerana telah mendengar doa hamba-hamba mu. Alhamdulillah pembedahan Ismail berjalan dengan lancar dan Ismail akan terus ke ward.
Terima kasih pada semua yang telah mendoakan urusan Ismail. Terima kasih pada yang tidak henti-henti memberikan kata-kata semangat. Hanya ALLAH sahaja yang mampu membalas jasa kalian.
Di instastory yang dikongsikan juga, Anna memaklumkan Ismail dah mula memberi senyuman dan makan.
Terima kasih semua yang mendoakan kesihatan Ismail. Tengok tu dah boleh makan kemudian dah senyum,” tulisnya.
Sebelum ini, Anna pernah berkongsi yang Ismail dilahirkan dengan satu buah pinggang. Bagaimanapun buah pinggang kirinya itu mengalami masalah dan membengkak 80 peratus akibat saluran tersumbat.
Ismail perlu menjalani pembedahan secepat mungkin bagi mengelakkan keadaan menjadi lebih kritikal.
Shahrol dan Anna berkahwin pada 8 Mac 2016 dan dikurniakan dua anak lelaki. Selain Ismail, anak sulung mereka, Iskandar Rizqi kini berusia empat tahun.
Kredit: IG Anna Hanna
Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Bagaimana caranya untuk kita pastikan hanya yang terbaik untuk anak-anak? Ayuh, sempena Bulan Menabung Simpan SSPN (BMS 2021) sama-sama kita pelajari cara menjadi SUPERHERO anak dengan menyertai webinar Detik Indah Si Manja
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Semalam pelakon Shukri Yahaya dan isteri telah selamat menyambut kelahiran anak kedua mereka iaitu seorang bayi lelaki.
Berita gembira itu dikongsi oleh pelakon 7 Hari Mencintaimu di akaun Instagram miliknya. Menurut Shukri isterinya, Tya Adnan selamat bersalin bayi lelaki mereka pada jam 2.18 petang di sebuah pusat perubatan
Melalui perkongsian tersebut juga, Shukri Yahaya menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua yang mendoakan kesihatan bayi dan isteri tercinta.
“Alhamdulillah, hari ini, Isnin 20/7/20, jam 2.18 petang, lahirlah adik lelaki @aairaameena.
“Terima kasih pada uncles dan aunties yang dooakan untuk kesihatan, keselamatan mommy @tyaadnan dan baby yang baru lahir ni.
“Harap Allah akan balas beribu lagi kebaikan pada semua yang mendoakan, Amin,” tulisnya di Instagram.
Dalam posting tersebut, Shukri berkongsi sebuah video yang menunjukkan dirinya bersama bayi yang baru dilahirkan.
Sempat menjenguk ke Insta story, Shukri Yahaya turut berkongsi bagaimana cara dia membersihkan dan seterusnya menanam uri anak.
Dengan kelahiran tersebut juga, ramai rakan artis dan juga peminat mengucapkan tahniah buat Shukri Yahaya dan Tya Adnan dengan kelahiran bayi kedua mereka.
Shukri Yahaya dan Tya Adnan mendirikan rumah tangga pada tahun 2015. Pasangan ini dikurniakan seorang anak perempuan Aaira Ameena yang kini berusia empat tahun.
Anak bongsu menyusul pergi sebulan selepas isteri dan anak sulung terkorban kemalangan jalan raya. Seorang bapa sekali lagi diuji apabila anak bongsunya menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu, hanya sebulan selepas kehilangan isteri dan anak sulung dalam kemalangan.