Pernah tak kita terfikir kenapa anak kerap sakit? Kadang baru baik demam, batuk pula. Cuba ibu bapa tengok apa aktiviti yang selalu anak-anak lakukan. Mungkin anak yang dihantar ke taska atau pengasuh kerap demam, selesema atau batuk tu kerana berjangkit. Cuma bagi anak yang duduk di rumah jika sakit pasti ada yang tak kena.
Seperti perkongsian Arman Shah, kes anak kerap pegang telefon mungkin menjadi antara salah satu punca anak senang jatuh sakit.
Awal pagi ini, ada seorang sahabat saya call untuk bertanyakan tentang masalah kesihatan anak dia yang kerap jatuh sakit. Anak dia lelaki berusia 3 tahun.
Dia beritahu saya anak dia kerap demam, batuk dan kerap cirit birit seperti keracunan makanan sehingga pernah di masukkan ke wad berhari-hari.
Doktor dah buat ujian darah dan anak dia tiada masalah kesihatan. Jadi dia buntu dan minta pandangan saya.
Setelah bertanyakan dia beberapa soalan yang menjadi kemungkinan penyebab anak dia sakit, saya bertanya dia satu soalan yang saya SAHkan itu adalah punca kenapa anak dia sering sakit..!!
“Kerap bagi anak hang main telephone”?
Dia kata anak dia memang suka dengan Hpone dia. Sebab tengok kartun dalam phone dia. Dia balik kerja je anak dia akan berlari dekat dia minta Hpone dia. FYI sahabat saya ni berkerja sebagai Juru Selenggara.
Ads
Bila saya kata itulah punca anak dia kerap sakit, dia merasa pelik hubung kait antara anak dia kerap tengok kartun dekat Hpone dia dengan anak dia kerap sakit..??
Pada dia bagus sebab merangsang minda anak dia untuk menjadi lebih kreatif. Dia juga kata ada doktor kanak-kanak dia jumpa dulu bagi TIPS untuk rangsang anak dia cepat dan petah bercakap salah satunya dengan beri dia tgk kartun.
Saya cakap BETUL bab tu. Yang salahnya Hpone tu kotor. Lebih kotor dari mangkuk tandas!
Bila saya cakap macam tu dia terkejut. Saya pun explainlah dengan lebih details kepada dia. Dia kata dia tak pernah tahu pasal tu. Kemudian dia cakap ada betul apa yang saya beritahu dia sebab bila anak dia balik kampung tinggal dengan org tua dia, anak dia sihat walafiat! Sebab orang tua dia tak bagi anak dia guna Hpone. Tengok kartun dekat TV sahaja.
Ads
Saya yakin bukan sahabat saya sahaja yang tidak tahu akan fakta “TELEFON BIMBIT ADALAH LEBIH KOTOR DARI MANGKUK TANDAS” malah ramai lagi yang kurang cakna akan fakta ini. Yang tahu pun ambil lewa.
Hati-hati ye tuan-tuan puan-puan. Jangan ambil lewa. Banyak kes kanak-kanak kena jangkitan pada selaput otak yang di panggil Meningitis dan Encephalitis yang berpunca jangkitan bakteria dari telefon bimbit ibu bapa mereka tetapi ramai yang tak ambil peduli..!!
Jika anak anda kena jangkitan pada selaput otak seperti Encephalitis, memang kasihan. Anak anda akan kerap sawan dan akan merosakkan bahagian otak dia yang akan menyebabkan anak anda cacat seumur hidup dia..!
Sebab tu jugaklah ZAMAN SEKARANG ini ramai yang ada masalah kulit. Ramai yang tak tahu puncanya dari telefon bimbit dia sendiri. Dah dekat telefon tu segala virus, parasit, bakteria dan fungal bersarang! Pegang telefon berjam-jam lepas tu pegang muka, pegang satu badan, tu yang naik segala jeragat, jerawat, panau, kurap dekat muka dan badan!!
Ads
Pegang telefon berjam-jam lepas tu pegang macm-macam jenis makanan suap dalam mulut. Makan tak cuci tangan! Tu punca badan asyik jadi sarang penyakit..! Segala jenis penyakit ada dalam badan!
Jadi kerap-keraplah sanitasikan telefon bimbit anda. Paling tidak sehari sekali pun jadilah dari tak pernah sanitize langsung sejak pakai telefon tu bertahun-tahun.
Sekian perkongsian kesihatan dari saya. Semoga dapat memberi manfaat kepada anda semua dan saya izikan anda share.
Kredit : Arman Shah
Ada gambar anak minum susu yang cute-cute? Jom share dengan Pa&Ma dan anda mungkin berpeluang memenangi hamper barangan bernilai RM100. Muat naik gambar anak anda di SINI
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Buah naga mempunyai manfaat yang baik bagi mama yang ingin memiliki berat badan yang ideal. Untuk mendapatkan hasil yang cepat, amalkan buah naga sebelum makan. Buah naga merupakan antara buah-buahan dengan kandungan kalori yang sangat sedikit. Oleh itu ia sangat selamat bagi anda yang menjalani program diet.
Buah naga mengandungi nutrien, antioksidan, kalsium, magnesium, fosfor, Vitamin A, B, C dan E, dan beta karoten. Jumlah kandungan nutrisi yang terkandung dalam buah naga membuktikan bahawa buah ini juga mempunyai banyak manfaat seperti baik untuk pencernaan, menjaga kesihatan mata, mengatasi diabetes, mencegah dan mengatasi penyakit jantung.
Mama Yang Nak Diet Boleh Amal Makan Buah Naga
Ya! Buah naga memang sangat membantu mereka yang dalam proses menurunkan berat badan. Melalui perkongsian Norafiza Mahmud dilaman Facebooknya, wanita ini berkongsi tentang kudapan yang diamalkannya bersama seorang rakan semasa tempoh diet.
Hanya dalam tempoh 29 hari, sebanyak 11.5 kg berjaya diturunkan. Walau bagaimanapun ujar wanita ini lagi, ia tentunya memerlukan disiplin dan kesedaran yang tinggi. Ujar wanita ini lagi, sebelum ini rakannya itu selalu mengalami sakit-sakit lutut dan kaki. Badan yang makin bertambah lemak dengan faktor usia yang makin bertambah menjadi pendorong untuk diri dia nekad untuk menurunkan berat badan.
Tak Sampai Sebulan ‘Inci’ Berkurang
Kredit foto: Freepik
Dikongsikan khasiat buah naga untuk menurunkan berat badan:
Melancarkan metabolisme
Sekiranya anda dalam proses diet, anda perlu menjaga sistem metabolisme dalam tubuh agar sesuai dengan program diet yang anda jalani. Agar program diet anda berkesan, sistem metabolisme anda juga mesti lebih cepat dan lebih baik. Pengambilan buah naga dapat membantu melancarkan metabolisme tubuh anda.
Meningkatkan sistem ketahanan badan
Kandungan vitamin C dalam buah naga dapat meningkatkan sistem kekebalan tubuh ketika menjalani program diet. Penting untuk anda memastikan sistem imun anda berada dalam keadaan baik ketika menjalani program diet agar matlamat untuk menurunkan berat badan berjaya mencapai sasaran.
Membakar lemak
Kandungan khasiat buah naga bukan sahaja baik untuk menambahkan nutrien ke dalam tubuh anda tetapi juga dapat membakar lemak dengan lebih berkesan.
Sebagai tambahan pemakanan
Semasa menjalani program diet, anda juga perlu mengambil nutrien tambahan untuk menyokong kejayaan diet anda. Buah naga amat sesuai dijadikan sebagai tambahan pemakanan dalam proses diet anda.
Penghadaman yang lancar
Bagi sebilangan mereka yang sedang menjalani diet, ada yang akan mengalami gangguan pencernaan seperti kesukaran membuang air besar atau cirit-birit. Oleh itu bagi mencegah dan mengatasi masalah ini agar sistem pencernaan anda sentiasa lancar, anda boleh memakan buah naga secara berkala.
Buah naga mempunyai kandungan nutrisi yang sangat baik sebagai menu diet anda. Anda boleh berkarya dengan menu berasaskan buah naga seperti salad atau jus.
Penyanyi kesayangan ramai rakyat Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza berkongsi menu pantangnya yang nampak sedap dan tentunya berkhasiat.
Sama seperti ibu-ibu lain yang melahirkan anak, Siti turut mengamalkan tempoh berpantang dan menjaga pemakanannya.
Tempoh berpantang sangat penting untuk ibu lepas bersalin kerana ia bermaksud tempoh masa untuk ibu kembali cergas dan pulih selepas bersalin.
Lepas bersalin, ibu memang kena jaga makan. Selepas bertarung nyawa melahirkan bayi, ibu perlu melalui fasa pemulihan untuk mengembalikan semula tenaga yang hilang.
Selain banyak berehat, merawat diri secara tradisional atau moden, ibu lepas bersalin kena jaga pengambilan makanan sepanjang berpantang.
Perlu diingatkan yang amalan pemakanan yang mengutamakan pengambilan makanan berkhasiat penting untuk mengembalikan semula badan sihat dan bertenaga.
Siti berkongsi dalam instagram peribadinya menu pantang selepas dua hari melahirkan puteri sulungnya.
Ikan salmon bakar yang ditabur bawang putih bersama bubur nasi dicampur lobak merah memang sesuai untuk ibu yang baru melahirkan secara caesarean.
Kebaikan Ikan Salmon Kepada Ibu Berpantang
Ikan salmon bagus kerana mempunyai kebaikan mengurangkan risiko kemurungan selepas bersalin, memperbaiki fungsi otak dan membantu membina sistem saraf bayi.
Salmon kaya dengan DHA iaitu nutrien yang amat diperlukan bayi untuk perkembangan otak dan saraf. DHA disalurkan kepada bayi melalui susu ibu.
Salmon juga membantu mengelakkan postpartum depression atau kemurungan selepas bersalin.
Asid lemak dan omega-3 asid lemak juga dikatakan untuk meningkatkan penghasilan susu ibu. Lemak yang sihat adalah satu komponen utama susu ibu dan adalah penting untuk pengeluaran hormon, yang membantu dalam mengawal pengeluaran susu.
Sementara bawang putih memang makanan yang mempunyai banyak khasiat antaranya bagus untuk menurukan kadar kolesterol badan dan membuang angin dalam badan yang sesuai diamalkan sebagai menu makanan ibu berpantang.
Goreng sahaja garing-garing dan taburkan atas ikan yang digril. Cukup menyelerakan dimakan dengan bubur nasi campur sayur-sayuran seperti menu berpantang Datuk Siti itu.
Mungkin ibu-ibu yang sedang menjalani tempoh berpantang macam Siti pun boleh cuba sediakan menu yang sama.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Apabila bayi kita disahkan underweight atau berat badan di bawah paras yang normal pada carta pertumbuhan, kita tentu akan berusaha menaikkan berat badannya. Ikuti 7 tip daripada pegawai dietetik ini.
“Amar berumur 12 bulan tetapi berat badannya hanya 7.3kg. Dia lahir pramatang pada usia 35 minggu dan kini beratnya dikategorikanunderweight.Ibunya Julie gusar dan tertanya-tanya bagaimana boleh naikkan berat Amar tetapi masih meneruskan dengan susu ibu dan memberi makanan pelengkap.Adakah nasi yang dimasak dengan mentega adalah cara sihat untuk menaikkan berat badan Amar? “
BERAT IDEAL BAYI PRAMATANG
Menurut pegawai dietetik, Puan Nurbaidurah Badzis, berat badan ideal untuk si kecil yang berumur 12 bulan dan lahir pra-matang (pada 35 minggu kandungan), bagi bayi lelaki berat badan normal adalah 7.6 kg hingga 9.4 kg, bagi bayi perempuan pula, berat badan normal adalah 7.4 kg hingga 8.8 kg.
7 TIP NAIKKAN BERAT ANAK UNDERWEIGHT
Mengikut kepada carta pertumbuhan Amar dikategorikan sebagai tidak cukup berat badan. Terdapat beberapa cara yang boleh digunakan;
#1 TERUSKAN PENYUSUAN SUSU IBU
Teruskan penyusuan susu ibu, kerana susu ibu adalah yang terbaik untuk bayi dan susukan mengikut kehendak si kecil iaitubreastfeeding on demand. Penyusuan susu ibu digalakkan sehingga bayi menjangkau usia dua tahun dan disertakan dengan makanan pejal apabila bayi berusia enam bulan.
#2 KALORI & KHASIAT MENCUKUPI
Pastikan si kecil mendapat khasiat yang mencukupi. Pada usia setahun, si kecil memerlukan 1360 kcal sehari dan 23gram protein. Bermula usia enam bulan sehingga usia setahun lebih adalah tempoh penyesuaian makanan buat si kecil terhadap makanan pejal.
Piramid di bawah menunjukkan saranan pengambilan pemakanan buat si kecil bermula usia dua tahun, namun boleh dijadikan panduan.
SARAPAN
MAKAN TENGAHARI
MINUM PETANG
MAKAN MALAM
· 1/2 keping roti
· 1/2 sudu teh marjerin lembut
· 1 senduk nasi lembut
· 30g isi ayam/ isi ikan (setengah saiz biasa)
· 1 senduk sayur, di rebus dan dipotong halus mengikut kesesuaian si kecil.
· 1 hidangan buah-buahan
· 1/2 keping roti
· 1/2 sudu teh marjerin lembut
· 1 senduk nasi lembut
· 30g isi ayam/ isi ikan (setengah saiz biasa)
· 1 senduk sayur, di rebus dan dipotong halus mengikut kesesuaian si kecil.
· 1 hidangan buah-buahan
#3 PROTEIN PENTING UNTUK PEMBINAAN BADAN
Pastikan kuantiti protein mencukupi namun jangan diberikan berlebihan. Ini kerana diet tinggi protein boleh memudaratkan si kecil dan merosakkan beberapa organ penting seperti buah pinggang. 30-60gram isi ayam atau ikan memadai.
#4 GIVE MORE FAT? NO!
Tentang bolehkah dicampur butter di dalam nasi? Baidurah memberikan pendapat ia dibolehkan namun perlu dihadkan kuantitinya. “Saranan saya, 1/3 sudu kecil untuk makan tengahari dan makan malam adalah memadai. Lebihan lemak tidak membantu kenaikan berat badan yang sihat. Yang penting untuk dititikberatkan ialah keseimbangan nutrisi khususnya protein,” kata Baidurah.
#5 CUBA TEKNIK DOUBLE-FRYING
Antara tips lain adalah double-frying, contohnya menggoreng isi ayam, kemudian dicampur dengan nasi goreng; atau roti telur yang digoreng disapu dengan mentega dan lain-lain. Ini boleh diberikan sebagai cara untuk meningkatkan pengambilan tenaga si kecil namun cara ini sesuai jika si kecil memang tidak kerap makan atau makan sangat sedikit. Jika jadual menu di atas boleh diikuti, tips double-frying ini tidak digalakkan.
#6 MAKANAN YANG MENINGKATKAN SELERA MAKAN
Makanan yang kaya dengan Vitamin B12 boleh meningkatkan selera si kecil. Antaranya adalah daging merah, ayam, ikan dan makanan laut. Namun, pada usia setahun ini makanan laut tidak digalakkan. Ini kerana sifat hiperallergenik yang boleh mengakibatkan alahan kepada si kecil.
#7 TERUSKAN USAHA
Galakan terhadap makanan perlu diteruskan. Don’t stop or give up. Bagi sesetengah kanak-kanak yang picky-eater (susah nak makan, makan sedikit, memilih makan), masa amat diperlukan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kenapa Bayi Saya Berpeluh Banyak Semasa Tidur?
Setiap ibu bapa pasti bimbang apabila mendapati bayi mereka berpeluh banyak ketika tidur. Adakah ini sesuatu yang normal,...