Sama macam kita yang kepenatan di rumah, anak pun ada waktunya dia penat dan buntu. Walau dari luar kita nampak anak bertenaga dan aktif namun dia juga sama seperti kita, mindanya tetap kepenatan.
Menurut perkongsian En Mohd Fhais Salim, sesekali berilah anak ruang untuk dirinya sendiri dan inilah sebaiknya yang harus dilakukan pada anak kita.
Anak kita pun tahu penat. Ini hakikat, walau dari luaran anak kita ni nampak macam bertenaga unlimited, tapi hakikatnya ia sangat-sangat limited di dalamannya.
– Sekali sekala anak kita perlu di biarkan buat apa yang mereka suka. Itu la yang akan buat jiwanya rasa hidup.
– Sekali sekala anak kita perlu di beri pilihan untuk memilih. Baik dari segi makanan ataupun pakaian. Itu la yang akan buat anak kita rasa tidak terkongkong hidupnya.
– Sekali sekala bila nampak anak kita buat kesalahan, kita sabar dan terus peluk dia. Itu la yang akan buat anak faham bahawa kita sayang dia tanpa bersyarat.
– Sekali sekala kita kena biarkan anak kita jadi budak-budak. Hidup tanpa stress, aturan dan kekangan yang melampau. Itu yang akan buat dia lebih bahagia pada kehidupannya.
– Sekali sekala kita kena letak jauh jauh High Expectation pada anak kerana itu la punca kita cepat penat dengan anak, dan anak cepat penat dengan kita.
– Sekali sekala kena empati pada ketidaksempurnaan anak kita. Itu la bukti besar yang kita memahami anak kita sendiri.
– Sekali sekala kita kena percaya pada kemampuan anak kita lebih dari kita percaya pada kelemahannya. Itu la yang akan beri kita dorongan ( drive ) untuk lebih membantu anak jadi berjaya.
Bila anak rasa penat, kita la tempat dia berehat dan bersandar refresh tenaganya. Tanpa kita, longlai la mereka kelak.
Wallahu A’lam,
~ Mohd Fhais Salim ~
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Shuib Suami Yang Diuji. Kita Yang Ada Pasangan Hargailah Sebab Tak Tahu Siapa Pergi Dulu!
Satu Malaysia sentiasa menantikan kisah Shuib dan arwah isterinya. Apa kebaikan yang dilakukan selama ini dapat dilihat selepas pemergian arwah Siti Sarah. Seolah-olah ia sangat terkesan dan dekat di hati rakyat.
Seperti perkongsian saudara Redzuan Abd Manaf ini, dia sungguh kagum dengan semangat Shuib sebagai seorang suami dan bapa kepada empat anak yang nampak tenang walaupun dalam hatinya kita tak tahu kesedihannya.
Shuib……suami yang sedang diuji. Ujian yang sungguh berat untuk dia harungi. Hilang isteri yang dia cintai. Hilang teman akrab yang setia berkongsi keluh kesah dan susah senang selama 11 tahun ni. Tinggalkan anak-anak yang masih kecil lagi. Yang paling kecil baru berusia 4 hari. Allahurabbi. Moga terus kuat Ib, (hang lelaki hebat sebab tu Allah uji).
Shuib contoh suami dambaan isteri.
Masa hidupnya saling melengkapi. Si isteri hormat dan taat pada suami. Sang suami pula sayang dan manjakan isteri dengan semua rezeki yang dia miliki. Tak lokek keluarkan duit untuk wanita yang dia sayangi. Anak-anak gembira dengan ibu ayah di sisi. Segala memori diabadikan di dalam media sosial ni. Gelak tawa, gaduh manja serta telatah yang mencuit hati pasti menjadi kenangan untuk mereka ingati. Kita pun turut rasa sekali.
Semasa isteri sakit dan bertarung nyawa untuk lahirkan bayi lelaki, dia tidak putus-putus memohon doa semua rakyat Malaysia untuk isteri yang dia kasihi. Bila keadaan isteri semakin tenat dia menangis mohon Allah selamatkan isteri dan sembuh kembali.
Tapi Allah lebih menyayangi.
Isteri yang bertarung nyawa beberapa hari akhirnya pergi menghadap Ilahi. Shuib izinkan “bidadari syurga” nya pergi dengan seikhlas hati. Maafkan segala salah silap selama harini. Dan perginya isteri yang sangat dicemburui. Segala kebaikannya dijaja sehingga saat ini. Media sosial penuh dengan ucapan takziah dan alfatihah buat arwah dan keluarga yang meratapi.
Secara peribadi, Shuib dah berjaya jalankan amanah dia sebagai sorang ketua keluarga / suami. Dan paksu yakin Shuib mampu menggalas tugas manjadi ayah dan ibu untuk anak-anak mereka nanti.
Pada yang masih punya isteri hargailah selagi mereka masih di sisi. Jangan pernah sakitkan hati mereka walau apa alasan pun sekali. Isteri ni cerminan suami. Baik suami maka baiklah isteri. Dan Shuib contoh lelaki yang patut kita contohi. Salam takziah dan Al fatihah buat seluruh keluarga dan moga syurga untuk arwah di dunia abadi. Aamiin.
Kredit: Redzuan Abd Manaf
Mama jom rileks jap, klik link ni!
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza.
Selain mendapat ilmu penyusuan, peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah. Daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-tak-penat-susukan-anak/ atau terus scan QR Code pada poster.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Saya Dapat Rasakan Anak Menahan Kesakitan, Bibirnya Biru” Kanak-Kanak Meninggal Dunia Ditinggalkan Dalam Kereta
Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun 11 bulan ditemui tidak sedarkan diri selepas empat jam ditinggalkan dalam kereta di sebuah tadika kira-kira jam 12.15 tengah hari pada Selasa.
Ibu mangsa, Nor Azira Abd Halim, 36, berkata, dia terkejut apabila dimaklumkan kejadian yang menimpa anak bongsu dua beradik itu ketika sedang bekerja.
Menurutnya, mangsa, Muhammad Harraz Aryan Mohd Hafizi telah mengikuti pembelajaran di tadika terbabit sejak tahun lalu dan dijemput kakitangan tadika di rumah yang terletak berdekatan pada jam 7.45 pagi hari kejadian.
Katanya, setiap hari, dia menghantar anaknya ke tadika namun disebabkan dia bekerja di Pulau Pinang pada Selasa dan Rabu, dia meminta guru terbabit mengambil anaknya di rumah di Taman Ria.
Pada hari lain pula dia bekerja dari rumah ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) termasuk menguruskan anak sulungnya, Nurhana Sakinah Mohd Hafizi, 7, yang belajar di Sekolah Kebangsaan Taman Ria di Sungai Petani.
“Sebelum keluar bekerja lepas Subuh semalam, saya tengok Muhammad Harraz Aryan masih tidur dan kebiasaannya disiapkan nenek untuk ke tadika.
“Sebelum ini, petugas tadika menjemput anak setiap pagi tetapi selepas Perintah Kawalan Pergerakan, hanya Selasa dan Rabu sahaja, selebihnya saya hantar kerana bekerja pada hari tertentu sahaja,”jelasnya.
Harraz seorang yang ceria di rumah namun agak pendiam apabila berada di sekolah. Mungkin kerana takutkan guru.
Menurutnya, mangsa diletakkan di tempat duduk penumpang belakang manakala seorang kanak-kanak lima tahun berada di tempat duduk penumpang hadapan.
“Mangsa ketika itu dalam keadaan sihat dan duduk di tempat duduk belakang bahagian kiri. Apabila sampai di tadika, seorang petugas lain telah mengambil kanak-kanak lima tahun bagi memulakan sesi pembelajaran.
“Pengetua terus parkir kereta di tepi luar tadika dan mematikan enjin kereta,”katanya.
Mangsa berada dalam kereta dengan keadaan pintu dan cermin tertutup serta tiada ruang pengudaraan antara jam 8 hingga 12.15 tengah hari. Ketika pengetua mahu hantar semula mangsa ke rumah, dapati mangsa tiada dalam kelas dan guru kelas memberitahu kepada pengetua yang mangsa tidak hadir ke sekolah. Pengetua terus menuju ke arah kereta miliknya yang diletakkan di tepi jalan berhampiran dengan tadika dan dapati mangsa dalam keadaan terbaring tidak sedarkan diri. Mangsa dibawa ke hospital dengan ambulan dan hasil pemeriksaan doktor mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia semasa sampai di hospital dan tiada kesan kecederaan luaran.
“Naluri saya sebagai ibu dapat rasakan anak saya, Muhammad Harraz Aryan Mohd Hafizi menahan sakit sebelum dia menghembuskan nafasnya kerana saya nampak bibirnya gelap. Namun, saya reda dengan pemergiannya kerana Allah hanya pinjamkan arwah untuk kami buat seketika,”
“Ketika kejadian, saya sedang bertugas di bangunan Komtar di Pulau Pinang dan bergegas pulang sebaik menerima panggilan pada jam 12.25 tengah hari. Mulanya saya ingat anak saya kemalangan sebab tadika itu terletak berhampiran jalan tapi guru yang menghubungi saya menangis dan memberitahu anak saya tak sedarkan diri.”
Nor Azira berkata, dia bergegas pulang ke Sungai Petani namun tidak tahu apa yang berlaku kepada anaknya. Katanya, dia sempat menghubungi suami, Mohd Hafizi Husin, 36, yang bertugas sebagai anggota tentera di kem Sungai Petani dengan harapan suaminya akan cepat sampai untuk melihat keadaan arwah.
“Sepanjang perjalanan pulang, saya tak henti berdoa supaya anak selamat dan mungkin hanya mengalami kecederaan. Namun, suami menghubungi saya dan meminta saya terus ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di Sungai Petani untuk melihat keadaan anak kami,” katanya.
“Cuma saya tak tau anak saya meninggal waktu bila sebab dia berada dalam kereta itu sejak 8 pagi sebelum disedari jam 12.15 tengah hari. Tak nampak langsung perubahan pada arwah dan merengek tu biasalah,” katanya.
“Saya menyerahkan sepenuhnya kepada polis untuk tindakan lanjut mengikut prosedur sekiranya berlaku kecuaian atau unsur jenayah, semuanya bergantung kepada hasil bedah siasat yang dijalankan”
Proses bedah siasat dijalankan di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar pada Rabu. Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Solihin Sungai Petani selepas selesai bedah siasat.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, hasil maklumat awal, mangsa dan seorang kanak-kanak lain telah diambil oleh pengetua tadika pada jam 7.45 pagi. Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001.
Kredit: Sinar Harian, Hmetro
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Berbuka Puasa, Solat Berjemaah Bersama. Inilah Yang Kami Harap Dan Nantikan: Nurul Izzah
Tiada yang terindah buat sebuah keluarga melainkan dapat berkumpul beramai-ramai, makan bersama dan berkongsi cerita. Inilah yang sedang dilalui oleh keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim setelah beliau dibebaskan 16 Mei lalu.
Dapat berkumpul bersama, berbuka puasa dan solat tarawih dengan ahli keluarga adalah pengalaman berharga buat Datuk Seri Anwar untuk Ramadan kali ini.
Menerusi entri di Instagram Nurul Izzah, dia ada berkongsikan mengenai kegembiraan mereka sekeluarga dapat berbuka puasa bersama papanya pada hari pertama Ramadan. Walaupun secara sederhana dah cukup untuk mereka sekeluarga berasa bahagia.
“Inilah nikmat sebenar untuk kami sekeluarga. Akhirnya Allah makbulkan jua selepas penantian dan kesabaran kami sejak bertahun lamanya.
Dapat Manja Dengan Papatuk
Bagi cucu pertama Datuk Seri Anwar, dapat bermanja dengan papatuk adalah penantian yang ditunggu selama ini selain dapat melepas kerinduan.
Hanya melalui gambar yang dimuat naik, ramai netizen yang bersyukur melihat kegembiraan keluarga ini dan mendoakan yang terbaik.
Semoga kebahagiaan berkekalan hingga ke jannah buat keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anwaristas reunion! #girlpower #habislapapa #missinghana
A post shared by Nuhanwar (@nuhanwar) on
Sementara itu, di Instagram Nuha Anwar pula, dengan kapsyen ‘Anwaristas reunion! #girlpower #habislapapa #missinghana’ benar-benar menunjukkan anak-anak perempuan Datuk Seri Anwar begitu rapat dengan papanya.
Third wheeler. Don’t care. #middlechildsyndrome #loveyoutoopapa
A post shared by Nuhanwar (@nuhanwar) on
Mereka dianggap kekuatan buat papanya dan papa juga adalah hero dalam keluarga mereka.
Sumber: ig Nurul Izzah & Nuha Anwar
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI