Untitled design (18)

Tak salah pun anak tangan kiri! Jadi mengapa ada sesetengah ibu bapa yang memaksa dan memberikan arahan untuk menukar tangan dari kiri ke tangan kanan setiap kali anak mahu pegang sesuatu? Kanan atau kiri tak pernah jadi persoalan pun.

Menurut Terapis Cara Kerja, Pn Mahfuzah Zainol, sekitar umur anak 2 hingga tahun, ibu bapa sudah boleh mengesan samada anak menggunakan tangan kanan atau kiri. Namun jika pada usia 5 hingga 6 tahun anak masih keliru, ujian yang dikongsikan beliau ini patut mak ayah cuba di rumah.


Sempena Hari Tangan Kiri Sedunia pada 13 Ogos setiap tahun, adalah sikit nak share berkenaan hand dominance. Sebenarnya saya pun adalah seorang lefthander. Anak nombor 2 saya juga sama.

Anak Kita Tangan Kiri Ke Kanan? 6 Ujian Ringkas Kenal Pasti Hand Dominance Anak!

Ini antaran ujian ringkas yang ibu ayah atau cikgu boleh test kepada anak-anak. Hand dominance akan develop sekitar umur 2-3 tahun dan matured apabila dah masuk 5-6 tahun.

Kalau 5-6 tahun masih belum develop hand dominance, boleh jalankan ujian ini. Kadang-kadang kita tak perasan kecenderungan tangan mereka.

1. Bean bag.
Cuba bagi bean bag di hadapan anak anda dan lihat tangan mana yang akan diguna untuk mengambil dan membaling bean bag.

2. Bola.
Guna bola kecil seperti bola tenis untuk membaling. Perhatikan tangan mana yang dia guna untuk membaling.

3. Makanan kegemaran.

Letakkan makanan kegemaran (yang kering) anak anda di tengah-tengah meja. Biar mereka ambil. Perhatikan tangan mana yang mereka guna dahulu untuk ambil.

4. Vertical writing.

Ads

Guna whiteboard marker untuk menulis nombor 8 melintang (Lazy di dinding (whiteboard sticker).

Buat nombor 8 dengan cepat. Dan berulang-ulang pergerakan nombor 8 tersebut.

5. Menaip atau ‘touch screen’

Boleh guna alat berteknologi tinggi seperti komputer atau tablet untuk mengesan tangan mana yang anak anda selalu guna.

6. Handwriting

Letak pensel di tengah meja. Lihat tangan mana yang digunakan untuk mengambil pensel

Ads

Anak Kita Tangan Kiri Ke Kanan? 6 Ujian Ringkas Kenal Pasti Hand Dominance Anak!

Pastikan tiada verbal prompts atau arahan untuk ubah tangan. Kita nak lihat secara spontan ‘hand dominance’ tersebut. Kesemua 6 ujian di atas harus dilakukan dalam situasi santai dan tidak formal. Kita hendak mengesan kecenderungan tangan.

Letak objek-objek di hadapan untuk diambil sendiri oleh anak. Bukan bagi dan letak terus di tangan mereka. Ibu bapa boleh perhatikan tangan mana yang mereka guna untuk ambil objek tersebut.

Selain ‘hand dominance’, boleh juga gunakan teknik dan permainan yang sesuai untuk ‘foot dominance’ juga. Boleh guna bola. Secara spontan kaki mana akan menyambut dan menendang bole tersebut?

Eye dominance juga boleh dikenal pasti juga. Caranya, lihat satu objek melalui satu lubang kecil. Mata mana kita akan guna?

Atau cuba kenyitkan mata. Mata mana yang terbuka semasa mengenyit mata? Maka mata itulah kekuatan dan kecenderungan kita. Hehe.

Ads

Ear dominance pulak boleh dikesan dengan mendengar benda berbunyi di dinding. Telinga mana yang kita akan guna untuk tekup di dinding?

Selamat mencari kecenderungan! Hehe.

Happy lefthanders day to all lefties all around the world. Semoga di dunia kita lefty, tapi menerima amalan baik di akhirat dengan tangan kanan.

Selamat Hari Tangan Kiri Sedunia, 13 Ogos 2020. Nanti saya nak cerita pasal ambidexterity – kebolehan menggunakan kedua-dua belah tangan dengan baik. Special mereka ini.

EPISOD 2 PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANNINA AKAN MENEMUI ANDA RABU INI!

Ibu dan bapa harus menyokong minat anak-anak. Kerana dari minat itu, ianya akan menyokong tumbesaran anak serta menggalakkan dan mendidik anak-anak membuat perkara yang mereka suka.

Episod kali ini akan membincangkan tentang hobi dan minat anak-anak. Saksikan episod kedua dengan topik Hobi Anak Alaf Baru di Journey Bersama Jovianina pada 2 September Ogos 2020, jam 9 malam.

Anak Kita Tangan Kiri Ke Kanan? 6 Ujian Ringkas Kenal Pasti Hand Dominance Anak!

#PaMaJourneyBersamaJovianNina
#AstroRIA
#MajalahPAMA

Nak macam-macam info? Join channel Telegram Pa&Ma D Parents https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI