
Pada mulanya anak-anak ni buat perangai, kuat ngamuk dan jadi agresif kerana dia ada masalah untuk mengawal diri.
❌ Jangan abaikan dia
❌ Jangan buruk sangka
❌ Jangan benci dia
❌ Jangan peduli apa orang kata
Paling PENTING jangan berhenti sayang dia! Kerana sekiranya kita buat begini pada anak. Yang mulanya adalah “masalah” mengawal diri lama-lama akan menjadi masalah hati yang lebih serius bila anak mula rasa..
❌ Dia tak di sayangi
❌ Dia tak di peduli
❌ Dia tak penting
❌ Dia keseorangan
❌ Dia di benci orang
Buruk natijahnya bila anak itu memilih untuk menjadi jahat & mula nampak keburukan dalam setiap perkara. Parah! Orang lain tak faham anak kita biarkan.
Orang lain tak tahan anak kita biarkan.
Orang lain tak selesa anak kita biarkan. Diorang tu orang luar. Ibu & ayah wajib wajib wajib kena faham, kena tahan & kena sabar dengan anak sendiri.
Sebab ibu ayah bukan orang luar, ibu ayah orang terpenting di dalam hati setiap anak-anak.
Wallahu a’lam..
Kredit: Mohd Fhais Salim
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Isteri Paling Suka Bila Suami Hargai Masakannya. Walaupun Simple Tengok Suami Makan Pun Puas Hati

Suami yang memahami seorang isteri akan faham setiap masalah, keperluan dan apa patut dilakukan. Bukan bermakna anda ketua keluarga, semua tugas dan tanggungjawab menguruskan rumah tangga diserahkan bulat-bulat pada isteri.
Begitu juga dalam bab masakan. Isteri yang bekerja mereka mungkin terkejar-kejar untuk balik masak semata-mata nak pastikan ahli keluarga kenyang. Tapi ada waktunya dek kerana kesesakan jalan raya, anak yang meragam niat itu tak dapat dilaksanakan dengan baik.
Perkongsian dari Firdaus Shakirin mengenai suami harus menghargai masakan isteri boleh memberi manfaat kepada suami yang lain walaupun ada ketikanya hanya lauk yang ringkas.
Dahulu, isteri saya kerja syif 12 jam, pagi dan malam…bila dia bercuti, dia nak masak untuk suaminya.
Maka mulalah dengan masak nasi goreng. Saya pun makanlah, rasa masin sedikit, tapi sebab tak nak kecilkan hati dia, maka disulamkan dengan air kopi, jadi kurang lah sikit rasa masin tu. Habis sepinggan.
Kemudian anak-anak pula makan, terus anak-anak cakap ” Nasi Masin”…Isteri pun rasa, memang masin…”macam mana abang makan habis sepinggan?”…”abg rasa ok ja”…
Kadang-kadang dia suarakan niat nak memasak, saya cakap, tak payah, beli ja lauk atau makanan yang dah siap, kan kita ada anak kecil, susah tapi bila dia nak juga masak, saya pergi pasar, beli barang-barang yang dia nak untuk dia masak saya bagi galakan kepadanya.
“Abang nak makan apa hari ni?”…ayam masak merah…”ok”…balik ja kje, kita pun nak makan lah, tengok nasi dah masak…cantik…tapi ayam masih dengan garam kunyit.. tak goreng lagi.
“Anak buat perangai tadi bang, dia merap…baru potong ayam, baru buh garam kunyit, tak sempat nak goreng.”
Saya goreng ayam, then makan…tak marah, tak melenting.
Macam tu kehidupan seorang isteri baik yang bekerjaya, ataupun yang suri rumah sepenuh masa…Mereka nak masak untuk kita, nak tawan perut kita, namun kadang-kadang kerana keterbatasan anak-anak yang masih kecil, mereka tak dapat nak laksanakan.
Jadi bila mereka masak, kita hargai…bila rasa terkurang sana sini, kita tegur dan menegur tu pula jangan sampai menghina, jangan memperlekehkan usaha mereka…sebab kita tak tahu dan tak nampak apa yang mereka lalui untuk menyediakan sepinggan makanan untuk kita.
Sumber: Firdaus Shakirin
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Jangan Biar Isteri Terlalu Nak Jadi “Perfect”. Kalau Tak Larat Masak, Tak Larat Kemas Jangan Paksa

Siapa yang tak nak jadi isteri yang “perfect” bukan? Kalau boleh nak siapkan makan malam tepat pukul 7 supaya dapat makan pukul 8 malam. Dapat uruskan anak-anak sekelip mata tanpa perlu jadi harimau.
Lebih indah kalau dapat jana pendapatan ribu ringgit dengan hasil titik peluh sendiri. Tapi jangalah terlalu memaksa. Sungguh diri sendiri penat bukan untuk memuaskan hati semua? Jika penat, rehatlah. Sayangi diri anda.
MACAM MANA NAK ELAKKAN JADI IBU YANG BARAN?
Ramai sangat yang pm saya tanya pasal ‘Macam mana nak jadi ibu yang baik.’
‘Macam mana nak hilangkan baran?’
Dan seumpamanya.
Dear parents Dear mommies.
You don’t need to be perfect. Just be patient.
Untuk jadi penyabar, kalian perlu tahu kapasiti kesabaran yang kalian ada sebelum mula terbakar dan meletus.
You know yourself. Stop before you start to forget things, marah dengan perkara kecil dan lupa nak tengok diri sendiri kat cermin.
Husband-husband kena tengok. Kalau para isteri dah hilang manja dan makin menyinga, cepat-cepat isi tangki emosinya yang dah makin kering.
Peluk isteri, sikatkan rambutnya, urut badannya atau belanja makan aiskrim kegemaran. Tak pun cincin sebentuk atau kalau teruk sangat, belanja dia ‘me time’ 2 hari 3 malam di Damai Laut. 😆
Tapi sebenarnya kesudian untuk tadahkan telinga dengar membebel, atau sesi bersembang tenang antara laki-bini sepanjang malam pun, lebih mahal dan mendamaikan dari Damai Laut.
Yup, just simply being a therapist to her.
Jangan biar isteri terlalu nak jadi perfect. Sempurna itu bukan sifat manusia. Jangan cuba melawan fitrah. Nanti kita juga yang parah.
Isteri, kalau rasa haritu boleh melayan anak, tak larat memasak, senyum dan gantung kuali. Foodpanda kan ada!
Kita tak ada bos yang tukang cek kerja di rumah dah selesai ke belum. Tak ada timeline pun. Kalau tak larat, tinggallah dulu. Buang rasa runsing dengan ‘gunung Kinabalu’ yang makin tinggi setiap hari.
Belajar bertenang dengan diri bila nampak rumah sepah.
Saya faham perasaan tu. Kadang-kadang, lantai yang melekit, tapi kenapa sampai ke otak rasa berdenyut. Your floor doesn’t define your happiness… so relax.
Jangan setiap masa nak rumah perfect, sampai anak nak main pon kita tak bagi. Rasa runsing je, cepat-cepat pejam mata dan bayangkan otak-otak anak sedang pesat berkembang waktu mereka sedang bermain.
Agak-agak lagi 30 minit suami balik, barulah pulun kemas dengan anak-anak. Kalau tak, nampak anak nak menyepah sikit, dada dah rasa kena cengkam.
Tapi kalau ada hari yang ada extra motivasi, & doing house chores make you happy, teruskan usaha buat rumah berkilat.
Bila bangun tidur, pastikan kita bangun dengan senyum. Kajian dah membuktikan, senyum selama satu minit selepas tidur, boleh meningkatkan paras hormon gembira dalam badan. Dan bantu mood kita kekal ceria sepanjang hari.
Hari ni, malam sebelum tidur, cuba tulis beberapa perkara yang buat kita syukur. Kemudian, tulis perkara yang kita nak buat esok, dan bayangkan sejelas-jelasnya.
Sebelum tanya macam mana nak sayang anak-anak, sayangi diri sendiri dulu. Penuhi gelas emosi sendiri, sayangi badan sendiri dan rasai kehebatan nyawa yang Allah dah beri.
Itulah langkah pertama nak jadi yang terbaik untuk orang lain.
You are beautifully made by Allah.
Dilahirkan dengan manfaat untuk membahagiakan dirimu, bukan untuk membebanimu.
Kredit: Wawa Shauqi
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ibu Bapa Tanpa Sedar Tidak Berlaku Adil Dengan Anak-anak

Isi Kandungan
ToggleIlmu keibubapaan perlu dipelajari. Kemahiran keibubapaan dan gaya asuhan yang tepat dilihat mampu memberi penyelesaian secara menyeluruh khususnya dalam mendidik anak-anak dengan sempurna.
Ibu bapa juga perlu sabar dalam proses mendidik anak dan mengakui bahawa setiap anak mempunyai kekurangan dan kelebihan masing-masing. Anak-anak juga perlu dididik dalam suasana penuh kemesraanbagi membolehkan mereka berkelakuan intelektual seiring dengan umur dan sosial mereka.

Ibu Bapa Tanpa Sedar
Bagaimanapun kadang-kadang tanpa sedar kita tidak adil dengan anak-anak. Berikut antara situasi yang sering ibu bapa lakukan sehingga menyebabkan anak-anak rasa tersisih dan berkecil hati.
Tidak Berlaku Adil Dengan Anak-anak
1. Tidak adil dengan pandangan mata kita
Selalu beri perhatian pada anak yang baik sahaja, yang rajin, yang tak lasak. Sedangkan anak-anak lain pun mahu perhatian juga.
2. Tidak adil dengan pelukan kita
Jangan hanya peluk anak yang tertentu sahaja, semua anak mendambakan pelukan ibu ayahnya.

3. Tidak adil dengan ciuman kita
Ciuman ini tanda kasih sayang, tanda cinta. Jika hanya melihat adik beradiknya dicium tapi tidak dia. Tentu rasa sebak.
4. Tidak adil dengan panggilan kita
Kalau nak panggil anak panggil la semua anak dengan panggilan mesra. Jangan seorang intan payung, seorang lagi eh kau aku.
5. Tidak adil dengan mimik muka kita
Pandang anak dengan senyuman memberi anak rasa teruja dan gembira. Pandanglah semua anak-anak dengan senyuman ya.

6. Tidak adil dengan kata-kata kita
Tidak kira anak kecil atau besar tetaplah adil pada kata-kata kita. Lebih lebih lagi pada anak yang dah besar, sudah cerdik sebab mereka lebih faham maksud kata-kata kita berbanding yang kecil.
Peranan ibu bapa ternyata amat penting, namun perlu dilengkapkan dengan pengetahuan dan ilmu asas bagi mengelakkan kegagalan memahami keperluan anak-anak.
Sumber: Mohd Fhais Salim
Kredit foto top image: Freepik
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI