Anak saya seorang yang sangat teratur. Setiap kali bermain dia akan menyusun alat permainannya dengan rapi dan bila ada rakan yang melanggar dia akan marah sangat sampai berguling. Saya risau melihat sikap panas barannya itu. Bagaimanakah cara terbaik untuk mengajar anak supaya mengawal rasa marah? 

Anak Kuat Mengamuk Sampai Penat Nak Pujuk? Pakar Kongsi Teknik Yang Betul Redakan Marah Anak

“..rakannya yang melanggar dia akan marah sangat sampai berguling..”

Berdasarkan tingkah laku anak anda, maka dia perlu didedahkan pada Kemahiran Pengurusan Kemarahan (Anger Management Skills)

  1. Bezakan antara emosi dan tingkahlaku

Kemarahan adalah sesuatu yang normal untuk menunjukkan perkembangan emosi seseorang yang sihat. Walaubagaimanapun, di peringkat kanak-kanak, mereka masih lagi di tahap yang mana mereka keliru untuk memahami perbezaan antara perasaan emosi marah dan perbuatan  agresif. Perasaan itu perlu, tetapi tidak perlu dizahirkan dengan perbuatan yang mengancam sekeliling.

Salah satu cara yang terbaik untuk mengajar anak-anak untuk melabelkan emosi mereka, dengan demikian, mereka boleh memberitahu jenis-jenis emosi yang berkaitan dengan kemarahan, kekecewaan dan sebagainya.

Ibu boleh atau guru boleh memberitahu anak-anak, “Tidak mengapa untuk merasa marah, tetapi bukan memukul.” Bantu si kecil untuk mereka mampu melihat perbezaan antara keduanya dan seterusnya membantu mereka untuk mengawal kemarahan terlahir.

IKLAN

Kadangkala, tingkah laku agresif boleh hadir melalui perasaan yang tidak selesa, bukan sahaja kemarahan, malah boleh jadi emosi yang berbentuk kesedihan, malu dan sebagainya. Adalah perlu untuk bercakap dengan anak tentang emosi dan perasaan , seterusnya ia membuatkan mereka mampu untuk membezakan jenis-jenis emosi yang ada.

  1. Menunjuk cara kemahiran pengurusan kemarahan

Ambil nafas dalam-dalam. Ingatkan diri sendiri bahawa untuk menenangkan anak bukan sesuatu yang terdesak. Jauhkan diri anak dengan barang-barang yang boleh mencederakan mereka sendiri serta orang lain. Jika ibu bapa tenang, anak akan tenang. Ini adalah konsep asas dalam Kemahiran Pengurusan Kemarahan (Anger Management Skills) untuk menunjukkan model terbaik untuk mengawal kemarahan.

Jika ibu bapa pun melampiaskan kemarahan dengan perbuatan seperti mengamuk dan memukul, ingatlah si anak sentiasa melihat tingkahlaku kita sebagai contoh di sekeliling. Ia hanyalah sekadar ibarat ketam mengajar anaknya berjalan lurus.

IKLAN

Ibu bapa juga perlu ingat bahawa sesetengah anak akan mengamuk untuk meredakan kemarahan. Otak mereka sedang berkembang dan masih belum ada atau neural pathways yang kukuh untuk mengajar mereka mengawal diri sendiri. Sedangkan, orang dewasa pun masih belum mampu mengawal selia kemarahan mereka sendiri.

  1. Mewujudkan peraturan ketika marah

Antara cara terbaik untuk mengembangkan neural pathways ialah dengan menawarkan empati. Maksudnya, kita membenarkan anak marah untuk melepaskan segala kekusutan, kemarahan, kesakitan dan emosi yang lain. Ia akan membina rasa percaya antara ibu bapa dan anak. Kemudian, jangan biarkan mereka keseorangan selepas marah, pergi kepada mereka dan mulakan perbualan ringkas seperti bertanya punca kemarahan, akibat kemarahan, cara penyelesaian terbaik dengan perbincangan bersama.

Ibu bapa juga perlu meletakkan had jika perlu untuk memastikan semua orang selamat. Sambil mengakui kemarahan adalah sesuatu yang normal tetapi dalam pada yang sama kita perlu hadirkan rasa penyanyang kepada anak. Had itu hanya pada perbuatan, bukannya emosi. Mengatasi emosi yang negatif adalah lebih baik untuk membantu perkembangan emosi anak-anak yang sihat.

IKLAN

Jika si kecil memukul ibu bapa, anda boleh bertoleransi dan kekal menjadi penyayang seketika. Sebenarnya, kanak-kanak tidak mempunyai niat untuk menyakitkan hati orang lain. Itu adalah benda yang menakutkan dan membuatkan mereka akan rasa bersalah.

  1. Mengajar cara mengatasi kemarahan yang sihat

Selain berbincang tentang kemarahan mereka selepas reda, ibu bapa boleh mencuba mencari bahan-bahan permainan lain yang membuatkan mereka boleh memudarkan perasaan marah. Contohnya, aktiviti mewarna dengan  krayon, musik yang menenangkan, terapi bauan yang menyegarkan supaya mereka boleh menjadi lebih tenang.

Guna time-out atau mengasingkan mereka sebagai langkah pantas untuk beri mereka bertenang. Jauhkan diri mereka dari situasi yang membuatkan mereka semakin marah. Walaubagaimanapun, ketika time-out, ia bukanlah bermaksud membiarkan mereka diasingkan diri keseorangan, bahkan ibu bapa perlu melihat mereka ditakuti mereka akan mencederakan diri sendiri.

  1. Memberikan penghargaan jika perlu

Ini adalah pengurusan tingkahlaku yang biasa iaitu dengan cara memberikan pengukuhan positif jika mereka membuat sesuatu yang baik. Contohnya, berikan pujian, pelukan dan ciuman kepada si kecil jika mereka mampu meredakan kemarahan. Jika mereka melanggar peraturan, kita boleh memberikan pengukuhan negatif iaitu dengan mengambil sesuatu dari mereka. Contohnya, tidak membenarkan menonton televisyen jika mereka masih marah.

Ketika mereka sedang marah, ia bukanlah masa yang baik untuk menerangkan kenapa mereka tidak boleh dapat apa yang merheka mahu. Selepas kemarahan reda, barulah masa yang sesuai untuk menerangkan sesuatu.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI