Anak Kurang Berat Perkara Yang Serious, Boleh Sebabkan Kecerdasan Otak Terjejas

Share

Tidak dinafikan, pemberian makanan kepada kanak-kanak di usia sebegini amat mencabar kerana dia leka bermain dan sudah pandai memilih makanan yang digemari.

Namun begitu, diingatkan bahawa masalah kurang berat badan di usia kanak-kanak harus dititik beratkan kerana ia boleh membawa kepada permasalahan lain seperti merencatkan tumbesaran fizikal, menjejaskan kecerdasan otak dan mudah dijangkiti penyakit.

Menurut Pakar Dietetik, Puan Nurbaidurah, Mengikut graf berat-untuk-umur (perempuan), Kemeterian Kesihatan Malaysia, berat badan anak perempuan berada antara 0 hingga -25D yang membawa maksud dia masih berada dalam lingkungan berat badan normal. Namun begitu, ibu perlu berjaga-jaga supaya dia tidak mengalami masalah kurang berat badan.

Jenis Makanan

Disarankan memberi mereka makan, makanan yang tinggi tenaga (kalori) dan mempelbagaikan jenis makanan mengikut pyramid makanan.

Dengan cara ini, walaupun anak kurang makan tetapi dia dapat sumber tenaga yang tinggi daripada makanan yang dimakannya.

Contoh Makanan 

Antara contoh makanan yang tinggi tenaganya adalah seperti nasi, mi, bihun goreng, roti marjerin, pisang goreng, minuman berperisa dan sebagainya.

Cara Menangani Anak Susah Makan

Bagi menangani masalah ini, ibu bapa boleh memainkan peranan penting bagi menggalakkan selera makannya. Sebagai contoh, mungkin anak suka makan bersama keluarga yang lain ataupun ajak rakanya makan bersama.

Elak Marah Anak Ketika Makan

Elakkan memarahi anak ketika makan atau hidangkan makanan dalam aneka warna dan  bentuk yang menarik. Dengan cara ini, ia dapat membantu meningkatkan selera makan anak seterusnya boleh menggalakan tumbesaran yang sihat.

Sumber: Majalah Pa&Ma

Published by
NuFa