Jika seseorang kanak-kanak mempunyai waktu tidur malam yang lewat dan tidak menentu, ia boleh jadi salah satu faktor yang menyebabkan KURANG BERAT BADAN & TINGGI BANTUT atau dengan kata lainnya, anak korang ada keadaan KEKURANGAN ZAT MAKANAN. Anak boleh terdedah kepada masalah tumbesaran.
Macam mana TIDUR LEWAT boleh sebabkan keadaan ini. Berikut perkongsian dari Nutritionist, Puan Nadiy.
Tidur malam lewat
⬇️
Bangun lewat pagi
⬇️
Langkau sarapan pagi pukul 8. Ada yang langkau sarapan dan minum pagi sebab pukul 11 pagi baru bangun.
⬇️
Bila dah langkau waktu makan utama dan sampingan pagi, sudah tentulah KEPERLUAN TENAGA HARIAN & ZAT HARIAN dah TAK CUKUP.
Pendek kata, anak korang dah tak ambil tenaga dan zat yang sepatutnya ikut umur. Kalau sepatutnya 1000 kalori sehari, ni dah skip Sarapan dan Minum pagi dah tolak 300-400 kalori dah.
Buat hari-hari macam ni, berminggu-minggu, berbulan-bulan memang boleh mempengaruhi status berat dan tinggi anak. Yang dirisaukan kekurangan zat makanan berlaku dan mempengaruhi pertumbuhan otak kanak-kanak.
Oh ya, waktu tidur malam ni sangat penting sebab waktu ni HORMON PERTUMBUHAN berfungsi, pendek kata, kanak-kanak membesar semasa tidur. Ganggu waktu tidur bermakna mengganggu proses anak membesar.
Bila saya terima banyak kes kurang berat dan bantut yang puncanya waktu tidur tak menentu, saya terfikir juga yang mesti ibu bapa fikir lain macam je..yela, jumpa Peg. Pemakanan tapi yang mula-mula disuruh oleh saya adalah bentuk jadual tidur anak yang sebetulnya. Ni pukul 1pagi, belum tidur lagi budak tu. Dok main dengan adik beradik sedara mara tak pun tunggu parents tidur sebab parents layan Netflix la, layan phone la.
Contoh carta BMI kanak-kanak lelaki
Ye ada juga parents yang tidur lewat kerana faktor kerjaya, ibu meniaga kuih dan lain-lain. Anak pula menyusu badan atau jenis tunggu ibu kat sebelah baru boleh lelap. Tapi ayahnya buat apa tu? Mainkan peranan. Ada yang single parent dan pelbagai faktor lain.
Ads
Ok , saya kongsikan beberapa TIPS nak latih waktu tidur anak:
✅ Mulakan dari usia bayi lagi. Biasakan yang siang cerah dan bising sikit manakala malam gelap dan sunyi. Jangan buka lampu semasa tidur malam, kalau perlukan cahaya boleh gunakan lampu tidur yang malap. Hormon melatonin yang memberi kesan mengantuk dan memberi signal untuk kita rehat akan meningkat dari senja ke malam. Cahaya lampu bilik @ phone akan ganggu fungsi hormon ini. Jangan tidur depan tv pulak.
✅ Kalau ada anak ramai, pastikan semua anak-anak tidur waktu yang sepatutnya. Biasanya pada usia 1 tahun ke atas paling lewat pukul 10 malam anak-anak kita dah lena. Mereka perlukan 10jam tidur malam secara amnya. Ni kalau anda latih anak yang ada kurang berat tu je, memang peratus berjaya rendah sebab anak-anak ni dia segeng dan sekepala. Nak main sama-sama, nak makan sama-sama, nak tidur sama-sama. Pendek kata semua nak sama-samalah. Yang adik biasanya ikut abang dan kakak. Semua anak-anak anda kena mandatorikan tidur pada waktu yang sama. Jangan kunci jam nak bangun tidur je ye, ha kunci jam nak mula tidur sekali ya. Kring.. kring..ok jom anak-anak masuk bilik. Mana aci dia sorang je kena tidur awal. Ye Tak?
✅ Sebagai Ibu Bapa Atuk Nenek dan penjaga budak, anda jangan LEMAH SEMANGAT kalau pelbagai onak ranjau dilalui. Itu biasa. Kalau budak tu dah 4 tahun dan dia biasanya tidur pukul 12 malam, badan dia dah biasa, dah sebati. Body clock dia dah biasa dengan rutin tu. Justeru itu, kita tak akan dapat ubah keadaan ni sekelip mata atau dalam masa sehari dua. It wilk takes weeks & months. Maka adalah normal dia mogok, marah, mengamuk kalau kita nak tidurkan dia awal. Pelbagai alasan dia bagi. Tipsnya korang sabar, bawa dia bacakan bedtime stories, mandikan dengan air suam panas ke, beri anak susu suam, tutup lampu, jangan bagi makan makanan tinggi gula lepas makan malam, pasang white noise dan lampu tidur yang malap. Bukan nak cakap apa, isu tidur lewat ni salah satunya memang berpunca daripada ibu bapa. Anda yang membenarkan ia terjadi pada awalnya dan membiarkan ia berlarutan. Is ok. Benda boleh ubah.
Ads
✅ Berilah anak makanan yang berzat. Ikan, Telur, Susu, kacang boleh membantu meningkatkan paras hormon MELATONIN dalam badan.
✅ Pesanan kalau anda tinggal dengan ahli keluarga lain dalam satu rumah contoh kalau anak kita tinggal dengan sepupu, nenek,atuk, pakcik,makcik dan lain-lainnya bertegas dengan mereka, cukup masa bawa anak atau suruh anak tidur. Berhenti bermain atau buat aktiviti bersama ahli keluarga lain. Boleh sambung esok. Jangan kerana anda rasa segan nanti apa kata nenek, adik beradik dan lain-lain, anak jadi tak sihat. Sejak PKP memang ramai kanak-kanak tidur lewat sebab sekolah kerap ditutup. PKP bukan tiket anak kita boleh tidur LEWAT.
Ads
Kesimpulannya, ada banyak punca kenapa anak boleh kurang berat dan terbantut tinggi. Jangan petik KETURUNAN sebagai punca kalau waktu tidur anak pun tidak menentu. Jomlah kita ubah. Betulkan yang biasa, Biasakan yang betul.
Buat mama papa yang mahu anak lancar bahasa Inggeris, jom sertai e-workshop Panduan Ajar Anak Pandai English, Mudah Sangat! Bersama barisan panel berkredibiliti seperti Dr Azu, Dr Fie serta penampilan istimewa Dato Dr Sheikh Muzaphar. E-workshop ini PERCUMA dan anda berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah berupa baucer barangan bernilai hampir RM1000! Jom, daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/panduan-ajar-anak-pandai-english/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ibu bapa jangan lepaskan tiga fasa perkembangan otak untuk anak sedia belajar. Jika fasa ini tak dimanfaatkan sebaiknya memang rugi. Selepas fasa ini jika ibu bapa baru nak mulakan, ia dah kira terlambat.
Melalui perkongsian Terapis Cara Kerja (Pediatrik) Nurul Sheriena Musa, banyak soalan dari ibu bapa mengenai bila anak saya sebenarnya sedia untuk belajar. Bagi membantu ibu bapa faham dengan betul, ini penjelasannya.
PENTING AMBIL TAHU TIGA FASA PERKEMBANGAN OTAK UNTUK ANAK SEDIA BELAJAR
‘Bila nak ajar anak Baca?’
‘Anak saya ini sudah boleh ajar menulis ke?’
Lagi soalan diterima
Mari kita fahamkan ini dahulu ya. Ibu bapa bukanlah magician di mana kita bila kita mahu anak ‘pandai’ ABC diajar sekali terus anak Faham. Perlu jelas tahap kesediaan otak juga.
TAPI.. Ibu bapa mempunyai peluang untuk memastikan otak anak mereka mendapat setiap peluang untuk membina sel sel di dalam otak supaya dapat berhubung dan lebih bersedia untuk terima input lain. Ibu bapa adalah orang yang akan mempengaruhi tumbesaran otak anak mereka dan stimulasi yang bakal anak anak dapat.
Neuron atau sel saraf yang terletak di otak manusia ialah sel yang memproses dan memindahkan maklumat melalui isyarat elektrik dan kimia di dalam otak kita. Semasa bayi dilahirkan, lebih kurang 200 million sel saraf telah ada tetapi hanya sedikit hubungan antara sel sel ini.
Sewaktu umur anak 0 hingga 5 tahun, sel-sel ini sangat aktif membina hubungan antara satu sama lain. Sewaktu inilah PELUANG harus diberikan untuk setiap anak supaya mereka mendapat stimulasi secukupnya untuk membina asas perkembangan yang kuat.
APA ITU ASAS PERKEMBANGAN YANG KUAT?
Asas perkembangan yang kuat merujuk kepada Teori ‘The Triune Brain’ oleh Paul Mclean (1990), perkembangan otak dibahagi kepada tiga fasa.
1) FASA PERTAMA (REPTILIAN BRAIN): PERKEMBANGAN OTAK REPTILIA
Ini adalah bahagian otak yang mengawal survival setiap manusia seperti rasa lapar, dahaga, pernafasan, rasa selamat, pergerakan, postur dan keseimbangan badan. Fasa ini juga amat penting untuk perkembangan refleks.
Refleks ialah tindakan luar kawalan yang dicetuskan terhadap sesuatu rangsangan seperti jika bayi yang baru lahir usia di antara umur 0 hingga 3 bulan adalah normal jika kita menyentuh bahagian pipinya mulut bayi akan pergi ke arah sentuhan itu seperti bayi mencari sumber untuk minum susu supaya dia berasa kenyang.
2) FASA KEDUA (LIMBIC BRAIN): PERKEMBANGAN OTAK MAMALIA
Bahagian ini di mana segala emosi, rutin, kebiasaan, memori, kemarahan, kesedihan, ‘social bonding’ yang amat pesat berkembang sekitar umur 2.5 hingga 4 tahun.
Fasa ini juga dikenali sebagai fasa ‘The Trouble 2 ‘ atau saya lebih suka guna Terma ‘ Anak Bijak Eksplorasi’ . Semasa fasa ini ibu bapa harus banyak bersabar dalam mengajar anak mengawal emosi.
3) FASA KETIGA (NEOCORTEX): PERKEMBANGAN OTAK RASIONAL
Bahagian otak yang menyelesaikan masalah, self-awareness, rasa simpati, kreativiti dan bahagian ini merupakan bahagian otak yang membolehkan seseorang membaca , menulis dan mengira dengan baik.
Dan mengikut teori, otak ini mula selepas umur 7 tahun. Walaubagaimanapun Stimulasi boleh diberi sebelum anak umur 7 Tahun.
Menurut teori ini, semasa perkembangan Otak yang pesat berlaku antara 0 hingga 6 tahun, inilah masa yang sepatunya ibubapa mengambil peluang memilih stimulasi yang bersesuaian.
Setiap pendekatan yang ibu bapa pilih untuk berinteraksi dengan anak mereka adalah sangat penting di waktu kritikal ini, Ini adalah kerana ianya akan memberi kesan masa panjang terhadap tumbesaran sel saraf di otak anak mereka.
Ingat ya 90% otak berkembang sebelum anak itu berumur 5 tahun. Mari kita sama sama grab the opportunity because childhood is only once!
Suprisingly, ia boleh jadi petanda yang baik bahawa anak ‘securely attached’ dengan kita.
Kita adalah tempat yang anak rasa selamat untuk mereka zahirkan emosi yang sebenar.
Bila dengan orang lain, anak jadi macam dinding empangan yang menahan air. Kalau ada emosi negatif nak keluar sekalipun, akan ditahan sebaik mungkin. Stres sebenarnya proses ni untuk anak.
Yet, they are trying to be on their best behavior; Tiba-tiba jadi helpful, lebih mudah bekerjasama dan mau ikut cakap.
Tu sebab bila nampak je wajah insan yang mereka rasa ‘secure emotionally’, terus ’empangan tu pecah’. Lalu keluarlah segala emosi yang ditahan. Dan terpaparlah perangai anak yang sebenar.
Pelbagai jenis aktiviti d.i.y yang sebenarnya lebih baik untuk minda kanak-kanak boleh dilakukan oleh ibu bapa. Tak semestinya perlu membeli mainan yang mahal-mahal. Yang penting fungsinya adalah untuk menguatkan daya ingatan dan kreativiti anak-anak.
Antara aktivit yang sangat baik mengasah minda anak mengikut kajian pensyarah universiti dari US yang dikongsikan oleh Eddy Rusdi adalah:
MENAMPAL
Permainan menampal bentuk dan warna boleh mengasah minda anak anda untuk meminati matematik. Malah anak anda akan lebih cepat berfikir apabila berhadapan dengan soalan kiraan.
MEMBALING OBJEK KE DALAM BAKUL MENGIKUT WARNA
Permainan ini akan meningkatkan fokus anak anda pada sesuatu tugasan. Malah anak anda tidak cepat bosan pada sesuatu tugasan.
MENGUMPUL OBJEK KE DALAM RUANG YANG DISEDIAKAN
Permainan ini akan menjadikan anak anda lebih berdisiplin dan tersusun. Malah anak anda akn rajin menngemas barang-barangnya.
PERMAINAN MENYUSUN MENGIKUT KIRAAN
Permainan ini akan memupuk sifat teratur. Anak anda akan sentiasa mengikut arahan yang diberikan. Anak anda tidak akan melanggar arahan dan sentiasa mengikut apa yang ditetapkan.
BERMAIN PASIR
Jangan terkejut bermain pasir, boleh membentuk ketahanan diri anak anda, malah anak anda akan lebih berani mencipta, minda anak anda akan cepat berfikir. Tapi awas, lepas main basuh bersih-bersih ya.
BERMAIN BELON BUIH
Bermain belon buih akan membentuk sifat kebebasan dan berani untuk berusaha, seperti sifat belon yang terbang tinggi, anak anda tidak takut untuk menjadi yang terbaik.
BERMAIN AIR
Bermain air akan memupuk sifat berani, malah anak anda akan lebih aktif, anak-anak yang terdedah pada air laut, pantai dan sungai selalunya mereka mempunyai jati diri yang kuat.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah mengharukan bayi tersangkut pokok selepas banjir di Palembayan menggemparkan Indonesia apabila bayi tiga bulan ditemui hidup sebagai satu-satunya yang terselamat. Sebuah keajaiban yang membangkitkan harapan komuniti.