Bagi ibu yang berdepan dengan masalah anak tidak mahu makan dan hanya bergantung kepada susu sahaja pastinya terasa menyukarkan. Lebih-lebih lagi memikirkan berat anak tidak naik seperti anak-anak lain. Sebagai ibu, cuba sebaiknya menggantikan karbohidrat dan sumber nutrisi lain buat anak kita dalam pelbagai cara.
Anak tidak mahu makan nasi misalnya, cuba gantikan dengan Bergedil sayur yang pastinya mengenyangkan anak. Buatkan saiz yang comel dan tambahkan sayur-sayuran serta isi ayam yang sihat untuk anak. Anak pasti makan dengan berselera.
Resipi ringkas yang dikongsikan oleh Puan Nurasyikin Ali ini boleh dicuba oleh semua ibu dalam usaha menarik minat anak untuk makan. Saiz bergedil yang comel ini pasti buat anak tertarik. Khasiat pun berganda.
Hujung minggu ni korang buat apa?
Kalau tak ada aktiviti nak buat, apa kata jom kita masuk dapur. Boleh la cuba Resepi Begedil dari kak ekin ni. Saja kak ekin share semula resepi ni, manalah tahu boleh la jadi idea untuk korang masak-masak dihujung minggu kan. Sambil masak tu boleh la bonding time dengan anak-anak sekali. Ajak anak-anak join sama buat begedil ni mesti seronok kan.
Ni antara bahan-bahan buat begedil Kak ekin. Sorry tauhu sudah selamat dipenyekkan. Nampak tak tak sabar disitu. Hehe. Alkisahnya, lupa nak snap sebelum dia dilenyek sepenuhnya. Nak lagi sedap, boleh letak lada dan lada sulah (asingkan adunan tanpa garam untuk anak di bawah usia 2 tahun). Ubi kentang tu rebus sampai empuk dulu tau.
Ok. Ikut arahan dalam gambar tu. Nak senang, lenyek je dalam lesung batu.
Satukan sekali kecuali telur 2 biji tu. Gaulkan manja. Nak begedil lagi sedap gaul dengan tangan. Barulah dinamakan masakan air tangan.
Bulatkan dulu lepastu lenyekkan dia. Tunggu masa nak kena celup telur yang dipukul rata tau. Bahan-bahan Kak ekin tadi ngam-ngam dengan telur 2 biji ni.
Ok settle mencelup. Tunggu minyak panas sat. Goreng guna api sederhana tau. Sebab ayam tu tak dikukus atau rebus dulu. Biar masak sehingga ke dalam. Kalau boleh tukar minyak masak 2 kali sebab bila banyak kali guna minyak sama, buih keluar dengan banyak disebabkan si telur tadi.
Settle. Siap untuk dimakan dengan mee sup. Tapi anak-anak Kak Ekin makan macam nuget pulak. Kak ekin tak goreng semuanya untuk dimakan sekaligus, separuh lagi Kak ekin goreng separa masak je dan tunggu sejuk dan simpan dalam peti sejuk. Bila nak makan, goreng balik.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI