Asal anak tak lalu makan je, mesti dah terfikir dalam kepala ibu bapa nak bagi vitamin. Tapi adakah vitamin atau suplemen ini membantu anak-anak membesar dengan normal.
Ada banyak pendapat yang diberikan oleh ibu bapa. Ada yang bersetuju dan tak kurang juga membantah. Persoalannya sekarang apakah jenis zat atau vitamin yang diperlukan oleh seorang kanak- kanak membesar?
Melalui blog Dr Zubaidi, vitamin dan mineral yang diperlukan oleh budak ialah:
1.Kalsium
2.Vitamin B12
3.Vitamin D
4.Asid Lemak (Omega 3)
5.Zat Besi
Ramai juga ibu bapa mempunyai anak yang kurus, tidak lalu makan atau terlalu memilih makanan sampai merunsingkan ibu yang menyediakan makanan.
Setiap kali ke klinik, si ibu pula terpaksa menghadap leteran jururawat atau doktor yang menyuruh ibu mempelbagaikan resepi supaya anak cukup makan. Kadang- kadang vitamin lysine juga diberi oleh doktor sebagai satu cara untuk meningkatkan nafsu makan anak.
Apa itu suplemen?
Suplemen sebenarnya adalah makanan tambahan selain daripada makanan asas yang berguna untuk membantu anak kita membesar dengan baik, cerdik dan cergas. Namun penggunaannya adalah perlu sederhana, tidak perlu berlebihan.
Jadi ibu bapa sendiri perlu mengetahui anaknya memerlukan suplemen atau tidak. Jika graf tumbesarannya normal, BMI juga normal maka tidak perlu vitamin untuk anak. Berlainan pula jika anak anda:
– tidak cukup berat
– kurus melidi
– kerap demam
– memilih makanan
– terlalu mudah dijangkiti selesema
– autisme
– pertuturan lambat
Maka, anda perlu mencari info bagaimana suplemen atau vitamin tambahan ini boleh membantu anda mengatasi permasalahan pada anak ini. Adalah diingatkan bahawa pengambilan vitamin perlu yang semulajadi tanpa terlalu banyak bahan pengawet.
Ada yang mencadangkan makanan sunnah yang diproses sebagai suplemen untuk anak. Bagaimanapun ada ibu-ibu yuang kurang setuju dengan mengatakan makanan sunnah ini perlu diberi secara nyata, bukan diproses. Yang diproses, zatnya dah tinggal 30% sahaja.
Sebenarnya ada baiknya pendapat ini. Makanan tambahan yang diproses mengandungi bahan pengawet yang banyak. Jadi tepuk dada tanya selera apa vitamin atau suplemen yang perlu anak anda makan.
Jika nak selamat ada baiknya beri makanan yang belum dicampurkan apa-apa seperti buah kurma, kismis, minyak ikan, badam, susu atau yang sesuai untuk perkembangan anak.
Sumber: Aminah Hussain
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI