Biasa dalam keadaan kita letih, penat. Benda yang kecil akan jadi besar. Yang selalu jadi tempias adalah anak-anak. Apatah lagi anak-anak yang masih kecil.
Mereka tak tahu dan tak faham apa yang kita lalui sepanjang hari. But sometimes, entah mengapa, walaupun hanya segelas air yang anak tertumpah dengan tidak sengaja, kita terus marah tanpa fikirkan kesan dan akibatnya.
Padahal terrr-tumpah je pun, tak sengaja!
Kita marah tu pulak, bukan marah sebab air tumpah je, siap dengan kata maki, mengungkit-ngungkit, kata anak bodoh, menyusahkan orang je, degil dan sebagainya.
Dan kita bawa tenaga marah itu sepanjang hari. Agak-agak apa anak rasa dalam hati?
Aku menyusahkan orang
Aku bodoh
Aku degil
Dan….Aku tak penting untuk mama!
Dalam hati dia dah mula bina system beliefnya sendiri. Walaupun dia masih kecil. Sebab anak kecil, bahagian otak unconscious mindnya lebih besar dari otak conscious mind. Apa yang dia hadapi sepanjang masa itu, apa yang dia nampak, dengar, dia akan serap dan simpan.
Dan no wonder lah, bila saat umur dia semakin besar, 5,6, 7 tahun, nak masuk sekolah, secara tiba-tiba, dia pandai marah orang. Pandai lawan kata. Pandai cakap kasar. Pandai pukul kita balik.
Pastu kita marah dia agi, kata pulak dia degil, bengis, jahat. Lagi bertambah system belief tentang dirinya yang dia adalah seorang anak yang degil, bengis dan jahat.
Masuk remaja, jadi remaja liar. Masuk dewasa, jadi dewasa kejam. Masuk usia emas, jadi orang tua yang bengis. Begitulah pengalaman usianya dari tahun ke tahun. Kita yang bina system beliefnya itu dari kecil.
Ads
Akhirnya nak menyesal? Dah terlambat!
Kita tak pernah tanya pada diri sendiri. Apa yang aku buat sehingga anak bertindak begini teruk? Yang kita selalu fikir, mana dia belajar ni? Ini dah tentu sikap dia semulajadi.
Allah..sayang, anak-anak dilahirkan secara fitrah. Tiada cacat cela. Suci. Ibarat kain putih. Dosa pun takda. Kita yang mencorakkan kain putih itu. Lupa ya?
Sebab apa kita lupa? Sebab kita ego. Tak perlu nak belajar cara parenting ni semua, kita dah pandai sendiri bila anak da ada. Kita ikut je cara didikan mak ayah kita masa kita kecil dulu.
Sedangkan deep inside your heart, you know, you are more hurt sebab semua pengalaman kenangan didikan masa itu tapi you tak tahu, tak sedar ia memakan diri kita bertahun-tahun lamanya. Dan itu yang menjadikan you sekarang. Mudah marah, mudah naik tangan, mudah memaki mencela tanpa usul periksa. Dan mangsanya sekarang adalah anak kecil itu yang tak tahu apa-apa.
Sekarang sayang ada dua pilihan. Nak teruskan dengan cara didikan lama yg diwarisi bertahun-tahun tapi kesannya sangat perit ATAU nak berubah demi anak tersayang, tak nak dia lalui benda yg sama?
Ads
Nak anak membesar dengan suasana yang gembira, berkenyakinan tinggi, berpotensi menjadi diri sendiri dan seterusnya berjaya dunia akhirat dengan hati yang bersih?
Pilihan di tangan anda. Untuk berjaya dan nak dapatkan yang terbaik dalam apa-apa kita buat, kita perlu ada ASK. Attitude – Skill – Knowledge ie Sikap – Kemahiran – Ilmu yang betul.
Jadi di sini Ibu nak kongsi sedikit 4 TIPS MUTIARA untuk masalah mudah marah ni:
1 – I Make a Difference in This World
Pertama dan yang penting sekali, adalah diri sayang. Sayang kene betul-betul sedar, rasa dan menerima bahawa kita sangat penting untuk dunia ini dan anak-anak. Sayang boleh bawa perbezaan kepada dunia ini. Selalu sematkan dalam hati “I make a difference in this world”. “Saya sangat berharga”. “Dan saya nak menjadi ibu yang terbaik pada anak-anak saya”. Ini perkara pertama sayang kene buat dulu.
2 – Maafkan Ibu Bapa Kita
Segala apa yang sayang lalui semasa kecil bersama ibu bapa sayang. Sayang maafkan mereka dengan sepenuh hati. Lepaskan segala emosi yang terpendam itu. Lepaskan..supaya tiada sisa lagi. Sisa-sisa ini lah yang mencetus emosi marah itu, marah tak semena, salah pada tempat dan masa.
Ads
Selepas itu, sayang maafkan diri sayang juga. Yang dah berlalu berlaku tu, lepaskan. Tiada gunanya lagi kan? Kita perlu fikirkan apa yang perlu aku buat untuk ubah keadaan menjadi lebih baik.
Jadi bila segala kemaafan ini kita luahkan dengan seikhlas hati, baru lah hati perasaan kita menjadi tenang dan dapat terima perkara yang baru. Menerima seadaanya apa yang berlaku. Dan mampu melakukan yang terbaik.
3- Upgrade Ilmu dan Faham Perkembangan Anak-anak
Bila fikiran hati dah selesai, seterusnya bersedia untuk upgrade ilmu ini sangat penting. Segala yang kita lakukan biarlah berasaskan ilmu yang betul. Bagaimana nak kawal marah? Mudah je. Pemahaman tentang perkembangan anak sangat penting.
Contoh: Anak 2 tahun suka baling barang. Kita marah camna sekalipun, sama je. Kenapa?
Tahukah sayang, anak 2 tahun ada satu fasa iaitu fasa individualizing. Fasa ini mereka hanya nampak diri mereka sahaja. Sebab mereka baru nak faham dunia. Jika kita faham fasa ini, mudah je untuk kita kawal mereka dengan cara tertentu mengikut kondisi anak itu.
Tapi tak ramai yang tahu kan? Inilah ilmu perkembangan anak-anak yang penting untuk kita belajar.
4 – Tahu dan Terima Perangai Buruk Anak dari Diri Sendiri
Kesedaran ini sangat penting sebab hanya dengan kesedaran ini, kita akan lebih tekad berusaha untuk menjadi lebih baik. Kita akan cari ilmu untuk faham anak-anak. Tanpa banyak alasan, persoalan. Sebab yakin hanya dengan ilmu dan kefahaman sahaja akan menyelesaikan semuanya.
Mulakan dengan diri sendiri. Semuanya akan berubah seiringan. InsyaAllah.
Mudah sebenarnya nak tingkatkan fokus dan koordinasi mata serta tangan anak. Buat sendiri apa yang ada di rumah dah boleh. Asalkan mak ayah kreatif dan ada keinginan nak anak belajar.
Sekurang-kurangnya aktiviti macam ni bukan sahaja dapat kurangkan anak dengan gajet tapi boleh membantu kemahiran membaca dengan bantu gerakkan mata.
Berikut antara latihan lapan terbalik yang dikongsikan Puan Masturah Abu Bakar dan dipraktikkan pada anaknya.
Pagi ni Sarah dan Hakeem buat aktiviti lapan terbalik.
Kalau anak-anak yang baru nak buat latihan ni, disarankan mak ayah buat template dulu. Saya kitar semula kotak pizza untuk buat template.
Aktiviti lapan terbalik ni salah satu aktiviti yang:
✔️ Bantu bina dominasi tangan. Dominasi tangan penting untuk menulis dan melakukan aktiviti harian yang lain.
✔️ Tingkatkan fokus dan koordinasi mata dan tangan. Penting untuk kemahiran menulis dan membaca.
✔️ Tingkatkan kemahiran membaca dengan bantu gerakan mata kiri ke kanan dan kanan ke kiri.
Cara melakukan aktiviti:
➡️ Buat template lapan terbalik
➡️ Mulakan gerakan dari tengah, kiri dan ke kanan secara berterusan.
➡️ Gerakan dilakukan dengan perlahan dan lancar.
➡️ Kalau anak dah mahir, dah tak perlu guna template.
Nak anak kembar semua seronok, tapi bab menjaganya bukan mudah. Dalam hal ni, ibu bapa kena pandai uruskan masa dan sanggup berkorban dan bersabar sementara tunggu si kembar membesar.
Bak kata Datuk Dr Sheikh Muszaphar, ramai yang inginkan pasangan kembar. Tak kiralah anak kembar atau saudara kembar. Mungkin sebagai kembar ia lebih menyeronokkan.
Namun mempunyai anak kembar bukanlah satu tugas yang mudah. Begitulah yang dikongsikan oleh Dr Sheikh Muszaphar pada satu entri bervideo di Instagramnya.
“Bila Dr Halina (isteri) bekerja shif malam tadi, hanya tinggal saya dan 4 orang anak. Bangun jam 6:00 pagi, mandikan anak perempuan, siapkan sarapan pagi yang kebiasaannya hanya cereal dan mereka ke sekolah.
“Kemudiannya mandikan anak kembar lelaki, pakaikan uniform sekolah, beruskan gigi dan sikat rambut mereka,” tulis Dr Muszaphar.
Tambahnya lagi, dia menyiapkan sarapan pagi untuk anak-anak lelakinya yang berupa telur dan susu, sebelum pergi bekerja dan isterinya menghantar kembar mereka ke sekolah.
“Everyone wants twins but it’s totally hard work. Double the effort, double the commitment, double trouble, double of everything including Double Joy,” tulisnya lagi.
Namun dia bersyukur dengan segala kurniaan yang diberikan Allah SWT.
Dr Sheikh Muszaphar berkahwin dengan pasangannya Dr Halina Mohd Yunos pada Oktober 2010 dan dikurniakan dengan empat orang cahaya mata. Dua orang puteri yang diberi nama Sophea Isabella dan Sophea Natasha serta dua putera kembar, Sheikh Adam dan Sheikh Noah.
Sumber: IG Dr Sheikh Muszaphar & Gempak
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Apa yang ibu bapa perlu lakukan untuk menghadapi si kecil yang aktif dan banyak akal. Perlu ingat sebelum marah pada anak adalah lebih baik beri kesempatan kepada mereka untuk menjelaskan apa yang ingin dia lakukan agar kita sebagai ibu ayah faham maksud sebenar anak.
Bagaimanapun, halangan terbesar bagi ibu ayah sukar menahan diri untuk tidak segera marah. Bukan kerana tidak sabar, tapi kadang-kadang ada banyak hal yang harus diselesaikan hingga tanpa disedari ibu ayah terlepas melepaskan marah dengan cara yang kurang tepat.
Jadi apa yang boleh dilakukan ibu ayah untuk membantu si kecil menunjukkan perilaku anak hebat? Ini tipnya.
Tarik nafas dan kawal emosi
Sebelum respon perilaku banyak akalnya si kecil dengan intonasi yang salah, tidak ada salahnya untuk ibu ayah menarik nafas panjang terlebih dahulu untuk menenangkan diri. Ketika tenang, ibu ayah boleh bertanya dengan nada dan ekspresi wajah yang lebih relax sehingga tidak membuat anak merasa kecil hati ketika dia berusaha melakukan sesuatu.Tanyakan kepada anak
“sayang nak apa?” dengan nada yang lembut dan ekspresi wajah yang tenang Tanyakan sambil ibu ayah merendahkan badannya hingga selevel dengan tinggi anak dan boleh terjadi perhubungan mata. Hal ini dapat membantu anak untuk segera merespon pertanyaan ibu ayah daripada terus mengamuk.
Dampingi anak
Untuk membantu anak menunjukkan sikap yang baik, berdampinglah dengan anak ketika dia mahu melakukan sesuatu. Ajar dan berikan contoh tentang bagaimana dia boleh menyelesaikan niatnya tanpa merugikan orang lain. Contoh anak ingin mengosongkan kotak, tunjuk contoh bagaimana anak boleh memindahkan isinya secara perlahan dan kemas. Misalnya dengan letakkan satu-satu ke atas meja. Cara ini dapat pastikan anak boleh menunjukkan sikap yang ulebih baik lagi. Berikan aturan dan perjanjian bersama.
Peraturan diberikan dengan menggunakan bahasa yang sederhana serta dapat difahami.
Contoh, tetapkan perjanjian bahawa si kecil harus minta izin atau beritahu dulu kepada ibu ayah bila dia ingin melakukan sesuatu yang baru. Jelaskan bahawa hal ini perlu dilakukan agar mereka tidak melakukan sesuatu yang dapat membahayakan dirinya. Konsisten juga dari ibu ayah bahawa ketika anak minta melakukan sesuatu, tanyakan pula tujuannya agar tidak terus melarang sebelum memahami maksud anak.
Pujian dan ucapan terima kasih
Agar si kecil terus menunjukkan sikap yang baik, jangan lupa berikan pujian atas niat baiknya. Berikan pujian ketika dia berjaya wujudkan niat baiknya dengan cara-cara yang baik pula, seperti menepati aturan dan perjanjian bersama yang ada di point ke-3.
Berikan pujian yang spesifik agar anak pun tahu perilaku mana yang dimaksudkan. Contoh daripada memberikan pujian umum seperti “Wah hebat anak mama”, boleh berikan yang spesifik seperti “Hebat sekali anak mama prihatin dengan anak kucing yang kesejukan. Terima kasih juga beritahu mama bila kamu perlukan kotak kosong jadi boleh menolong si kucing.”
Jom sama-sama kita ke arah membina perilaku anak yang aktif dan banyak akal menjadi perilaku yang menggambarkan anak hebat. Berikan kesempatan kepada si kecil untuk meneroka diri dan sekeliling, disertai dengan bimbingan dari ibu ayah agar anak boleh melakukan niat hebatnya dengan baik. Happy parenting!