Anak Lahir Jadi Bayi Pertama Musim Haji 1440H, Bapa Abadikan Nama Madinah

Share

Bersalin ketika menunaikan ibadah haji tentunya kenangan manis yang tidak mungkin dapat dilupakan. Apa yang menariknya bayi yang dilahirkan diberikan nama sempena Madinah, menarik sekali!

IBU DARI JEMAAH HAJI KOMUNITI INDIA

Bapa kepada bayi bertuah ini adalah seorang jemaah Haji dari komuniti India,  Del Shad. Dia telah menerima sijil kelahiran bagi anak lelakinya yang dinamakan ‘Ahmed Madinah’, bayi pertama dilahirkan pada musim haji 1440H, demikian dilaporkan oleh Saudi Press Agency (SPA).

SPA memetik Jurucakap Penerangan Hal Ehwal Awam, Mohammed Al-Jasser sebagai berkata, sijil kelahiran yang pertama itu kepada seorang jemaah diserahkan oleh Menteri Dalaman Agensi Hal Ehwal Awam kepada Del Shad, yang isterinya melahirkan anak itu di Madinah.

NAMA ANAK BUKTI RASA KASIH KEPADA MADINAH

Rasa kasih dan sayang kepada Madinah, kota yang menyaksikan penghijrahan Nabi Muhammad SAW.   Del tertarik untuk menamakan bayi yang dilahirkan bersempena kota ini.

Menurut agensi berita, Del Shad menjelaskan bahawa kerana kasihnya terhadap kota Madinah membuatkan beliau memilih nama ‘Ahmed Madinah’ sebagai nama bayi yang baru dilahirkan itu.

Del Shad juga menyatakan rasa gembiranya dengan kelahiran itu dan perkhidmatan yang disediakan di hospital berkenaan, demikian menurut laporan SPA.

Sumber: Kosmo

Published by
Azma ML