
Besarnya pengorbanan ibu bapa untuk anak. Sama ada diberi rezeki lebih atau hidup dalam sederhana, semuanya nak beri yang terbaik. Begitu juga kasih seorang ayah buat anaknya. Orang kata kasih ibu hingga ke syurga, kasih ayah tiada penghujungnya.
Perkongsian yang cukup menyentuh hati di FB Azri Walter mengenai kisah seorang ayah yang sanggup membawa balik teddy bear yang dijumpai di tempat sampah itu menunjukkan kegigihan ayah memenuhi permintaan anak.
“Dah lama anak nak teddy bear”
Menerusi perbualan lelaki itu, teddy bear yang bersaiz besar itu dah lama anak inginkan. Disebabkan harganya yang mahal dan secara berseloroh dia cakap harganya boleh buat beli lauk, hasrat itu terpaksa dipendamkan.
Kebetulan rezeki terjumpa teddy bear ini yang masih dalam keadaan elok di tempat sampah, apa salahnya ambil dan basuh semula. Ini pun dah buat hati anak gembira.
Pengorbanan ayah tiada nilainya
Di penghujung perkongsian saudara Azri, dia ada menitipkan kata-kata semangat buat seorang lelaki bergelar suami.
Ingatlah setiap tanggungjawab ini, ada ganjaran pahala di sisi Tuhan. Mari kita semua bersama-sama terus melawan kerasnya hidup ini. Kita tidak boleh putus asa kerana di belakang kita ada harapan yang perlu dipenuhi.
Kalau rasa down, tatap sekejap wajah-wajah insan yang Tuhan amanahkan untuk kita.
Sumber: Azri Walter
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Sweetnya! 13 Gaya Sedondon Selebriti Bersama Anak Kecil Sambut Hari Raya Korban

Walaupun negara masih lagi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan namun umat islam tetap menyambut hari raya korban walaupun tiada aktiviti ziarah dibenarkan dan perlu duduk di rumah sahaja.
Ianya bukanlah penghalang untuk kita tidak meraikan hari raya Aidiladha dan ibadah korban. Sama seperti selebriti-selebriti tanah air kerana kemeriahannya tetap sama dan baju raya tetap sedodon untuk memeriahkan suasana sambutan.
Tidak sah rasanya kalau tidak menjeguk gaya selebriti setiap kali tibanya musim perayaan. Kali ini Pa&Ma tampilkan 13 selebriti yang lengap sedodon berpakaian baju raya termasuk anak-anak yang masih kecil.
- Fasha Sandha
“Raya di rumah lagi… 😂 Rindu Family ..😭 Memandangkan tak boleh keluar kemana manapun, sarung je baju apa yang ada, ni baju ibu beli online kat lazada RM30.60😍😇. Kami bersyukur. Kami bahagia dalam berserdehana”
- Nora Danish
“Terlebih dahulu kami ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha buat keluarga yg tersayang yg jauh dimata sentiasa dekat dihati 🤍 Maaf Zahir Batin. Juga tidak ketinggalan untuk kawan kawan yg di rindui, Dan juga semua frontliners & pesakit Covid-19 yg tengah berjuang. Juga buat semua yg menyambut. Salam sayang dari kami 🤍”
- Sari Yanti
“Maklumlah mama kecik terpaksa jinjit kaki nak kasi tinggi sikit dari anak 😂😂. Selamat hari raya Aidiladha semua. Maaf zahir dan batin dari kami sekeluarga 💙 20/7/2021”
- Memey Suhaiza
“Salam aidiladha dari keluarga kecik mummy ❤️ @normanhakim_786 @awishzarisz @mikayladelishahakim. Mummy , papa anak 3 semuanya pakai baju @aisysmom. Baju raya aidilfitri tak habis pakai lagi.. so sambung pakai raya haji😍” - Abby Abadi
“Aidil Adha 2021 🥰 Walaupun PKPD bersambung lagi, AidilAdha tetap di rai. Ampun Maaf dipinta. Atas segala kelemahan & kekhilafan yg sengaja. Ataupun yg tidak sengaja. Dari kami seisi keluarga 😘🙏🏻”
- Datin Rebecca
“Salam Idul Adha Everyone, pertama sekali mummy ingin ucapkan syukur kepada Allah SWT dengan limpah rahmat dan Kasih sayangNYA .. SuamiKu SyurgaKu Sudah Pulang Ke Pangkuan Keluarga 🙏🏻❤ #alhamdulillah syukur teramat sangat #DoaKuDiDengariAllah 🙏🏻 #DoaSangIsteri. Terima kasih buat semua keluarga,teman teman, kenalan, dan juga semua followers mummy yang tidak putus2 sama sama BERDOA utk suami mummy serta kami sekeluarga 🙏🏻🙏🏻
- Dr Say
“Selamat Hari Raya Aidiladha Peeps”
- Datin Eina Azman
“Salam AidilAdha from us 🌙@datopadukakaiser @aubreykarl”
- Mua Bellaz
“Setiap kali bergambar bersama be likes …….😖 Sorang masa nak gmbaq bersama masa tulah nak terkncing sorang mengantuk sorang lagi nak turun bawah 😕”
- Ain Edruce
“1st time raya best cmnie!!! sbb ade @__itsmesoraya … 🌸🌸🌸. Dengan @amirul_hafizz dah biasa.. 🙄😝”
- Dato Seri Siti Nurhaliza
“Salam Aidiladha semua.. Baju ibu & Aafiyah dari @shanellharun ..”
- Tya Arifin
“Di pagi hari Raya Idul Adha 🙏🏻”
- Lisa Surihani
#BismillahiMasyaAllah , Taqabalallahu Minna Wa Minkum. Salam Eid Adha Mubarak dari kami sekeluarga. Maaf Zahir dan Batin.
Cantik sungguh semuanya di hari raya terutama si kecil yang lengkap berbaju kurung. Selamat Hari Raya Aidiladha diucapkan buat semua umat Islam di seluruh dunia.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
PA&MA GALA MOMS yang diinspirasikan bersama CETAPHIL, sebuah program Anugerah Digital yang memberi penghargaan kepada 20 mama millennial yang bukan hanya mempunyai pengaruh yang kuat di media sosial malah memberi inspirasi buat ibu-ibu millennial di luar sana.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Keterbukaan Ubati Perit”. Catriona Tak Malu Ada Anak Autisme, Berkongsi Untuk Beri Inspirasi Kepada Ibubapa Lain

Isi Kandungan
ToggleBenar austisme bukan penyakit. Aktres Catriona Ross berkongsi tentang caranya mengendalikan emosi dan menerima kenyataan & mendidik anak keduanya disahkan autisme.
Catriona atau lebih mesra dengan penggilan Cat berkongsi tentang keadaan Jammal Raes, 7 tahun di Instagram. Ibu kepada 2 cahaya mata lain iaitu Sephia Rania, 9 tahun dan Edruce Riyadh, 5 tahun.

Autism dan non verbal
My son Jammal Raess has Autism and he is currently non verbal.
Depressed & down setahun pertama
I was down and depressed untuk setahun yang pertama tetapi setelah bangkit, i realized i rasa lega sebab i selalu share tentang Jammal Raess secara terbuka dan keterbukaan itu somehow mengubati perit i.
Tidak berahsia dan menyembunyikan untuk inspire ibu bapa lain
Sebab Cat tidak berahsia atau menyembunyikan serta mengambil langkah untuk berkongsi aswell as trying to inspire ibu bapa lain yang masih sangsi tentang keadaan anak mereka
Autisme bukan penyakit
Autism bukan lah satu penyakit. Its a spectrum. Im hoping to see more people know tentang Autism and harapnya parents tidak lagi rasa malu atau segan untuk berbincang tentang keadaan anak yang menghidapnya.
You are not alone
Talk about it so you will heal, talk about it so we could learn more. You are not alone, ok? ?. Happy World Autism Awareness Day everyone!!
View this post on InstagramA post shared by Cat Ross (@catrionabrianross) on
Selain itu, ibu ini turut berkongsi perkembangan Jammal Raes. Peranan ibu bapa membantu si kecil istimewa ini menyesuaikan diri.

#1: SEDIAKAN SATU SUDUT YANG SELESA
Di parti hari lahir kakak, Jammal boleh menyesuaikan diri dan duduk di sebuah sudut dengan tenang. Makanan dan minuman sudah pun disediakan untuknya.
View this post on InstagramA post shared by Cat Ross (@catrionabrianross) on
#2: LATIH MAKAN DI LUAR
Melatih makan di luar bersama. Cat menyediakan snek supaya Jammal boleh menyesuaikan diri dengan mudah dan selesa.
View this post on InstagramA post shared by Cat Ross (@catrionabrianross) on
#3: ADA PERANCANGAN UNTUK ANAK
Jammal gembira dan Cat mempunyai perancangan untuk melatih anaknya ini. Melihat anak selesa dan ceria adalah segala-galanya bagi ibu ini.
View this post on InstagramA post shared by Cat Ross (@catrionabrianross) on
View this post on InstagramA post shared by Cat Ross (@catrionabrianross) on
#4: JAMMAL TIDAK LAGI TAKUT AIR
Menurut Cat, Jammal tidak lagi takut kepada air, tidak seperti waktu usianya setahun. Dia menjerit dan menangis.
View this post on InstagramA post shared by Cat Ross (@catrionabrianross) on
#5: PILIH DESTINASI PERCUTIAN YANG SESUAI DENGAN ANAK
Jammal sukakan alam semula jadi dan kurang selesa untuk destinasi jauh yang memerlukan penerbangan kapal terbang. Cat & keluarga akan memilih lokasi yang mempunyai kolam renang & persekitaran alam semula jadi.
View this post on InstagramA post shared by Cat Ross (@catrionabrianross) on
View this post on InstagramA post shared by Cat Ross (@catrionabrianross) on
#6: FAHAM KESUKARAN ANAK MENYESUAIKAN DIRI DI LUAR RUTIN
Jammal tidak dapat menyesuaikan diri apabila pembantu rumah pulang ke kampung tetapi Cat tidak memberikan reaksi marah tetapi memahami kesukaran yang dilalu anaknya.
View this post on InstagramA post shared by Cat Ross (@catrionabrianross) on
Sumber: catrionabrianross
Artikel berkaitan: Berkongsi dan Jangan Pendam. Catriona Ross Kongsi Tip Bila Anak Didiagnosis Gangguan Spektrum Autisme
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Budak 5 Tahun Sempat Minta 20sen Nak Beli Ais Krim Sebelum Digilis, Rupanya Dah Seminggu Tunjuk Tanda Nak ‘Pergi’

Bapa kanak-kanak berusia lima tahun, Nur Qayra Quraisya yang maut digilis lori pasir memberitahu sebelum kejadian anak bongsunya itu ada meminta 20 sen daripadanya untuk membeli aiskrim.
Muhamad Qayyum Abdul Aziz, 37 berkata, ketika kejadian, Nur Qayra bermain bersama sepupunya berhampiran rumah neneknya di Kampung Paya Mengkuang, Batang Tiga, di sini.
“Selang beberapa minit saya dikejutkan dengan bunyi riuh, saya berlari ke tempat kejadian dan mendapati anak sudah dilanggar lori pasir”, katanya.
Dalam kejadian jam 5.25 petang itu, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala.
Muhamad Qayyum yang juga pekerja kontrak berkata, selepas memberi duit dia sempat berpesan kepada anaknya itu yang mesra disapa ‘Adik’ pulang segera ke rumah dan tidak bermain dalam cuaca panas.
“Memang setiap kali pulang dari tadika, dia akan singgah ke rumah emak saya dan semalam saya pun berada di situ melihat rakan membuat kerja-kerja kontraktor rumah di kampung itu.
“Malah, lori yang terlanggar anak saya itu sepatutnya hantar pasir ke rumah berkenaan,” katanya sebak ketika ditemui pemberita pekarangan Jabatan Perubatan Forensik Hospital Melaka.
Menurut Muhamad Qayyum, sejak seminggu lalu anaknya menunjukkan perubahan tingkah laku ketara apabila kerap meminta hajatnya ditunaikan dengan cara yang berbeza dan menguji kesabarannya.
“Sebelum ini, Adik tak begitu, tapi sejak saya bercuti seminggu dan meluangkan masa dengannya, sikapnya agak mendesak sedikit dan terlebih manja.
“Malah semalam (kelmarin) ketika makan di sebuah restoran di Klebang, dia tiba-tiba merajuk apabila tidak dilayan, namun saya tidak memarahinya.
“Saya tak sangka rupanya itu petanda dia akan meninggalkan kami sekeluarga,” katanya.
Muhamad Qayyum berkata, dia dan isteri, Faezah Kadir,38, reda dengan kejadian itu dan berharap masyarakat tidak menularkan atau membuat sebarang spekulasi hingga mengganggu emosi mereka sekeluarga.
Jenazah Nur Qayra dikebumikan di Kampung Padang, Malim.
Nak goodies istimewa dari Simpan SSPN, jom daftar SINI (https://toko.ideaktiv.com/product/simpan-challenge-pama-sspn/)
Biasa dah kita dengar orang memburu malam Lailatulqadar bila akhir bulan Ramadan ini kan? Tetapi kali ini nak kena dengar juga cerita keindahan malam Lailatulqadar yang di kongsikan oleh Mama Irma Hasmie dan adik-adik Bintang Kecil ni.
Apa sebenarnya malam Lailatulqadar dan apa perlu kita buat untuk 10 malam terakhir? Kenalah saksikan sampai habis 1001 Malam Istimewa diserikan oleh KARIHOME.
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI