Anak Lambat Atau Normal, Seawal 6 Bulan Dah Boleh Nampak Tindak Balasnya

Share

Tumbesaran dan perkembangan bayi dan kanak-kanak merupakan perkara yang penting bagi ibu bapa. Ibu bapa yang peka tentang fasa tumbesaran dan perkembangan anak mereka dari dilahirkan sehingga dewasa dapat membantu dalam perkembangan fizikal, kognitif, bahasa, sosial, moral, personaliti dan sebagainya.

Selain itu, ia juga membantu dalam proses melatih dan mendidik anak-anak mengikut keperluan bersesuaian dengan tahap kefahaman bayi atau kanak-kanak tersebut.

Bagaimanapun menurut Patologis Pertuturan Bahasa, Aishah Kassim, sekiranya anda nampak perkembangan anak sedikit lain seperti anak lambat bercakap lakukan tindakan segera, jumpa profesional yang terlibat seperti speech therapist / occupational therapist / pakar kanak-kanak. Nanti mereka akan bantu anda untuk dapatkan rawatan yang sesuai.

Berikut antara perkembangan lambat yang akan ditunjukkan oleh bayi atau kanak-kanak mengikut usia.

6 BULAN
– Tidak ketawa atau menghasilkan bunyi
– Tidak mencari sumber bunyi spt nama dipanggil
– Tidak melakukan eye contact

1 TAHUN
– Tidak memberi respon pada nama
– Tidak memahami arahan mudah
– Tidak mengenali objek2 mudah spt susu, baju etc
– Tidak pandai menggunakan gesture spt angguk, geleng, lambai tngn, menunjuk, dll

2 TAHUN
– Menyebut perkataan kurang dari 50 perkataan
– Tidak berminat dengan interaksi sosial
– Tidak memahami arahan mudah

3 TAHUN
– Tidak boleh menyambung ayat 3 perkataan
– Tidak boleh menjawab soalan mudah spt apa, mana dan siapa

4 TAHUN
– Tidak boleh bercerita cerita yg mudah
– Belum menyambung ayat sekurang kurangnya 5 perkataan
– Pertuturan sukar difahami (sepatutnya 90% blh difahami)
– Tidak boleh menyampaikan perasaan
– Tidak boleh menjawab soalan apa, mana, siapa, kenapa, bila dan macam mana

5 TAHUN
– Tidak boleh mengikut arahan 3 langkah tanpa kiu gesture (cth: ambil bola, pergi dapur dan letak dalam sinki)
– Tidak boleh memberi tumpuan pada cerita dan memahami cerita
– Tidak boleh bercerita perkara lepas dan menggunakan kata hubung

Sumber: Aishah Kassim

Published by
Wan Amy