Anak Lambat Bercakap, Mak Ayah Kena Betulkan Perkembangan Asas Anak Dulu, Baru Anak Faham!

Share

Anak kecil kita yang masih tidak pandai bercakap biarpun usia sudah menjangkau tiga tahun dan ke atas sememangnya amat merisaukan. Namun sebelum kita merujuk kepada yang lebih pakar, apa kata lihat perkembangan anak kita dahulu.

Menurut Ahli Terapi Cara Kerja, Pn Nurul Sheriena Musa, lihat dan nilailah perkembangan asas anak dahulu dan semak samada anak sememangnya terlambat atau ada sebenarnya kurang faham dengan sekeliling dan situasi sehingga menyebabkan dia lambat bercakap. Ini yang boleh mak ayah periksa lebih dahulu.


SPEECH DELAY & KAITAN DENGAN PERKEMBANGAN ASAS

Anak sudah umur 4 tahun masih tiada perkataan yang jelas?
Masih sukar nyatakan apa kemahuan mereka melalui Verbal Skills atau kebolehan untuk bercakap? Ramai ingat isu anak ada ‘Speech Delay’ hanya fokus kepada kebolehan anak bertutur sahaja.

Speech Therapist dan Occupational Therapist bersama sama bantu anak anak yang ada Isu ‘Speech Delay’
Namun ramai lagi tak faham yang anak perlukan PERKEMBANGAN ASAS yang kuat sebelum mereka boleh bercakap seperti:

1️. Kesediaan Sensori
Jika anak adalah seorang Sensory Seeking maka memang sukar anak fokus untuk melakukan komunikasi dua hala dengan kita. Sebab mereka sibuk mencari Stimulasi Sensori yang lain. Melompat lah, berlarilah, menggigitlah..
jadi nak pandang mata kita dan dapatkan Eye Contact akan mencabar.

2️. Kawalan Tingkah Laku
Bila anak tidak faham gunakan perkataan untuk nyatakan emosi mereka ataupun bahasa tubuh pasti sukar mereka nak cakap atau luah apa mereka rasa kan.

Anak pula merasa sukar dan buang masa nak luahkan melalui Verbal sebab lebih cepat dia dapat respon kalau dia mengamuk kan?

Jadi bila masa dia nak beri peluang pada diri untuk ‘pause’ nyatakan emosi melalui perkataan kan.
Lebih baik dia mengamuk terus dapat apa dia nak tanpa perlu sebut apa apa.

3️. Kemahiran Motor Kasar
Ramai tidak tahu jika nak keluarkan satu bunyi perlu ada kekuatan otot abdomen juga.
Pergerakan dan kemampuan duduk tegak juga mempengaruhi cara anak keluarkan bunyi jelas atau tidak.
OT banyak membantu dari segi menguatkan kekuatan abdomen anak supaya mudah anak bercakap lebih jelas.

4️. Kemahiran Motor Halus
Kemahiran ini bukan sahaja di tangan malah di mulut untuk melancarkan pergerakan otot-otot membuat pergerakan hasilkan bunyi. Oral Motor adalah salah satu latihan yang akan diberi untuk memudahkan anak berkomunikasi.

Jadi motor halus bukan sahaja di tangan malah di pergerakan di mulut juga banyak kaitan untuk bantu anak

5️. Konsep Asas & Komunikasi
Jika sudah dapat hasilkan bunyi sekalipun anak anak perlu ada kefahaman konsep asas yang menjadi sebahagian dari Kemahiran Kognitif.

Anak akan faham duduk maksudnya apa.
Kerusi itu apa. Kerusi untuk kena duduk.

Bila sudah faham bila kita sebutkan ‘duduk atas kerusi’ anak juga boleh faham dan lakukan perbuatan itu.
Guru guru juga banyak membantu perkembangan anak anak ‘Speech Delay’ ini.

Jadi Speech Delay ini adalah hanya masalah yang nampak di luaran seperti Teori Ice Berg. Kita nampak ais di atas tak nampak ais di bawah yang jauh lebih besar.

Ada banyak isu lain yang perlu dibantu bila anak kita mungkin ada risiko Speech Delay macam yang diterangkan di atas tu.

Baca: Tak Keluar Rumah Pun Ibu Risau Kesihatan Anak, Ini Apa Yang Boleh Dibuat

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Published by
SRM