Perkembangan setiap kanak-kanak memang berbeza, sebagai ibu bapa kita memang perlu sentiasa peka dengan apa yang berlaku kepada si kecil agar dapat memastikan mereka membesar seperti kanak-kanak lain.
Setiap kali bayi menangis pasti membuatkan ibu dan ayah menjadi gusar dan tak senang duduk. Apa yang pasti tangisan itu tentunya menandakan bahawa mereka berada dalam keadaan yang tidak selesa.
Tapi bagi yang baru pertama kali bergelar mama papa keadaan ini memberikan tanda tanya. Yang pasti rengekan si kecil anda adakalanya berkaitan dengan masalah kesihatan dan juga perkembangan mereka.
Dalam satu perkongsian yang dimuat naik oleh seorang doktor Mohd Saiful Nizam di laman Twitter, beliau berkongsi satu keadaan yang sering dihadapi oleh kebanyakkan bayi. Tongue Tie atau lidah pendek yang mana masalah ini bisanya boleh dikesan jika bayi anda kerap mengamuk ketika menyusu, kelaparan walaupun sudah menyusu, berat badan bayi yang tidak memuaskan walaupun kerap menyusu dan juga masalah pertuturan.
1) Bayi Anda kerap mengamuk ketika menyusu?
2) Bayi Anda masih kelaparan walaupun sudah lama menyusu?
3) Kenaikan berat badan bayi tidak memuaskan walaupun kerap menyusu?
3) Anak Anda alami masalah pertuturan? Pelat?AWAS.! Bayi Anda mungkin hadapi Tongue Tie a.k.a Lidah Pendek pic.twitter.com/Xk57qGM33X
— Dr Mohd Shaiful Nizam | Epul | (@Dr_Shaiful) January 20, 2020
Tongue tie adalah keadaan dimana terdapat selaput membrane yang melekat antara lidah & lantai mulut mengakibatkan pergerakan lidah bayi terbatas & terikat.
PENYEBAB? – faktor kongenital dimana membran yang sepatutnya hilang selepas kelahiran masih kekal melekat antara keduanya. pic.twitter.com/n82hlPpvUG
— Dr Mohd Shaiful Nizam | Epul | (@Dr_Shaiful) January 20, 2020
Gejala Tongue Tie
Dalam perkongsian tersebut juga, Dr Mohd Saiful Nizam ada menyatakan gejala-gejala yang ada pada bayi jika ada masalah lidah pendek ini.
Gejala-gejala:
1) Bayi sukar melekap pada puting ibu sewaktu menyusu
2) Bayi selalu mengamuk ketika/selepas menyusu kerana tidak kenyang
3) Kenaikan berat badan tidak memuaskan
4) Sakit atau luka pada putting ibu
5) Kesan buruk pada pertubuhan gigi
6) Pelat/lambat pertuturan— Dr Mohd Shaiful Nizam | Epul | (@Dr_Shaiful) January 20, 2020
Menurut beliau lagi, masalah ini berlaku apabila otot nipis di bahagian bawah lidah yang menyebabkan lidah gagal berfungsi dengan baik terutamanya dalam pertuturan.
Bagaimana nak tahu ada Tongue tie?
Bayi atau anak Anda tidak mampu keluar atau jelir lidah melebihi paras gigi bawah.
Satu kajian oleh Messner (2002), anak yg ada Tongue tie tak boleh sebut huruf ‘R’ @ ‘L’ kerana hujung lidah pendek. Jadi sebutan “Rupa” akan berbunyi “Wupa”.
— Dr Mohd Shaiful Nizam | Epul | (@Dr_Shaiful) January 20, 2020
Segera berjumpa Pakar ENT atau Pakar Pergigian jika anak ada alami gejala tongue tie
Bagi anak yang mempunyai masalah ini, Dr Mohd Shaiful menyatakan tidak semua perlu menjalani rawatan atau pembedahan, ia bergantung kepada tahap perkembangan si kecil itu sendiri. Namun jika anda ada perasan tentang gejala-gejala yang disebutkan, beliau sarankan untuk segera berjumpa pakar ENT atau Pakar Pergigian untuk pemeriksaan awal.
RAWATAN
Bergantung pada tahap perkembangan & pertuturan. Jika tidak alamai masalah menyusu, berat badan bagus boleh “tunggu & lihat”.
Namun, seandainya ada salah satu gejala yg disebutkan, pembedahan kecil dipanggil “frenulectomy” @ Tongue tie release dilakukan. pic.twitter.com/TEbA4xoj0D
— Dr Mohd Shaiful Nizam | Epul | (@Dr_Shaiful) January 20, 2020
KONKLUSI
Segeralah berjumpa Doktor Pakar ENT atau pun Pakar Pergigian Kanak-kanak jikalau bayi/anak Anda alami gejala-gejala seperti diatas agar pemeriksaan awal dapat dilakukan demi perkembangan pertuturan & tumbesan anak Anda #medtweetmy
— Dr Mohd Shaiful Nizam | Epul | (@Dr_Shaiful) January 20, 2020
Jika ada bayi anda yang mengalami gejala tersebut, ikutlah saranan Dr Shaiful ini untuk bawa si kecil anda berjumpa Pakar ENT atau Pakar Pergigian. Rawatan awal mungkin dapat membantu si kecil anda melalui proses perkembangan yang baik.
Sumber: Dr Mohd Shaiful Nizam
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI