top

Perkembangan setiap kanak-kanak memang berbeza, sebagai ibu bapa kita memang perlu sentiasa peka dengan apa yang berlaku kepada si kecil agar dapat memastikan mereka membesar seperti kanak-kanak lain.

Setiap kali bayi menangis pasti membuatkan ibu dan ayah menjadi gusar dan tak senang duduk. Apa yang pasti tangisan itu tentunya menandakan bahawa mereka berada dalam keadaan yang tidak selesa.

Anak Lambat Bercakap & Pelat, Mama Kena Periksa Mungkin Ada Masalah Tongue Tie Atau Lidah PendekTapi bagi yang baru pertama kali bergelar mama papa keadaan ini memberikan tanda tanya. Yang pasti rengekan si kecil anda adakalanya berkaitan dengan masalah kesihatan dan juga perkembangan mereka.

Dalam satu perkongsian yang dimuat naik oleh seorang doktor Mohd Saiful Nizam di laman Twitter, beliau berkongsi satu keadaan yang sering dihadapi oleh kebanyakkan bayi. Tongue Tie atau lidah pendek yang mana masalah ini bisanya boleh dikesan jika bayi anda kerap mengamuk ketika menyusu, kelaparan walaupun sudah menyusu, berat badan bayi yang tidak memuaskan walaupun kerap menyusu dan juga masalah pertuturan.

IKLAN

Gejala Tongue Tie

Dalam perkongsian tersebut juga, Dr Mohd Saiful Nizam ada menyatakan gejala-gejala yang ada pada bayi jika ada masalah lidah pendek ini.

IKLAN

Menurut beliau lagi, masalah ini berlaku apabila otot nipis di bahagian bawah lidah yang menyebabkan lidah gagal berfungsi dengan baik terutamanya dalam pertuturan.

Segera berjumpa Pakar ENT atau Pakar Pergigian jika anak ada alami gejala tongue tie

Bagi anak yang mempunyai masalah ini, Dr Mohd Shaiful menyatakan tidak semua perlu menjalani rawatan atau pembedahan, ia bergantung kepada tahap perkembangan si kecil itu sendiri. Namun jika anda ada perasan tentang gejala-gejala yang disebutkan, beliau sarankan untuk segera berjumpa pakar ENT atau Pakar Pergigian untuk pemeriksaan awal.

IKLAN

Jika ada bayi anda yang mengalami gejala tersebut, ikutlah saranan Dr Shaiful ini untuk bawa si kecil anda berjumpa Pakar ENT atau Pakar Pergigian. Rawatan awal mungkin dapat membantu si kecil anda melalui proses perkembangan yang baik.

Sumber: Dr Mohd Shaiful Nizam

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI