Pa&Ma kini berada di dalam aplikasi   
Pa&Ma kini berada di dalam aplikasi   
Home Keibubapaan Penjagaan Anak Anak Lambat Menyambungkan Perkataan Berisiko Mengalami Kelewatan Bahasa Berbanding Yang Lewat Bercakap

Anak Lambat Menyambungkan Perkataan Berisiko Mengalami Kelewatan Bahasa Berbanding Yang Lewat Bercakap

Speech Delay in Kids: Signs to Watch Out For

Kanak-kanak biasanya menyebut perkataan pertama pada usia 1 tahun ke 1 tahun 3 bulan. Kita semestinya sangat teruja dan mula mencatat apa yang disebut oleh anak-anak. Tetapi ada kemahiran yang kurang menjadi tumpuan kita untuk dipantau adalah kebolehan kanak-kanak untuk menggabungkan perkataan dan membuat ayat.

Selepas menyebut perkataan, kanak-kanak akan menggabungkan 2 perkataan untuk menceritakan tentang 2 idea seperti “Mama susu” – menunjukkan kanak-kanak meminta susu dari ibunya. Apabila kanak-kanak berkembang, mereka seterusnya akan menyambung perkataan menggunakan kata kerja pula seperti “nak makan” atau “kereta jalan”. Kombinasi ini adalah kombinasi asas yang menunjukkan kanak-kanak mula mempelajari tentang struktur asas ayat dan juga sebagai asas untuk membentuk ayat yang lebih panjang. Kanak-kanak akan mula menyambungkan perkataan pada usia 2 tahun.

Mengikut kajian yang dijalankan, kanak-kanak yang lambat menyambungkan perkataan adalah lebih berisiko tinggi untuk mengalami masalah kelewatan bahasa berbanding kanak-kanak yang lambat mengeluarkan perkataan pertama. Ungkapan seperti ‘terima kasih” atau “bye-bye” tidak dikira sebagai 2 perkataan kerana biasanya kanak-kanak akan mengingati perkataan tersebut sebagai 1. Gabungan 2 perkataan yang sebenar adalah apabila kanak-kanak menyatakan 2 idea dalam ayat tersebut.

Anak saya sudah bersedia ke menggabungkan perkataan?

Sebelum kanak-kanak menggabungkan perkataan, mereka perlulah mempunyai kebolehan:

Menggunakan pelbagai jenis perkataan – kanak-kanak perlu tahu menggunakan/menyebut lebih daripada kata nama (nama-nama objek, orang dan tempat). Apabila kanak-kanak mula menggunakan perkataan seperti kata kerja/perbuatan (bagi, nak, jom), kata sifat (panas, besar, cepat) dan posisi (atas, dalam, luar), mereka sudah mempunyai asas untuk menggabungkan perkataan bersama.

Anak Lambat Menyambungkan Perkataan Berisiko Mengalami Kelewatan Bahasa Berbanding Yang Lewat Bercakap

Menyatakan 2 idea – sebelum kanak-kanak menyatakan 2 idea dalam bentuk ayat, mereka biasanya akan menggunakan gesture terlebih dahulu. Contohnya seperti mereka menyebut “Mama” sambil tangan menunjuk kepada susu, mereka sedang menyatakan 2 idea iaitu: mereka nak ibu memberikan susu. Atau kanak-kanak membuat aksi “besar” menggunakan tangan sambil menunjuk kepada kereta: mesej yang disampaikan mempunyai 2 idea iaitu kereta yang besar.

IKLAN

Dalam ayat yang mudah, apabila kanak-kanak sudah menyebut perkataan selain kata nama dalam kosa kata mereka atau sudah mula menggunakan gesture, ini menunjukkan yang mereka sudah bersedia untuk menggabungkan ayat.

Jika anak saya belum menyambungkan ayat macam mana?

Jika anak anda sudah berusia 2 tahun dan lebih dan masih belum menyambungkan perkataan, anda boleh berjumpa dengan Speech Therapist untuk penilaian lanjut mengenai masalah-masalah yang mungkin pada kanak-kanak.

Apa yang boleh saya buat untuk tolong anak menggabungkan perkataan?

IKLAN

Berikut adalah beberapa perkara yang boleh anda lakukan:

Tengok dan tunggu – Pada peringkat awal, kanak-kanak memerlukan banyak bantuan untuk mereka menggabungkan perkataan. Untuk menggalakkn mereka menggunakan perkataan, anda perlu melihat dan menunggu anak untuk menyampaikan sesuatu mesej. Dengan membenarkan mereka memulakan perbualan, mereka akan lebih yakin untuk berkomunikasi. Jika anak anda cuba untuk menyampaikan apa-apa mesej yang mungkin menarik perhatiannya, anda perlu respon dengan menyatakan sesuatu yang berkaitan dengan mesej mereka.

Anak Lambat Menyambungkan Perkataan Berisiko Mengalami Kelewatan Bahasa Berbanding Yang Lewat Bercakap

Pelbagaikan perkataan – apabila anda berinteraksi atau bermain dengan anak-anak, cuba gunakan pelbagai perkataan yang berkaitan dengan situasi. Tekankan juga perkataan-perkataan lain selain nama objek seperti kata kerja/perbuatan, kata sifat dan juga posisi. Kata kerja adalah yang paling penting sekali untuk peringkat awal pembentukan ayat.

IKLAN

Modelkan ayat – kebiasaannya pada peringkat awal, kanak-kanak akan mempunyai kesukaran untuk membuat ayat dengan struktur yang betul terutamanya bagi ayat Bahasa Inggeris seperti “want milk, go car”, anda boleh memodelkan ayat yang betul seperti “you want some milk or you want to go in the car” dan lain-lain. Bagi Bahasa Melayu pula, mungkin ada anak-anak yang menyebut perkataan secara terbalik seperti “makan nak, jalan kete” dan lain-lain, anda hanya perlu membetulkan ayat tersebut dengan memodelkan ayat yang betul pada anak

Kembangkan perkataan – kembangkan perkataan anak jika mereka menyebut 1 perkataan sahaja. Contohnya seperti “laju” semasa menolak kereta, anda boleh menyebutkannya dalam ayat seperti “wow..kereta laju”. Ataupun mereka sedang makan biskut dan menyebut biskut, anda boleh berkata “biskut sedap atau adik makan biskut” dan lain-lain.

Tambahkan gesture – apabila anda menggunakan gesture semasa bercakap dengan anak, ia memudahkan kanak-kanak untuk faham dengan lebih baik dan pada masa yang sama anda sedang mengajar anak anda untuk menggunakan gesture tambahan untuk berkomunikasi.

Sila rujuk kepada Speech Therapist jika anak anda mengalami kesukaran untuk menyambungkan ayat selepas usia 2 TAHUN.

Sumber:  Patologis Pertuturan Bahasa, Aishah Kassim

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI