Bila anak lasak dan tak nak duduk diam itu tandanya mereka semakin bijak. Mama dan papa usahlah marah bila anak lasak. Banyakkan bersabar. Mama dan papa sepatutnya bersyukur sebab anak lasak itulah tanda bahawa tumbesaran minda, sensori dan emosi anak sihat dan sedang pesat dinaik taraf.
Anak Lasak, Tak Nak Duduk Diam, Itu Tanda Dia Makin Bijak
Ya memang tak dinafikan bila anak mula lasak, mama dan papa akan mudah letih dan akhirnya melenting. Mana tidaknya, ada-ada sahaja perkara yang ingin dilakukan si anak sampai tak terkejar mama dan papa dibuatnya.
Ketahuilah mama dan papa, semakin lasak anak, makin bijaklah mereka. Jika anak tak lasak, ketika itulah kita patut marah.
Mama & Papa Banyakkan Sabar
1 – Bila anak anak tak aktif, tak melompat, tak berguling, asyik duduk mengadap gajet itu bahaya. Lima sensori penting seperti penglihatan, pendengaran, sentuhan, bau dan rasa boleh tumpul dan terbantut perkembangannya.
2 – Anak cuma ada masa 6 tahun sahaja dari 0 – 6 tahun untuk membentuk 90 peratus dari keseluruhan otak mereka. Tak aktif masa ini maka makin kecil dan makin lemah prestasi otak mereka berbanding anak-anak yang lasak dan gasak selama 6 tahun pertama.
Ads
3 – Otak emosi (amygdala) adalah otak pertama yang anak anak ada. Mereka belum boleh berfikir secara rasional lagi, sebab itu mereka tidak boleh dimarah dan dihukum bila buat salah. Sebaliknya kita yang sudah matang fikiran ini yang kena banyak bersabar dan tunggu sehingga otak fikir (cortex) mereka mula aktif pada umur 7 tahun ke atas baru boleh marah dan hukum.
4 – Lasak dan gasak itu fitrah kanak kanak. Mereka tak belajar dari dengar nasihat dan arahan, mereka belajar dengan teroka dan alami sendiri rangsangan dari tubuh mereka. Tubuh adalah alat belajar utama mereka.
5 – Kita patut marah pada diri sendiri jika kita letak mindset bahawa anak yang “baik” akan selalu dengar kata dan senang duduk diam. Sebaliknya itu tanda ada gejala 3F ( Fight, Flight, Freeze ) yang sedang berlaku dalam otak mereka.
Ads
Kelasakan dan keganasan anak anak itu bukan malapetaka tapi itu adalah mukjizat besar dalam kehidupan mereka.
Ini kerana kelasakan dan keganasan itulah yang akan membantu anak kita menguatkan otot, mendewasakan tubuh dan mematangkan fikiran mereka menjadi anak yang lebih sihat fizikal dan mental.
Masalahnya ialah kita mampu ke tidak nak melayan kelasakan anak-anak ini. Tenaga mereka ini, bukan ‘biasa-biasa’ banyak ya amat tenaga, tak reti penat, gunung pun boleh terbalik kalau dapat pada mereka.
Ads
Nak tak nak, kita kenalah bersenam, mula jaga pemakanan dan tambah stamina dari sekarang. Bila kita tak cepat letih, maka tak adalah kita cepat nak marah-marah nanti. Sabar perlukan kekuatan!
“Saya nak pergi kubur mama saya, saya rindu mama saya.” Ini kata-kata jujur dari anak-anak yang kehilangan ibu selepas empat hari bersalin. Dalam kegelapan malam itu, anak yang berusia dalam lingkungan 12, 8@9 tahun dan 5@6 tahun itu sanggup datang semata-mata rindukan ibu yang baru dikebumikan pada pagi hari tersebut.
Menerusi perkongsian Syaffiq S.Salleh, ketika dia berada berdekatan kawasan perkuburan, ternampak kelibat kanak-kanak berdekatan pagar kubur dengan menyuluh menggunakan lampu dari telefon.
Tak menunggu lama, saya terus mendekati anak-anak kecil itu dan bertanyakan buat apa di sini pada waktu sekarang?
Apa yang membuatkan diri ini cukup sedih, apabila mendengar jawapan ini.
“Saya nak pergi tengok kubur mama saya, saya rindu mama saya”. Terkejut saya dan pak saudara mendengarnya. Bukan apa dengan keadaan kawasan kubur yang gelap, jalan nak ke kubur pun tiada lampu serta hutan di kiri dan kanan jalan.
Anak-anak ini berjalan kaki datang sendiri dan berani masuk ke kawasan kubur itu walaupun menggunakan lampu suluh. Bayangkan perasaan rindu anak itu sampai tiada rasa takut pun. Mereka TERLALU RINDU!
Lepas tu dalam gelap berjalan tiga anak kecil ini ke kubur mamanya sementara pak saudara saya tolong bukakan lampu untuk memudahkan anak kecil ini sampai ke kubur arwah.
Sampai di kubur terus anak kecil ini duduk dan usap tanah yang masih lagi basah.
“Mama kakak mintak maaf mama, kakak rindu mama,” macam-macam luahannya. Ya Allah rasa sebak hati ini dengar kata-kata jujur dari anak yang belum puas menikmati kasih sayang seorang ibu.
Difahamkan arwah mama anak kecil ini meninggal dunia selepas bersalin anak yang ketiga. Baru dikebumikan Subuh. Malam kejadian itu, ada tahlil arwah, jadi orang dewasa tak boleh nak ikut.
Kebetulan rumahnya dalam 300-400 meter dari tanah perkuburan. Tapi suasananya cukup gelap. Bayangkan betapa tekadnya anak perempuan ini nak jumpa arwah mamanya, nak luah apa yang terbuku di hati dan nak beritahu dia rindu..
InshaaAllah marilah kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah dan doa kepada arwah.
Allahummaghfirghlaha warhamha waafiha wa’fuanha
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Walau sehabis baik menjaga SOP, siapa kita untuk menidakkan ujian Allah bila mana keluarga terdekat diuji dengan jangkitan Covid-19. Pun begitu, sekiranya ada ahli keluarga kita didapati positif dan terpaksa membawa keluarga menggunakan kereta sendiri, pasti terasa bimbang.
Ada beberapa perkara yang perlu diberikan perhatian dan inilah yang dijelaskan oleh Dr Hana Hadzami melalu perkongsian videonya di aplikasi Tik Tok.
Apa yang perlu anda lakukan?
Langkah 1: Pastikan anda memakai PPE asas iaitu pelitup muka N95, Face Sheild dan juga sarung tangan. Jika tiada, apron plastik boleh juga dipakai pada tubuh dan itu adalah lebih baik.
Langkah 2: Pastikan pesakit Covid-19 yang anda bawa perlu memakai pelitup muka 3-ply sahaja dan tidak perlu memakai PPE seperti anda.
Langkah 3: Pastikan ada penjarakan fizikal ketika di dalam kereta. Contohnya, jika anda duduk di bahagian pemandu, pastikan pesakit berada di belakang dan berlawanan dengan pemandu. Pastikan jarak sejauh mungkin dengan pesakit.
Langkah 4. Ruang udara perlu dialirkan dengan baik ketika di dalam kereta. Pastikan pengaliran udara yang cukup di dalam kereta. Elak menggunakan aircond dan bukalah tingkap. Membuka tingkap semasa kereta bergerak boleh menurunkan tranmisi virus 50%.
Jika anda memilih untuk memandu dengan kelajuan sederhana, anda bolehlah membuka semua tingkap. Namun jika hujan atau agak laju, pilihlah untuk membuka tingkap separuh berlawanan dengan tempat duduk penumpang. Jika tidak buka tingkap setiap 10 minit.
Langkah 5: Setelah pulang ke rumah, mandi dan bersihkan diri. Lakukan juga proses nyahkuman untuk seluruh bahagian kereta.
Ini panduan secara jelas yang dikongsikan oleh Dr Hana Hadzrami.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ibu mana tak terharu bila anak bangun tidur, terus tanya soalan yang buatkan diri sendiri pun tersentak. Begitulah dirasai oleh Shera Aiyob yang mempunyai anak lelaki cukup bijak, Nadi Anaqi.
Gelagat anak kepada pelakon Zahiril Adzim ini nyata buatkan Shera cukup terharu kerana di usia 5 tahun dia faham dan ingat tarikh lahir mommynya.
Menerusi perkongsian Shera, Anaqi bangun je tidur terus bertanya soalan cepumas. Siap nak buat kejutan beli hadiah telefon bagi mommy.
Paling kelakarnya, Anaqi boleh minta duit dengan mommy untuk beli hadiah tersebut.
Rata-rata pengikut Shera menyatakan Anaqi seorang anak yang bijak dan petah cakap.
Nampak je pemalu tapi banyak idea yang logik dan bernas.
Malah perkongsian Shera sebelum ini tentang caranya melayan Anaqi ibarat seperti seorang kawan.
Sebab itu, Anaqi petah bercakap dan fikiran seperti orang besar. Sangat bijak.
Sumber: ig sheraaiyob
Bagi yang belum tahu lagi, mommy dan daddy Anaqi juga hos untuk 13 episod rancangan TV Pa&Ma yang disiarkan di saluran Astro Prima (105) & Astro Maya HD 135 pada setiap Selasa, jam 12 tengah hari dan ulangannya 9 malam.
Nak tahu apa kupasan menarik untuk topik kali ini, kena luangkan masa menontonnya. Banyak info dan tip berguna untuk panduan ibu bapa.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.