Anak Lebih Mudah Terdedah Pada Jangkitan Kuman Jika Kerap Di Bawa Masuk Mall

Share

Kalau hujung minggu memang ramai ibu bapa muda yang seronok bersiar-siar di mall sambil menyorong stroller anak masing-masing. Bukan ada hal penting yang hendak di cari tapi saja-saja jalan hujung minggu sambil cuci mata.

Tapi kalau anda ada anak kecil bawah umur setahun dan selalu bawa anak masuk mall, hati-hati dengan risiko macam-macam jangkitan kuman. Pesanan dan nasihat daripada seorang bapa Tuan Muhammad Ahmad ini ada benarnya.

Selalunya jika ke mall saya akan memakai mask untuk memastikan saya tidak mengeluarkan kuman atau virus dan juga untuk mengelakkan saya dijangkiti virus atau kuman. Dan jarang sangat bawa anak masuk mall. Tidak silap saya usia beliau 1 tahun 2 bulan baru masuk mall,itu pun awal pagi hari bekerja.

Tapi sayang ramai ibu bapa sekarang masih membawa bayi masih berusia 2,3 bulan.

Saya selalu menyapa mereka dan memberi sedikit nasihat. 90% kebanyakan mereka membawa bayi bukan urusan KECEMASAN. Sebaliknya untuk ‘mencuci mata’ berjam-jam. Yelah 40-60 hari berpantang pasti boring kan.

Tapi Tuan puan. Ketika itu tahap immunity bayi sangat rendah. Berkali ganda mudah untuk dijangkiti virus atau kuman(airborne disease) atau menyedut asap ROKOK(boleh menyebabkan radang paru-paru)

Walaupun saya sebagai orang awam, saya tetap peka tentang kesihatan saya dan orang lain terutama bayi.

Ya kita faham bukan bermakna semua bayi akan dijangkiti virus dan kuman atau asap rokok. Pasti apa yang saya katakan ini boleh dicanggah. Namun kita perlu berwaspada.

Saya beranggapan bahawa penjagaan kesihatan bayi bukan terletak kepada ibu bapa mereka sahaja,bahkan kita semua. Kitalah bertanggungjawab untuk menasihati mereka dengan penuh hikmah. Paling tidak pun print out flyers jenis-jenis penyakit bawaan udara dan edarkan kepada awam. Mungkin ramai ibu bapa diluar sana kurang didedahkan tentang perkara ini.

Bayangkan tubuh kecil itu dijangkiti virus, kuman atau asap rokok sehingga menyebabkan bronchitis dan Pneumonia sehinggakan bayi terpaksa dimasukan ke hospital berhari-hari. Pasti kita menyesal tidak sudah. Lebih-lebih lagi 4ribu lebih bahan kimia dari asap rokok sangat mudah untuk disedut oleh bayi kerana pernafasan mereka lebih laju berbanding orang dewasa.

Nasihat saya(untuk diri sendiri juga) elakkan anak-anak terutama bayi terdedah di tempat awam yang padat terutama hujung minggu. Jika mustahak pastikan menggunakan stroller hood(seperti gambar dibawah) Dan membasuh muka,tangan kanak-kanak sebelum pulang ke rumah atau apa-apa kaedah untuk mengelakkan bayi dijangkiti kuman atau virus.

-EncikMatt-

Sumber: Facebook Tuan Muhammad Ahmad

Published by
Wan Amy