“Bagusnya anak aku ni, kenapalah anak aku yang sorang lagi ni tak macam kakak dia”. Ingat jangan membanding dan beza anak-anak!
Sebenarnya ramai yang merasakan ibu bapa mereka selalu mendahulukan adik-beradik lain, mereka selalu di marah, selalu lebihkan adik beradik lain dan selalu tak gembira dengan kehadiran mereka ini.
Mungkin anak-anak yang lain lebih rajin, lebih pandai dari anak yang dipinggirkan ataupun faktor jantina iaitu sebagai contoh, ibu bapa mereka lebih cenderung untuk memanjakan anak lelaki atau anak perempuan mereka. Lagi-lagi anak kecil, cepatlah sentap, kalau ibu bapa dia selalu lebihkan adik-beradik yang lain.
Antara 4 faktor yang menjadi punca ibu bapa pilih kasih :
1) Anak Kebanggaan
Dalam ramai-ramai anak pasti ada salah seorang yang sangat membanggakan daripada ibu bapa. Selalunya anak yang belajar pandai, jaguh sukan atau pandai mengaji akan jadi anak kebanggaan.
Ads
Tetapi perlu ingat! Anak-anak lain ada kelebihan juga tau. Mungkin bukan dalam akademik tapi dalam kelebihan mereka sendiri. Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada siapa tahu.
2) Anak Yang Tidak Sihat
Anak yang tidak sihat selalu mendapat perhatian lebih malah ada yang beri sepenuh perhatian pada mereka ini sehingga mengabaikan anak yang sihat.
Anak yang sihat pun boleh jatuh sakit kalau di abaikan selalu. Sakit atau tidak setiap anak perlu perhatian dan kasih sayang ibu bapa mereka. Dapatkan bantuan dan adil lah dalam mengagihkan kasih sayang.
3) Anak Rajin
Anak yang rajin tolong ibu bapa semestinya ibu bapa akan sayang sangat sebabnya mereka ni meringankan beban ibu bapa. Ibu bapa cenderung mempercayai anak yang rajin sehingga tak percaya langsung anak-anak yang lain.
Ads
Pernah terfikir tak yang anak-anak lain mungkin bukan pemalas nak membantu tapi mereka masih menunggu dapat kepercayaan dari ibu bapa sendiri. Beri kepercayaan seadil yang boleh supaya tiada yang rasa tidak di percayai.
4) Anak Bongsu
Anak bongsu memang selalu dapat perhatian lebih. Maklumlah yang paling muda dan anak terakhir sekali, jadi sayangnya lebih. Perhatian pun berlebih lebih, sehingga banyak anak bongsu jadi terlampau manja.
Waspada bila abang/kakak dah mula anggap adik dia sebagai ancaman kerana sikap iri hati dan cemburu tu pasti akan hadir dalam diri anak-anak. Saya percaya tiada ibu bapa yang mahu anak-anaknya saling bermusuhan.
Ads
Jika setiap anak-anak itu ibu boleh mengandungkan sama 9 bulan 10 hari, kenapa setelah lahir mahu di beza-bezakan kasih sayang dan perhatiannya.
Sesungguhnya cinta seorang ibu menyejukkan hati, cinta seorang ayah mententeramkan jiwa.
Meh kakde share DIY mudah hilangkan #MURAL cantik kat dinding. Alahai anak. Membesar lah kamu dengan sihat.
UBAT GIGI
– Ubat gigi mampu menanggalkan kotoran jenis crayon serta dakwat pen pada dinding.
– Calitkan sedikit ubat gigi pada kain. Kemudian gosok di tempat kotoran pada permukaan dinding. Dan bilas dengan air menggunakan kain yang basah.
CUKA MASAKAN
– Kegunaa cuka amat banyak selain digunakan sebagai bahan masakan. untuk bersihkan kotoran dinding menggunakan cuka, tuangkan cuka pada kapas dan sapukan pada kotoran.
BEDAK BABY
– Bedak juga mengandungi kandungan bahan kimia yang boleh digunakan untuk menaggal kesan kotoran pada dinding.
– Caranya sangat mudah, hanya perlu mengusap bedak pada permukaan dinding menggunakan tangan dan lap sahaja menggunakan air bersih.
Lepas ni kalau anak buat lagi lukisan kreatifnya di dinding, tak perlu nak marah dah dan praktikan cara tersebut.
Angkasawan pertama negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor berkongsi bagaimana cara dia dan isteri memupuk minat suka subjek matematik dalam kalangan anak-anak seawal usia bayi lagi.
Dr Sheikh turut berkongsi video anak lelaki kembarnya sedang membuat latih tubi matematik bersama-sama.
Tambah usahawan ini lagi, dia mula mengajar anak-anak matematik sejak lahir menggunakan kaedah yang sesuai dengan usia anak-anak.
“Buat latihan kira-kira”
“Kami mula ajar matematik pada anak-anak sejak lahir lagi dengan menggunakan FlashCards. Sebagai contoh umur 0-3 bulan: Red dots, black & white dan pictures. Ini sesuai untuk bayi.”
“Sama macam kakak-kakak, Adam & Noah perlu selesaikan tambah, tolak, darab dan bahagi sebelum mula tahun satu. Senang nanti bila start sekolah.”
Bapa kepada enam cahaya mata ini turut berkongsi ‘rahsia’ untuk membuatkan anak sentiasa minat untuk belajar dan tidak cepat bosan dengan subjek matematik ini.
“Teruskan latih mereka buat matematik tahap yang sukar di rumah. Mereka akan jawab mudah je bila nak buat kerja sekolah”
Rata-rata warga maya teruja melihat anak-anak Datuk Dr Sheikh yang sangat aktif membuat latihan matematik tanpa jemu. Semoga perkongsian ini memberi inspirasi buat kita semua.
6 tahun pertama ialah usia keemasan bagi setiap individu. Jika didikan yang diterima baik dan penuh kasih sayang, maka mereka mudahlah untuk dibentuk.
Menurut juruterapi pediatrik, Idzmir Shahril berkongsi tentang kesan didikan kepada emosi kanak-kanak. Apa yang berlaku pada usia 6 tahun ke bawah akan memberikan kesan jangka panjang sehingga mereka dewasa.
Ibu bapa tidak patut mensia-siakan fasa ini. Buang sempadan kesempurnaan kerana anak hanya akan mengingati masa indah yang dihabiskan dengan mereka. Explore, play & bonding, itulah yang sebaik-baiknya.
Tak boleh dipukul walau pun mereka melakukan kesalahan. Ibu ayah jangan gunakan alasan memukul untuk mendidik!
Didik dengan kasih sayang, anak akan rasa dekat dengan kita dan merasakan ibu bapa sebagai pelindung dan tempat rujukan.
Ada ibu bapa kecewa anak memilih untuk dengar perintah datuk dan nenek, bermuhasabahlah!
Peluk dan ciumlah anak dan ucapkan perkataan sayang. Pandang anak dengan kasih sayang. Tahan marah dan genggam tangan mereka.
Ibu ayah ucapkan yang baik-baik dan nasihatkan yang baik. Sabarlah kalau perlu ulang nasihat yang sama 1001 kali.
6 tahun pertama ibu ayah mesti letakkan objektif bukan sahaja mendidik tetapi berkasih sayang sambil mendidik.
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.