Rumah tangga yang dibina pasti ada pasang surutnya. Setakat bergaduh sikit itu biasa. Cuma bagaimana pasangan itu mengendalikannya bergantung pada satu sama lain.
Buang rasa ego, ringankan tulang membantu isteri, sentiasa menjalankan tanggungjawab dengan baik dan sentiasa ingat pada Allah antara kunci kebahagiaan kekal sehingga akhir hayat.
Tapi ada ketikanya kelemahan pasangan itu buat salah seorang terasa hati hingga mereka rasa aib. Dalam hal ini dua-dua kena main peranan yang baik dan jangan saling menjatuhkan maruah. Suami kena jaga maruah isteri begitu isteri perlu menjaga maruah suami.
Ada 8 pesanan dari Muhammad Hassan untuk para isteri amalkan dan sama-sama membawa hubungan rumah tangga ni untuk mendapat keberkatan dan pastikan matlamat rumahku syurgaku direalisasikan. Ingat pesanan ini bukan bermaksud isteri saja, suami pun boleh lakukan.
1. Jahat macam mana pun suami jangan sesekali AIBkan dia pada UMUM kecuali kepada mereka yang boleh membantu untuk beri solusi kepada masalah kita terutama kepada mereka yang berkelayakkan dalam masalah rumah tangga.
2. Selalu saya pesan. Jika nak tag suami di ruang komen yang berkaitan rumah tangga, masalah rokok. Jangan sesekali tag dengan nasihat atau ada unsur aibkan suami. Guna ayat yang saya ajar sebelum ini:
-“Abang terima kasih sudi baca sampai habis”
-“Abang jom sama-sama baca moga ada kebaikan”
-“Abang jom tambah ilmu”
3. Layanlah suami dengan baik lemah lembut. Jangan sesekali tinggikan suara terhadap suami. Hatta nak panggil suami makan sekali pun jangan jerit dari dapur sehinggakan jiran sebelah boleh dengar.
4. Jangan lawan cakap suami ketika suami sedang marah atau beri nasihat. Walaupun mungkin kebenaran berpihak kepada kita. Ketika ini kita perlu kawal dan cari solusi bagaimana untuk tenangkan suami.
5. Jika mahu nasihat suami, cari masa yang sesuai. Paling sesuai ketika selepas solat berjemaah atau selepas baca ta’alim(hadith). Ketika ini hati kita mudah untuk terima teguran. Tapi jangan tegur depan anak-anak. Sebab itu saya dirumah setiap hari ambil masa 5-10 minit untuk bermesyuarat dan dengar nasihat isteri.
Selalu cakap kat isteri boleh tak tegur apa-apa yang tak elok dalam beberapa hari ini. Jadi tengok dalam keadaan mana yang sesuai untuk tegur suami.
6. Sentiasa kelihatan cantik, kemas apabila berhadapan dengan suami. Sehinggakan suami sentiasa jatuh cinta apabila memandang.
7. Dahulukan suami dalam banyak perkara. Jika mahu makan sediakan makanan yang terbaik dan paling sedap buat suami. Pastikan suami terlebih dahulu makan berbanding kita. Suapkan makanan untuk suami. sediakan air bersebelah suami dan jangan biarkan suami makan bersendirian.
8. Jangan tinggal ini. DOA. Doakan suami dalam setiap doa kita terutama selepas solat fardhu dan tahajjud.
“Ya Allah ini suami saya(Sebut nama penuh suami). Sudilah kiranya engkau ampunilah segala dosa-dosanya. Jadikanlah dia suami yang terbaik terhadap saya dan anak-anak. Jadikan dia pembimbing kami untuk sama-sama masuk syurga. Ya Allah,Jika dia ada kekurangan dalam melaksanakan tanggungjawabnya sebagai suami dan ayah,ampunilah segala kekurangan ini dan perbaikilah ia. Ya الله jagalah dia dari segala kejahatan,maksiat dan fitnah. Ya الله lapangkan hatinya,limpahkanlah rezeki keatasnya,mudahkan segalanya urusan pekerjaannya”
Moga bermanfaat.
Sumber: Muhammad Hassan