Baik anak lelaki mahupun perempuan semuanya perlu dilayan sama rata. Jika anak perempuan diajar mengemas rumah, anak lelaki perlu diajar lebih lagi supaya terbiasa dengan tanggungjawab ini.
Bukan dibiarkan layan macam raja. Ini yang mak ayah perlu tahu dan cuba didik pada anak-anak lelaki. Biar mereka tahu tanggungjawab mereka kelak.
Ikuti perkongsian dari Dr Redza Zainol mengenai cara mendidik anak lelaki yang sebaiknya. Biar anak lelaki kita jadi manusia yang bertanggungjawab.
Semakin lama saya tengok budak ni, makin menjadi-jadi perangai dia. Buku jatuh atas lantai, dia minta mak kutip. Selipar tercabut minta mak kutip dan pakaikan balik pada kaki dia. Ewah ewah.
Sekali anak ni minta nak minum, mak dia keluarkan botol susu dari beg. “Dah darjah 1, minum pakai botol lagi ke?” Maknya cuma tersengih.
Ads
“Dia tak nak pakai cawan. Kalau paksa sangat, nanti sampai bergaduh.”
Selidik punya selidik, rupanya mak ni dah serupa bibik di rumah. Semua kerja rumah, dia yang buat. Apa anak nak, dia ikutkan semuanya. Saya pun cakap jangan manjakan sangat anak lelaki ni.
Anak usia bawah 2 tahun memang kita jaga macam anak raja. Tapi bila dah masuk umur 2 tahun, kita dah boleh mula latih anak sama-sama buat kerja rumah (house chores).
Boleh guna teknik single step command (satu arahan):
✅ Contoh: Tolong ambilkan tuala mandi.
Atau guna teknik 2 steps command (2 arahan dalam 1 ayat):
✅ Contoh: Tolong ambil pampers ni dan buang ke dalam bakul / tong sampah.
Dua-dua teknik ni sesuai untuk kanak-kanak usia 2 tahun. Senang je kan.
Ads
Bila anak tak dilatih:
❌ Dia tak ada rasa bertanggungjawab.
❌ Dia tak pandai urus masa.
❌ Keyakinan diri jadi rendah.
❌ Kurang pandai jaga kebersihan.
Anak usia 2-3 tahun ni:
✔️ Kena belajar kemas mainan sendiri.
✔️ Biar dia belajar lap meja dan lantai.
✔️ Biar dia biasa letak baju kotor dalam bakul.
✔️ Letak pinggan dan cawan plastik dalam sinki lepas makan.
✔️ Galakkan dia angkat barang yang ringan.
Lepas mereka buat, kita ucapkan terima kasih, bagi pelukan dan puji pencapaian dia tau.
Ads
Barulah anak lelaki tahu, kerja-kerja rumah ni bukan kerja wanita semata ya. Kita nak anak lelaki kita jadi pemimpin hebat untuk keluarga mereka kelak.
Bukan mudah untuk mendidik anak melakukan sesuatu tugas terutama tugas rumah. Malah ibu ayah perlu membiasakan mereka dengan pelbagai tugasan sejak kecil lagi.
Mungkin ada caranya yang lebih tepat untuk mengajar mereka. Baca pandangan Dr Norzila Zakaria ni.
Berikan kepercayaan kepada anak melakukan tugas
Ada banyak perkara kita mahu anak-anak kita lakukan tapi kadang-kadang kita tidak memberikan kuasa penuh kepada mereka dan akhirnya anak-anak pun tidak seronok untuk melakukannya kerana banyak arahan ‘jangan’ dari kita.
‘Jangan buat macam tu, buat macam ni… mari ibu tunjuk” kecewa anak kerana usahanya ‘salah’! Namun kalau kena caranya pasti mereka boleh terima. Ubah sedikit sahaja ayat tadi, mungkin bunyinya begini:
“Wah dah separuh karpet bersih, pandailah anak-anak ibu ni cuci”
Senyum dan tanyakan apa perasaan mereka “Seronok tak boleh basuh karpet? Boleh main air juga kan?”
Dengarkan jawapan mereka. Raikan perasaan mereka. Pasti keyakinan diri mereka bertambah tinggi kerana kita meraikan usaha mereka.
“Ok, sekarang ibu nak tunjuk macamana nak cuci bahagian ni yang agak kotor, boleh? Nanti lepas ni abang dan adik buat sendiri ya”.
Beritahu mereka proses yang kita rancangkan seterusnya dan pemantauan yang akan kita lakukan. Jadi bila kita ‘tegur’ dan baiki mereka mudah menerimanya.
Jika kita terus ‘menyerang’ dan menegur dengan cara yang tidak hikmah, pasti mereka kecewa dan tidak mahu menyambung kerja-kerja mereka.
Sesekali mainlah bersama mereka, kalau basuh karpet biar basah bersama-sama mereka, pasti mereka seronok bila kita bersama-sama melakukannya dan bukan memerhati sahaja.
Jika kita bertindak seperti ketua dan hanya memberi arahan, saya pasti mereka tidak akan seronok melakukan aktiviti tersebut. Nasib tidak baik mereka merajuk dan kita pun jadi marah sebab mereka tidak mengikut arahan kita.
Jadi fikirkan apa aktiviti yang kita boleh berikan sepenuh kuasa kepada mereka tanpa arahan dan pemantauan rapi dari ‘ketua’ kepada mereka, maknanya biarkan saja mereka buat ikut suka hati mereka. Dan jika aktiviti tersebut memerlukan pemantauan dan hanya sebahagian sahaja kuasa yang boleh diberikan, maklumkan mereka supaya mereka tidak kecewa.
Jika aktiviti yang diberi kuasa penuh menjadi sesuatu yang perlu dipantau, boleh lakukan teknik seperti di bahagian awal untuk melibatkan diri kita dalam aktiviti mereka dengan lebih bijak.
Aktiviti cuci karpet Ini adalah aktiviti yang saya berikan kuasa penuh kepada anak-anak saya semasa cuti. Saya biarkan saja apa mereka mahu lakukan dan hanya melibatkan diri di hujung aktiviti untuk mereka berhenti mencuci.
Memang puas hati mereka boleh melakukan aktiviti ini mengikut cara mereka sendiri.
Sudah pasti bila ditambah dengan sedikit pujian mereka rasa sangat dihargai dan tahap keyakinan mereka juga meningkat bila dapat menyelesaikan tugasan dengan baik.
Ada masanya bila ibu gagal mengawal kemarahan pada anak-anak, jeritan adalah jalan terbaik. Namun sudahnya ibu akan menyesal sendiri kerana memarahi anak-anak.
Sebenarnya bila ibu mengalami situasi sebegini, ambillah masa dan ruang seketika untuk mengawal kemarahan. Jangan lepaskan kemarahan pada anak-anak dengan jeritan dan herdikan yang melampau.
Perkongsian Ibu Rose -Mesejnya Kasih ini mudah dalam mendidik anak-anaknya sejak kecil lagi. Lembut tetapi penuh ketegasan. Katanya No means no namun perlu ada caranya.
NO MEANS NO
Salam Ibu..izinkan saya kongsi kisah saya ye.
Masa dapat anak pertama dulu saya takde ilmu dan tak percaya bila orang kata kita kena bercakap dengan anak-anak seperti orang dewasa. Hati saya kata tak mungkin anak-anak ini faham.
Dengan anak no.4 (2 thn) saya dah mula praktikkan.
Bila dia nakkan sesuatu yang saya tak mahu beri dan dia menangis saya akan — peluk dia dan — kata “i know u really want it but i m sorry ‘no means no’. I understand how u feel and i love u”.
Mula-mula buat ambil masa yang agak lama tapi beberapa minggu lepas tu dia sangat mudah dipujuk. Lepas peluk je dia akan ok.
Inilah salah satu contoh yang Ibu katakan Loving & Firm.
Ibu tak perlu marah.
Tak perlu jerit.
Hanya peluk dan bertegas dan tetapkan pendirian.
Ringkas namun sebuah perkongsian yang bermakna. Ingat, no means no tapi perlu berlembut dengan pelukan untuk anak-anak kita. Lama-lama pasti anak akan faham.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ibu dan ayah mana yang tidak merasa sayu bila mana pertama kali menghantar anaknya ke sekolah. Bagi pasangan Duriankimchi, Ryzal Ibrahim dan Maryam turut sama melaluinya bila mana menghantar Rina buat pertama kalinya ke sekolah atau playschool.
Rina yang kini berusia satu tahun lima bulan kelihatan cukup riang bila mana masuk ke kelasnya bersama kawan-kawan yang lain.
Melalui Instagramya, Ryzal turut memuat naik video Rina yang ke sekolah dengan mood cukup ceria dan gembira.
“Rina dah masuk sekolah!
“Sungguh cepat masa meninggalkan kita. Masih segar tangisan pertama Rina ketika lahir.
“Sekarang bila Rina ke sekolah, kita pula yang menangis,” kata Ryzal menerusi kapsyennya.
Akui Ryzal, anak kecilnya itu terasa seakan baru lagi dilahirkan dan kini sudah pun bersedia untuk mendedahkan dirinya dengan playschool bersama kawan-kawan.
Apa yang menarik perhatian pastinya wajah ceria Rina ketika ke kelas. Malah Rina berlari ketika pintu dibukakan untuknya untuk bersama kawan-kawan.
Rina tambah gembira bila dapat berbaik bersama guru dan rakan kelasnya.
Dalam pada itu, Maryam yang sedih melepaskan Rina ke sekolah itu turut berkongsi pelbagai pesanan buat Rina.
“Baik-baik dengan cikgu, dengan kawan dan jangan gaduh,” kongsi Maryam melalui video yang dikongsikannya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata peminat anak cilik ini cukup terhibur dengan aksi comel Rina yang begitu gembira hendak ke sekolah.
Bila punya anak kecil, usah dilupakan ubat-ubatan setiap kali hendak bercuti. Musim cuti sekolah ini apa kata ibu ayah semak dahulu barang keperluan dan ubat-ubatan wajib ada dalam beg sebelum bercuti.