Anak Lelaki Belajar Hormat Ibu Dari Ayah. Tunjukkan Contoh Yang Baik!

Share

Anak-anak lelaki menjadikan ayah sebagai contoh. Layanan si ayah pada ibu akan menjadi ikutan. Kalau ayah lemah-lembut, hormat dan sentiasa berlembut dengan isteri, itu jugalah layanan yang akan mereka berikan kepada ibu. Sebab itulah, penting untuk ayah tunjukkan contoh yang baik kepada anak-anak.

Tahukah anda, anak yang dibesarkan dalam suasana bahagia dan penuh kasih sayang akan membesar menjadi invididu yang hebat dan cemerlang?

Seseorang yang bergelar ayah akan menjadi lebih bertanggungjawab menjaga dan memastikan anak tersayang sentiasa dilindungi dan disayangi sepenuh hati. Daripada semua perkara tersebut, ada satu perkara penting yang ayah boleh buat dan akan memberikan impak besar dalam hidup seorang anak. Apakah dia?

Artikel Menarik: [Ciuman Untuk Isteri & Anak-Anak, ‘Tabung’ Pahala Buat Suami. Amalkan!]

 

1. Tunjukkan rasa cinta pada isteri 

Nampak ‘simple’ tapi kesannya sangat besar. Mencintai dan menyayangi ibu anak anda adalah perkara terhebat yang anda boleh lakukan untuk si kecil!

2. Layan & hormat isteri

Cara anda layan dan tunjukkan kasih sayang pada isteri sangat penting kepada anak. Apabila anak melihat yang papanya sangat menyayangi mama, mereka akan faham erti kasih sayang. Anak lelaki belajar bagaimana cara yang betul menyayangi dan menghormati wanita bila mereka besar nanti. Anak perempuan pula belajar bagaimana sepatutnya seorang lelaki patut melayan wanita yang dia cintai.

3. Sentiasa tunjukkan emosi positif pada anak

Mencintai ibu anak-anak anda sebenarnya cara terbaik memupuk nilai kasih sayang dalam diri anak. Cinta dapat menggalakkan dan memberi inspirasi kepada anak untuk sentiasa berkasih-sayang, hormat-menghormati dan bertolak-ansur dalam kehidupan. Mereka tidak belajar nilai tersebut daripada buku tetapi mempelajarinya daripada pemerhatian terhadap kedua ibu bapa.

 

 

4. Keharmonian membentuk kebahagiaan

Rumah yang bahagia dan penuh rasa cinta akan melahirkan anak-anak yang gembira dan ceria. Ia penting untuk membantu perkembangan dan tumbesaran positif anak. Anak-anak yang dibesarkan dalam suasana bahagia dan dilimpahi kasih sayang yang cukup akan membesar sebagai anak yang hebat.

5. Sentiasa tunjukkan kasih sayang

Apabila papa dan mama sentiasa berkasih sayang dan tak bergaduh depan anak-anak, tentu impian anda untuk mempunyai anak yang berakhlak dan mendengar kata akan terlaksana.

 

Kerjasama dua belah pihak sangat penting untuk melahirkan anak yang positif tingkah lakunya. Anak dapat merasakan ikatan yang hebat dalam pasukan papa dan mamanya, dan mereka tahu bukan hanya seorang sahaja yang bersungguh-sungguh untuk mendidik mereka menjadi anak yang baik tetapi sebaliknya dua orang penting bekerjasama memastikan si kecil sentiasa berada di landasan yang betul.

Artikel Menarik: [Rajin Doakan Anak, Dia Berjaya. Suka Puji, jadi Yakin Diri & Berani!]

Jadi, bila sudah bergelar ayah, kasih sayang anda bukan sekadar untuk anak, tetapi terus cintai dan sayangi ibu anak-anak anda seperti zaman bercinta dulu bahkan patut lebih lagi. Ia akan memberikan faedah yang sukar dinilai dengan wang ringgit!

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)

 

Published by
Emy H