Kata orang, bagaimana seseorang ayah melayan ibunya begitulah yang akan menjadi ikutan anak-anak lelaki. Jika baik, maka baiklah si anak dan begitulah sebaliknya. Sudah tentu si ayah menjadi role model kepada anak-anak lelaki sepanjang tumbesarannya, tetapi ada beberapa perkara yang perlu kita terapkan dalam dirinya supaya mereka mejadi individu terbaik.
Untuk membesarkan anak lelaki, ibu ayah harus utamakan lima perkara penting ini yang telah dikongsikan oleh Taufiq Razif ini. Jika semuanya diajarkan kepada mereka, dapat membentuk anak lelaki menjadi insan yang dihormati kelak.
Ajar Anak Lelaki 5 Perkara Ni Secepatnya Sebelum Dia Menjadi Remaja
1. Ajar anak lelaki untuk jadi Respectful pada wanita terutamanya pada ibunya sendiri
– Contohnya ajar anak lelaki bukakan pintu kereta untuk ibu dan adik perempuannya, jaga nada suara terhadap adik beradiknya & berbuat baik dan lemah lembut pada semua wanita.
Artikel Menarik: [Asyik Buat Mak Ayah Hilang Sabar, Rupanya Itu Tanda Anak Nak Kita ‘Pandang’ Dia]
2. Ajar anak lelaki untuk ada Sense Of Responsibility
– Ajar anak lelaki untuk simbah & cuci bila dah lepas hajat di tandas awam, cuci pinggan dan lap tumpahan air di meja makan, kutip sampah yang dia sengaja buang pun adalah salah satu latihan untuk bentuk Sense of Responsibility dalam diri anak.
3. Ajar anak lelaki tentang Personal Hygiene & Cleanliness
– Banyak anak lelaki bertukar menjadi pengotor bila berjauhan dengan mak ayah contohnya di asrama. Rupanya kerana kita lupa nak ajar anak lelaki kita tentang disiplin menjaga personal hygiene & cleanliness.
– Personal hygiene ni bermula daripada cara cuci tangan hinggalah kepada cara berinstibra’ & berinstinjak. Antara ilmu istibra’ yang kita kena ajar anak lelaki adalah berdehem & urut kemaluannya sebelum membasuh kencing.
4. Ajar anak lelaki Coping Skills
– Coping skills ni adalah cara anak kita nak selesaikan ataupun cara anak kita nak hadapi masalah dalam hidupnya. Contohnya apa nak kena buat bila anak lelaki kita tu stress ke, kena ejek ke kena buli ke.
– Sebab kalau anak lelaki kita tak tahu Coping Skills yang betul, anak kita akan mudah terjebak dengan Coping Skills yang negatif. Coping Skills negatif ni contohnya adalah ambil dadah dan juga minum arak.
Artikel Menarik: [“Stop Paksa Anak ‘Hug’ & ‘Kiss’ Semua Orang.” Perkara Ni Ibu Bapa Perlu Sedar!]
5. Ajar anak lelaki tentang Empathy
– Bila tengok pasangan kita penat, cuba suruh anak kita tengok dan fahami kepenatan pasangan kita tu.
– Amalkan dialog ni pada kita untuk asah Empathy anak kita “Adik, cuba tengok Mama tu. Penat kan dia lipat baju kita berdua kan? Nampak tak muka Mama dah redup dah tu jaga kita berdua tiap hari. Jom kita gi tolong Mama lipat baju nak? “
– Bila anak kita dah mampu faham & rasakan emosi orang di sekelilingnya, itulah kejayaan kita dalam membentuk sifat empati dalam diri anak kita. InsyaAllah anak macam ni adalah anak yang hebat Emotional Intelligencenya. Inilah yang kita panggil sebagai anak yang cerdas emosi.
Tolong sangat ajar ilmu ni pada pasangan dan anak kita sendiri. Kongsi ilmu ni pada mak ayah yang belum tahu ye sebab saya rasa masih ramai lagi mak ayah di luar sana belum tahu tentang ilmu ni.
Perkongsian ini amat mudah difahami dan sememangnya sangat berguna kepada ibu dan ayah untuk mendidik anak lelaki. Anak yang dibesarkan dalam persekitaran yang positif dan diberikan didikan yang betul pasti dapat membentuk sahsiah diri yang baik.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Anda moms-to-be dan mahu belajar ilmu berpantang yang betul? Jangan ketinggalan untuk menyertai Pa&Ma E Workshop yang akan mengetengahkan tentang kepentingan berpantang serta cara terbaik untuk melakukannya. Nak sertai, klik SINI
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI